“Mama raya ni buat kuih bunga yang warna kuning tu “, Alamak, kuih apa pulak ni haqim. Search internet..rupanya dia nak kuih semperit.. “OK nanti mama buat “..Jawap dengan confidentnya :)
Masa berlalu, dua hari sebelum raya baru dapat cuti. Masa tulah nak buat semua persediaan. So pergilah kedai cari acuan kuih semperit. Enam buah kedai kek dan pasaraya saya pergi. Acuan kuih semperit dah habis. Ops..At last di kedai yang terakhir jumpalah acuan ni..
Mahal juga maklumlah bekas tembaga. Belilah juga ..boleh juga diturunkan kepada anak cucu nanti :)
Ok acuan dah ada. Cari resepi satu masalah lagi. Terlalu banyak resepi kuih semperit tak tahu mana yang ok. Kebanyakkannya copy and paste. At last saya berhenti kat satu laman ni yang menggunakan telur rebus instead of telur biasa. Rasanya telur rebus digunakan bagi mengelakkan adunan dari mengembang sewaktu dibakar. So sebelum raya saya buat 2 adunan kuih semperit menggunakan resepi ini. Terima kasih tuan punya. Terlupa nak snap URL. Senyum lebar Haqim balik ada kuih semperit.
Bahan-bahan
- 1 cawan buttercup (250gm)
- 1 cawan tepung gandum
- 3 biji telur kuning yang telah direbus
- 1/2 cawan gula icing
- 1/2 cawan tepung kastard
- 1/2 cawan tepung jagung
- esen vanila
- ceri merah yang dipotong-potong kecil untuk hiasan
Kaedah membuat
- Hancurkan kuning telur yang direbus tadi.
- Masukkan gula icing, gaul rata.
- Masukkan tepung kastard, tepung jagung dan esen vanilla gaul sebati dengan tangan.
- Masukkan buttercup dan uli adunan campurkan tepung gandum sedikit sedikit. Sekiranya agak lembik tambah sedikit tepung gandum. Adunan yang terlalu lembik susah untuk dibentuk bunganya.
- Bolehlah membentuk bunga dahlia tersebut dengan menggunakan acuan dahlia.
- Letak ceri potong sebagai hiasan ditengah bunga. Ceri perlu ditekan sedikit agar tidak tertanggal sewaktu membakar.
- Bakar dalam oven 150 C selama 15-20 minit. Selepas 8 minit saya pusingkan dulang kuih supaya biskut masak sekata.
Resepi ini untuk lebihkurang 60 ke 70 keping biskut dahlia.
Tahun ni hari raya saya menerima kehadiran Ina dan keluarga. Hari raya, anak saudara Muklis bertanya –“Cik La cuba beritahu emak saya kat mana Cik La beli kuih kuning yang sedap ini. Saya nak minta emak saya beli “ .Ehm…bohonglah kalau tak rasa terharu:) . “Tak pelah sayang nanti Cik La buat untuk awak “ So malam kedua buatlah 2 adunan lagi kuih ini yang saya beri kepada mereka untuk bawa balik ke Shah Alam
Lagi 2 hari nak balik asrama –> “ Mama buat 3 balang kuih kuning untuk bawa balik asrama , What 3 balang Nak buat apa , Satu untuk asrama, satu untuk kelas, satu untuk cikgu”. Begitulah anak zaman sekarang. Order je..Tapi tak pelah niat untuk sedekah. So pagi sebelum hantar dia balik ke asrama, buatlah lagi 2 adunan kuih ini.
Rasanya inilah kuih yang mendapat sambutan hangat melebihi sambutan kuih tart dan kek lapis. Seperkara mengenai kuih ini, ianya memerlukan kesabaran yang tinggi untuk men”dahlia”kannya. Saya suka sebab setiap bunga mempunyai characternya yang tersendiri”". Ehm. begitulah cerita kuih semperit untuk raya tahun ini.
Terima kasih kepada empunya resepi yang memberikan kegembiraan kepara ramai ahli keluarga pada tahun ini.
0 comments:
Post a Comment