Monday, June 24, 2013

Makanan diJogja 1

Walaupun majoriti dari penduduk jogja beragama islam, kami masih was was bila nak mkn disana. Bagi warga jogja warung tepi jalan berada dimana mana. Bagusnya warung ini ditutp dgn plastik dan kebanyakkan warung hanya menyediakan meja dan pelanggan makan bersela ala ala Japanese Style gitu :). Alhamdulillah Danang bawa kami ke tempat yg sedap sedap makanannya Diantaranya adalah

Resraurant Cendawan
Semua masakan disini berasaskan cendawan. Dari sup sehinggalah ke sate dan gulai interesting konsep nya dan sedap masakannya sehingga we decided utk kerestaurant tersebut keesukkan harinya.

Kedai susu Kalimilk.
Siapa kata orang muda tidak suka minum susu. 3 malam kami kekedai ini yang berhampiran dengan hotel dan kami perlu menunggu untuk dapat rempat duduk. Konsep nya simple tapi susu manas dengan oat akan menjadi minuman wajib selepas ini sebelum tidur :)

Bakso
Malam pertama kami kekedai ini jam 10 malam dan telah ditutup. So malam kedua kami datang jam 7 mlm. Walaupun agak jauh dari hotel dan makanannya simple tapi rasanya sedap.

Mee jawa
Bila Danang cadangkan makanan ini saya terbayangkan mee yang dibanjiri dgn kuah pekat. Tapi jangkaan kami meleset bila kami dihidangkan dengan mee ini.

Macam mee telur dengan kuah sup tapi sedap. Cuma kalau tengok kepada dapurnya tak boleh nak makan. Melihatkan kpada bilangan pelanggan yg menunggu kami rasa berbaloi memang sedap. Penuh sepinggan tapi habis dimakan :)

0 comments:

Post a Comment