Sunday, September 28, 2008

Family Trip ke TER



Sudah menjadi kebiasaan, setiap kali bulan ramadhan, kami akan bawa Mak Da dan anak-anak Shida untuk berbuka dihotel. Tahun ini, kami bawa mereka ke Terengganu Equestrian Result (TER) yang terletak bersebelahan Masjid Terapung. Turut sama ialah Badli, Ti dan Shafiq. Kami sewa 3 bilik dan diberikan complementary baucher untuk berbuka dan bersahur. Rasanya inilah pengalaman berbuka yang menarik buat kami kerana hanya ada 2 keluarga sahaja yang berbuka pada petang tu. The food is good. Ada kumpulan band lagi yang menyanyikan lagu raya. Kepuasan kami adalah apabila melihat mak da dan anak-anak saudara gembira dimajlis tersebut. Semoga Allah murahkan rezeki kami tahun hadapan untuk membawa mereka berbuka puasa di tempat yang lain pula.



Ayah Aku Rindu Padamu - Mawi

Semalam, saya dengar lagu ini dimainkan diradio yang mengigatkan saya pada aruah ayah yang begitu banyak mempengaruhi hidup ini. Pagi ini saya mencari lagu ini dan senikatanya untuk kita renungkan bersama.
Berikut adalah senikata untuk lagu ini:

Padamu Ayah..
aku rasa sunyi sejak kehilanganmu di dunia ini di saat ku meniti kejayaan ini Ayah..aku menyanjungi jasamu yang terlalu agung buatku tak dayaku membalas jasa dan budimu
Tanpa kamu hilanglah haluan hidupku terasa siksanya di jiwa ini tak dapatku membalas jasamu di dunia ini
Di pagi raya ku pohonkan kemaafan keinsafan ku doakan agar rohmu dicucuri rahmat Ilahi oh ayah...
Tanpa kamu hilanglah haluan hidupku terasa siksanya di jiwa ini apapun aku tetap redha apa yang mendatang
Di pagi raya ku pohonkan kemaafan keinsafan ku doakan agar rohmu dicucuri rahmat Ilahi oh ayah...
Ayah..aku rasa sunyi sejak kehilanganmu di dunia ini di saat ku meniti kejayaan ini Ayah..aku menyanjungi jasamu yang terlalu agung buatku di hari raya ini ku merinduimu


Friday, September 26, 2008

kuih raya


Beberapa hari lepas, abah bawa balik kuih raya, cuma kuantitinya berkurangan sedikit dari tahun-tahun sebelum. Almaklum harga barang semua dah naik. Hanya kuih-kuih yang kegemaran ramai sahaja yang kami beli seperti tat, london almond dan kek lapis. Bercerita tentang kek lapis, lepas berbuka Haqim excited untuk rasa kek lapis, minta mama potong. Cuma masa tu mama baru nak sembahyang dan lepas sembahyang terlupa (penat agaknya). Abah pun agak sibuk malam tadi. So masa bangun sahur, terperasan yang kek tersebut masih belum dipotong. Bila dipotong untuk Haqim makan sahur, dia dah merajuk. Rupanya dia tidur semalam dalam keadaan memendam rasa sebab tak ada sesiapa yang nak layan dia makan kek lapis. Kasihan anak mama. Kadang-kadang kita terlupa (mungkin kerana penat) yang kita berkerja untuk keluarga. Sorry anak mama...

Berbuka puasa di warung



Selalunya kami berbuka puasa dirumah. Sekali-sekala bila ada function kami berbuka dihotel. Semalam abah bawa kami berbuka di warung pula bersama staf sepejabat dengannya. Okay juga cuma sesak sikit sebab hari hujan, so, mereka yang berada diruang terbuka terpaksa berhimpit ke dalam. Selain dari itu, semalam last day untuk pelajar-pelajar berada diDungun sebelum kembali kekampung. Jadi ramailah yang ambil kesempatan untuk berbuka bersama-sama rakan. Seperti biasa yang paling happy ialah Haqim. Makannya sekejap aje, yang lain-lain tu bersama kuching dan 'abang serta kakak'. Jadi posmen mesej pun boleh....

Sunday, September 21, 2008

Shopping di Parkson






Sekembalinya dari Shah Alam, kami bermalam di rumah tamu di UiTM Sekilau Kuantan, jauh juga nak drive terus balik ke Dungun. Hari ini abah bawa kami shopping....Yang bestnya, saya dapat satu pasang baju raya, sepasang kasut dan 2 handbags.On top of that, saya dapat tumbler set dan bekas kuih yang boleh tahan juga harganya. Its not the items that really made me happy tetapi melihat kegembiraan Haqim dan keadaan abah yang kini semakin sihat. Alhamdulillah, hikmah bulan puasa, semenjak abah sakit, inilah kali pertama abah bawa kami shopping, selalunya abah hanya duduk dalam kereta so kami tak boleh nak shopping lama-lama, tapi kali ni dekat 3 jam dalam shopping mall yang baru dibuka di Kuantan ni. Semoga abah semakin sihat. Dan pastinya yang paling happy ialah Haqim yang dari semalam merajuk kerana dapat jumpa Nana 15 minit saja semalam as shown in the pictures.

Sunday, September 14, 2008

youtube download

Semenjak saya belikan mp4 untuk Haqim, youtube dan teachertube adalah sumber video-video untuk mp4 tersebut. Selalunya saya download and convert to avi format menggunakan laman vixy.com. Yesterday I came across this software known as Free YouTube Download from DVDVideoSoft.com. Cool juga software ni. Selain dari lebih stabil dan lebih cepat download, software ni juga allow batch download. This will allow me to download the web 2.0 video yang saya nak download dari dulu lagi tu...

Saturday, September 13, 2008

Berbuka di Kuala Berang


Semalam kami memenuhi permintaan Haqim untuk berbuka di Kuala Berang. Berbekalkan laksa masak, ikan bakar dan sebiji cempedak untuk digoreng, kami berbuka dengan Mak Da, family Badly (yang kini mula terasa bahang peningkatan ekonomi di KL) dan anak-anak aruah. Terasa seronok berbuka ramai-ramai. Merasalah kami lauk lemak kulit buah langsat yang hanya ada di Terengganu. Pukul 12 tengah malam baru sampai rumah.

Thursday, September 11, 2008

Berbuka puasa di Hotel UiTM



Selepas 10 hari berpuasa, hari ini kami terima jemputan untuk berbuka puasa di hotel uitm dalam sebuah program yang dianjurkan oleh PSKK untuk mengutip dana membantu anak-anak yatim. Terima kasih kepada Tengku Nordin (pengusaha kafe di Redang ) yang menaja kami ke program tersebut. Pastinya yang paling gembira ialah Haqim. Sampai 3 pinggan makanan yang diambilnya. Sebagaimana biasa, mamalah yang jadi mangsa untuk menghabiskan makanan tersebut - mana yang mampu. Satu perkara yang menarik perhatian saya ialah begitu kurangnya penglibatan pensyarah dalam majlis PSKK. Rasanya selain dari pensyarah hotel yang bertugas (pelajar mereka terlibat dengan program ini), hanya saya dan PM Norudin saja yang kelihatannya. Terasa asing pulak dikalangan staf-staf pentadbiran dan keluarga mereka. Anyway gril kambingnya sedap... Handsome pula anak mama malam ni...:)

Sunday, September 7, 2008

Puasa di hujung minggu




Pada hari bekerja, kebiasaannya kami sampai rumah selepas pukul 5 petang. Berbuka pun ala kadar dan kebiasaannya kuih akan dibeli sebab tidak sempat untuk buat kuih. Hujung minggu adalah kesempatan untuk kami memasak. Semalam, abah berhajat nak BBQ ayam dan makan nasi tomato. Suka lihat abah dan Haqim menggunakan dapur arang mak untuk bakar ayam. Berguna juga dapur arang mak tu...

p/s, Haqim dah tertinggal satu hari puasa :)

Tuesday, September 2, 2008

Bulan Ramadhan bermula


Hari ini bermulalah umat islam berpuasa. Alhamdulillah dipanjangkan umur untuk sama-sama kita menghayati bulan yang mulia ini. Seperti biasa, jadual untuk bulan ini berubah. Bagi seorang ibu, kepenatan memikir apa nak masak untuk berbuka dan bersahur berbalas bila makanan yang dimasak dinikmati oleh keluarga sewaktu berbuka dan bersahur. Alhamdulillah, emak dan yati dapat datang untuk menyambut puasa bersama tahun ini. Sebelum berbuka, kami ke pasar ramadhan untuk mencari juadah berbuka. Perkara pertama yang kami perasan ialah harga barang makanan semuanya naik hampir sekali ganda. Selain dari itu, kami juga perasan, kuih muih yang ada semuanya yang senang untuk dibuat seperti lengkong, cucur dan bingka. Cuba juga cari koleh kacang tapi tak ada. Ehm.. kena ada strategi untuk berjimat cermat sekarang...
p/s .. Ini bakal adik ipar ke Ti....