Saturday, February 18, 2017

Cantuman Tunas

Sayang dengan tunas pokok yang terpaksa dipotong. Cuba-cuba cantuman tunas bagi membanyakkan jenis pokok yang agak mahal dengan pokok biasa.

11/01/2017 –> Cantuman dilakukan Smile

cantum1

Red Libya dicantum bersama pokok penanti Black Jack

cantum2

Lisa dicantum bersama pokok penanti Black Jack

cantum3

White Genoa dicantum bersama pokok penanti MDA

Saturday, February 4, 2017

Keratan 3 Februari

Aktiviti hari ini selepas siram pokok dan alihkan pokok yang ditanam minggu lepas ke tempat yang lebih sesuai. Ini adalah keratan yang sebelum ini ditanam secara baring. Selepas 10 hari tiada akar yang keluar. Ia kemudiannya direndam dalam larutan seasol dalam 2 hari. Hari ini kebetulan cuti, saya guna kaedah hidroponik. Cuma kali ni bekas dibalut bagi mengelakkan serangan gnat dan daun ditutup bagi mengelakkan ianya kering sebelum akar baru tumbuh. Ini adalah keratan dari En Jambul(Azri), dari Mr Wong,  keratan dari Figgers Day dan keratan dari rakan Aina. Semoga semuanya hidup dengan subur selepas musim hujan ni.

cutting3feb

Friday, February 3, 2017

Bunga Matahari penyeri laman

Pokok bunga matahari ini diberikan oleh Hanis (anak Kak Faizah) Tertarik dengan bunga-bunganya yang besar dengan warna kuning terang. Dibawa balik berbunga lebat (saya ingat bunga matahari berbunga satu je dalam sesuatu masa Smile. Besar bunganya berbanding dengan bunga yang saya tanam last time. suka suka..

bungaMatahari

T84-ALMA-03

Keratan Alma ke 3 yang hidup dari beberapa keratan Alma yang diberi oleh Pok Nik. Mula-mula nak jual je pokok ni, tapi lepas mebaca maklumbalas rakan-rakan figgers yang mengatakan variasi ini amat sedap dan rajin berbuah, pokok ini saya tanam dalam pasu besar. Moga ianya membesar bagai bagai juara diLaman DMelati Smile. Saya dah ada 2 pokok Alma sebelum ini – T63-Alma-02 dan T59-Alma 01. Klik T59-Alma-01 untuk melihat buah alma. Semoga pokok ini membesar dan berbuah lebat di Laman DMelati.

27/03/2017 – Cepat juga besar pokok ni – Rasanya confirm bukan alma Smile

alma3

20/03/2017 – Ehm macam kes silap tagging je ni..Cuba compare this two pictures. Rasanya daun alma-03 berbeza dengan daun alma-02. Macam lain je..Tak pelah kalau lain pun kita terima jelah. hopefully ianya akan berbuah di laman kita ..

 

alma01alma3

28/02/2017 – Membesar dengan sihat

alma3

31/01/2017

t84

T83–Violet De Sollieso-01

Anak pokok tut yang dibeli dari rakan fig Zura. Ia ditanam secara hidroponik sewaktu dibeli. Rasanya untuk ianya lebih cepat tumbuh dan berbuah sedap (orang kata buah hidroponik tak sesedap tanaman biasa) saya pindahkan kedalam pasu.Semoga ianya membesar dan berbuah di laman DMelati.

28/03/2017 -  Membesar bagai juara, hopefully berbuah bulan in

vds

28/02/2017 – Cepat juga besar pokok ni

vds1

4/02/2017 – Gambar pokok selepas dialih ke pasu

t83

Macamana ia buah VDS? jom sekodeng kat google Smile. Buah hitamlah..

vdsvds2

Gambar pertama dari laman Madam Yong dan gambar kedua dari laman Mango Garden. Kabarnya ia dari Span tapi ada yang kata nama lainnya adalah Japanese Purple. Ehm dua negara yang berbeza. Tapi tak pelah. Hopefully ianya berbuah di Laman Melati..

T82-MDA-05

20/03/2017 – Pokok Holgin tidak bertahan dan diganti dengan pokok MDA dari keratan pokok di Laman D’Melati.

Pokok yang dibeli dari sifu Aziz sewaktu melawat kerumahnya pada awal bulan January yang lepas. Masa tu pokok ni baru ada beberapa helai daun. Kini dah ada banyak daun dan dipindahkan ke pasu besar.

28/03/2017 – At last pokok ini ditukar dengan MDA – Semoga MDA ini akan membesar dengan sihat.

mda05

28/02/2017 – Pokok ini tidur selepas dialih ke pasu. Berbagai cara dah buat nak minta dia bangun. alahai Holgin..

holgin

31/1/2017

t82

Macamana ya rupa buah Holgin ? Ini rupa buahnya yang diambil dari laman sifu Musa Yaacob (Abe Cik)

holgin

Ini kata beliau mengenai buah ini

“Holgin ialah antara varieti yang sangat produktif, buah besar, merah cantik apabila masak & rasa yang sedap serta manis. Harus ada bagi semua peminat pokok tin.”

Semoga pokok saya juga berbuah seperti ini nanti.

T81-Unknown04-01

Pergi ke nursery untuk beli tanah bagi pokok Holgin dan VDS. Terjumpa pokok ini yang sudah berbuah. Yang pastinya bukan BTM atau Black Jack. Warna hijau daunnya terlalu pekat untuk pokok tin biasa. Letak harga RM55.00 tawar dapat RM47.00 ehm ambil jelah. Tapi jenisnya peniaga kata tak tahu.

30/4/2017 – Lihatlah bertapa meriahnya pokok ini berbuah. Ada lebihkurang 30 biji buah dipokok ini. Nampak je kecil dengan 3 dahan, ada buah disetiap node and masih lagi mengeluarkan buah. Suka suka, dah hampir 5 biji buah yang sedap dari pokok ini.

t81

23/04/2017 – Seronok tengok pokok ni. Meriah sangat buahnya.

Yang bestnya hari ini saya petik buah yang dah masak.Besar juga buah dia.

noid

noid2

noid3

28/3/2017 – Pokok ini berputik buah disetiap helain daun yang baru..

photo_2017-03-30_14-31-54

14/03/2017 –  Petik salah satu buah yang masak hari ini – Ehm nampak macam alma pun ye..

buah noid2buah noid1

Wah pokok ini menyesuaikan diri di Laman D’Melati dengan baik. Pucuk baru keluar bersama putik buah.

noid

Hari ni tanam dalam pasu besar.

t81