Saturday, April 1, 2017

Anak pokok baru dari keratan

8/4 – inilah rupa semua keratan dari pokok yang di tebas hari itu. Dah tak tahu beza dah kalau tanya saya yang kenal Purple Jordan dan Brunswick je. Kalaulah hidup semua ni meriahnya laman dMelati.. Saya perasan yang hampir semua keratan yang diperam dalam bekas bertanah dan disimpan dalam plastik bag hitam berakar samada banyak atau sikit. Yang buruk atau rosak dalam 5 keratan ranting sahaja. Dari 40 lebih keratan yang saya bunjutkan, hanya 10 yang dialih ke polybag. Yang lain masih dalam kotak polisterin sebab masih belum nampak akarnya. Lesson learned, nak rooting guna teknik peram Smile lagi senang berakar.

keratan1

Hari ini saya buka 2 kotak harta karun yang disimpan 2 minggu lepas. Ada dalam 7 keratan yang telah berakar dan dialih ke polybag plus 2 dari bunjut. So dalam masa 2 minggu saya ada 4 + 2 + 7 = 13  anak pokok cutting dari beberapa varieti. Saya perasan yang paling senang berakar ialah Jumbo.

  • 25/3  =  4 keratan ditanam di polybag
  • 1/4    =  9 keratan ditanam
  • 2/4    =  17 keratan dipindahkan ke polybag
  • 7/4    = 45 keratan yang diambil dari bekas ajaib Smile

keratan2

Semoga semuanya hidup meriah di Laman D’Melati Smile..

cutting

Yang belum berakar saya masukkan balik dalam 1 kotak, simpan balik. Hujung minggu buka balik Smile

0 comments:

Post a Comment