Friday, September 26, 2008

kuih raya


Beberapa hari lepas, abah bawa balik kuih raya, cuma kuantitinya berkurangan sedikit dari tahun-tahun sebelum. Almaklum harga barang semua dah naik. Hanya kuih-kuih yang kegemaran ramai sahaja yang kami beli seperti tat, london almond dan kek lapis. Bercerita tentang kek lapis, lepas berbuka Haqim excited untuk rasa kek lapis, minta mama potong. Cuma masa tu mama baru nak sembahyang dan lepas sembahyang terlupa (penat agaknya). Abah pun agak sibuk malam tadi. So masa bangun sahur, terperasan yang kek tersebut masih belum dipotong. Bila dipotong untuk Haqim makan sahur, dia dah merajuk. Rupanya dia tidur semalam dalam keadaan memendam rasa sebab tak ada sesiapa yang nak layan dia makan kek lapis. Kasihan anak mama. Kadang-kadang kita terlupa (mungkin kerana penat) yang kita berkerja untuk keluarga. Sorry anak mama...

0 comments:

Post a Comment