Thursday, September 11, 2008
Berbuka puasa di Hotel UiTM
Selepas 10 hari berpuasa, hari ini kami terima jemputan untuk berbuka puasa di hotel uitm dalam sebuah program yang dianjurkan oleh PSKK untuk mengutip dana membantu anak-anak yatim. Terima kasih kepada Tengku Nordin (pengusaha kafe di Redang ) yang menaja kami ke program tersebut. Pastinya yang paling gembira ialah Haqim. Sampai 3 pinggan makanan yang diambilnya. Sebagaimana biasa, mamalah yang jadi mangsa untuk menghabiskan makanan tersebut - mana yang mampu. Satu perkara yang menarik perhatian saya ialah begitu kurangnya penglibatan pensyarah dalam majlis PSKK. Rasanya selain dari pensyarah hotel yang bertugas (pelajar mereka terlibat dengan program ini), hanya saya dan PM Norudin saja yang kelihatannya. Terasa asing pulak dikalangan staf-staf pentadbiran dan keluarga mereka. Anyway gril kambingnya sedap... Handsome pula anak mama malam ni...:)
Labels:
keluarga
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment