Saturday, July 26, 2008

Danish Aiman



Introducing... Mr Danish Aiman ...Selepas 3 bulan, kami berkesempatan untuk bertemu ahli yang paling muda dalam keluarga, anak En Shamsul kita. Comelnya dia.. dan yang paling best tu, senyap nya.. tak berbunyi pun sepanjang beberapa jam kami bersama-sama dengannya... Adakah Danish akan bersama-sama aktif seperti sepupu-sepupunya yang lain.. kita tengok nanti....Tahniah kepada Samsul dan Azreen. Rasa macam tak percaya Samsul dah ada anak. Begitu cepat masa berlalu. Chu, bila lagi?

Friday, July 25, 2008

Kursus Effective Leadership



Diantara tugas-tugas pensyarah yang saya suka ialah apabila menghadiri kursus seperti apa yang saya hadiri pada hari ini (24/7). En Mustaffa hari ini berkongsi pengalaman apakah yang dinyatakan sebagai pemimpin yang cemerlang. Walaubagaimanapun beliau tidak sempat untuk berkongsi pengalaman dan tip kearah pemimpin yang cemerlang. Walaubagaimanapun beberapa perkara berikut akan kekal dalam ingatan saya:
  • We have the choice on what we want to do
  • We have 3 gifts that we rarely utilize or may not even realize we have it
  • The poem - The Road Not Taken by Robert Frost
TWO roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth; 5
Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same, 10
And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back. 15
I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I—
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference. 20

Wednesday, July 23, 2008

mp4 Haqim


Bagi mengelakkan Haqim dari menggunakan Iphone dan merengek dalam kereta, sebuah mp4 telah dibelikan untuk beliau. Ok juga gadget ni, saya managed untuk translate dari DVD cerita Trasformer dan Ultraman nya. Senyap sangat pulak dalam kereta lepas dia taksub dengan mp4 dia..

Lawatan penilai AKNC and AKPM







Penilai-penilai AKNC dan AKPM dari iNQA menghabiskan 2 hari untuk menilai perkembangan budaya kualiti di kampus. Semester lepas, UiTM Terengganu telah memenangi hadiah prosess terbaik keseluruhan.Hopefully, tahun ini kami akan dapat memenangi lebih banyak hadiah. Tugas saya dilawatan kali ini adalah untuk membawa Pn Aishah dan seorang penilai lagi untuk melawat asrama dan pegawai keselamatan. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk beramah mesra dengan Dr Rahmah. Fadhilah dan lain-lain saya tidak jumpa semenjak berpindah dari Kelantan dulu. Sebelah malamnya diadakan sesi makan malam pihak pengurusan dan penilai tersebut. Di majlis penutup tiada isu besar yang ditimbulkan. Sempat juga mereka melihat perkembangan Sistem Osis, Lensa Kamera dan Fail Meja di Web Site iLQaM.


Thursday, July 17, 2008

Lawatan ke Pulau Redang







Hari ini saya ke Pulau Redang untuk meninjau tempat bagi latihan berpasukan untuk ahli MPD. Cantik pulau ni, airnya begitu jernih, nampak ikan-ikan berenang dari jeti sementara yang dibuat oleh pemilik resort. Besama En. Talib dan travel agent Pn Intan, kami melihat beberapa resort bagi memilih tempat yang bersesuaian. Sempat lagi beli cenderahati untuk Haqim. Hopefully dapatlah kami buat program tersebut disini.





Saturday, July 12, 2008

Orkid Mak Da


Dihalaman rumah terdapat beberapa bunga yang dihadiahkan oleh individu yang terus mengingatkan saya kepada mereka. Salah satu darinya adalah bunga orkid ini yang diberikan oleh Mak Da untuk saya jaga sewaktu aruah Shida sakit dahulu, kerana tak mahu orkid ini mati kerana tiada yang menyiramnya. Beberapa hari lepas orkid ini berbunga. Cantik bunga orkid ni.

Friday, July 11, 2008

Nikmat kecil tapi signifikan

Kadangkala dalam kehidupan ini, tidak ramai dari kita yang merenung kembali, ada perkara-perkara kecil yang sebenarnya adalah nikmat Allah kepada sebahagian dari kita. Contohnya sembahyang berjamaah dan membaca yasin bersama keluarga adalah diantara salah satu dari perkara kecil yang begitu membawa erti. Semoga perkara ini akan terus berkekalan.

Thursday, July 10, 2008

Program Falsafah Mim

Sebagai koordinator iLQaM, telah banyak program yang saya buat, this is one of the program yang paling bermakna yang pernah saya anjurkan. Prof Dr Mohd Kamil telah membawa kami melihat kembali kenapa saya bertugas di UiTM. Dua perkara yang menyentuh hati saya.
1) Definasi ayat berikut


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
[Ar-Rahman, ayat 13]


2)Sajak Dato' VC yang berada dibelakang buku tersebut.


Aku tidak tahu lagi
Sama ada mahu menangis
Mengalir air mata marah
Atau mahu pasrah
Dengan takdir ciptaan bangsa
Sendiri
Atau perlukah aku bertempik?
Bersorak marah dengan kata nista
Terhadap bangsa sendiri
Yang menjadi durjana
Menikam sembilu tajam
Tertusuk di dada


Persaksikanlah lakunan bangsaku
Yang hanya berfikir sejengkal
Seolah hilang ingatan
Tiada pertimbangan
Persaksikanlah kealpaan bangsaku
Dipukau musuh tanpa mengerti
Yang mahu sesama bangsa
Berperang kata, bertikam lidah
Dan mereka ketawa berkata
Bodohnya bangsa itu
Aku mahu menangis
Sudah tiada air mata
Aku mahu bertempik

Sudah hilang suara

Semoga Prof Dr Kamil terus berkarya dan berdakwah dengan cara beliau yang unik.

Wednesday, July 9, 2008

Buku-buku

Semalam saya beli dengan buku-buku berikut yang pastinya dapat membantu dalam memahami bidang pendidikan yang baru saya ceburi. Terima kasih kepada penulis buku-buku ini yang mana ilmunya dapat saya manafaatkan. Tersimpan harapan, satu hari nanti moga-moga tuhan beri saya perluang dan untuk menghasilkan karya seperti mereka..

  1. Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan oleh Azizi Yahya, Sharin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan.
  2. Pedagogi, Strategi dan teknik mengajar dengan berkesan oleh Dr.Rohizani Yaacub, Shahabuddin Hashim dan Mohd Zohir Ahmad (kesemuanya merupakan pensyarah Pengajian Ilmu Pendidikan USM
  3. Psikologi Pendidikan oleh Shahabuddin Hashim,Mahani Rozali dan Ramlah Jantan
  4. Kognitif Pendidikan oleh Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zuruhanmi Zakariya dan Fauziah Yahya.
Saya akan kupas kandungan buku ini di blog yang akan datang. Beri saya peluang untuk baca dulu.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai buku-buku ini terdapat dilaman http://www.pts.com.my

Asri bawa durian


Hari ini, asri menjamu kami dengan buah durian. Sekali sekala makan durian ramai-ramai ni seronok juga. Thanks Asri..Teringat durian kat kebun di Mersing. ehmm..nak telefon maklah sekejap..

Tuesday, July 8, 2008

Monday, July 7, 2008

Kursus Asas Pensyarah Baru

Hari ini 40 orang pensyarah baru menghadiri kursus Pensyarah Baru UiTMT yang diadakan di Dewan Jasmin. Terharu juga melihat muka-muka yang muda menghadiri program ini. Dalam masa yang sama hari ini kelas baru mula hari ini. terkejar-kerja juga pagi tadi sebab saya ada kelas dari pukul 8:00 - 12:00. Di pertemuan ini, saya mengajak pensyarah-pensyarah baru yang bakal menghabiskan masa mereka disini untuk menghayati tugas dan tanggungjawab seorang pendidik yang melebihi dari batas 4 dinding di bilik kuliah. Semoga mereka dapat mencari dan merasai kenikmatan mendidik sebagaimana yang telah saya rasai selama 15 tahun dengan institusi ini.. Selamat Berjaya, Semoga Allah bersama-sama kita sentiasa..

Saturday, July 5, 2008

Haqim berkain pelikat


Petang ni, lepas mandi, Haqim nak pakai kain pelekat pulak.. Kelakar juga tengok abah ajar Haqim pakai kain pelekat abah yang dilipat dua. Nampak gayanya esok mama ke kedai lah belikan kain pelekat Haqim.

Thursday, July 3, 2008

Berakhirnya Program Team Building



3 hari menghadiri program ini, banyak perkara baru yang saya pelajari. Diantara yang memberi kesan ialah teori warna personaliti yang terdiri dari emas, hijau, jingga dan biru. Kami diberikan 100 soalan untuk dijawab. Berdasarkan jawapan tersebut kita mengenali warna personaliti kita. Setiap warna mempunyai sifat-sifat uniknya yang tersendiri. Sekarang barulah saya faham personaliti staf-staf saya dan ianya memudahkan saya memberikan tugasan kepada mereka dan menyebabkan saya memahami kenapa ada kalanya berlaku kekeliruan atau kurang sefahaman diantara kami. Mungkin juga ini sebabnya kenapa saya dan Y sering tidak kesefahaman. Warna personaliti kami dua-dua emas. Cuma saya emas + hijau dan beliau emas + biru.

Selain dari itu, saya aktiviti-aktiviti yang dijalankan mencerminkan kepada saya bagaimana saya perlu mengingati nama-nama rakan sekerja dalam satu kumpulan. Satu perkara yang sukar untuk saya tetapi ianya tidak boleh dianggap mudah.

Kesimpulan dari program ini, saya akan mempercepatkan program Team Building Ketua-ketua bahagian + unit ke bulan lapan instead of bulan 11. Saya yang telah menghadiri beberapa team building sebelum ini juga merasai kesannya, mungkin mereka juga akan mendapat kesannya yang seterusnya akan membaiki cara pengurusan mereka. Kenalan yang terdiri dari koordinator-koordinator iLQaM dari kampus lain juga bertambah. Perbincangan dengan Dr. Azman juga mencadangkan satu tajuk baru untuk saya terokai dalam pengajian saya. Jika dalam kursus Asas Pengajaran yang lepas, saya mengeratkan hubungan dengan Dr. Rohana,Isme dan Bad, kini giliran En Janudin, Faridah dan Anna pula.


Terima kasih En Mohd Zaini yang telah mengendalikan program ini dengan begitu baik sekali.