Saturday, February 4, 2017

Keratan 3 Februari

Aktiviti hari ini selepas siram pokok dan alihkan pokok yang ditanam minggu lepas ke tempat yang lebih sesuai. Ini adalah keratan yang sebelum ini ditanam secara baring. Selepas 10 hari tiada akar yang keluar. Ia kemudiannya direndam dalam larutan seasol dalam 2 hari. Hari ini kebetulan cuti, saya guna kaedah hidroponik. Cuma kali ni bekas dibalut bagi mengelakkan serangan gnat dan daun ditutup bagi mengelakkan ianya kering sebelum akar baru tumbuh. Ini adalah keratan dari En Jambul(Azri), dari Mr Wong,  keratan dari Figgers Day dan keratan dari rakan Aina. Semoga semuanya hidup dengan subur selepas musim hujan ni.

cutting3feb

0 comments:

Post a Comment