Sebagai koordinator iLQaM, telah banyak program yang saya buat, this is one of the program yang paling bermakna yang pernah saya anjurkan. Prof Dr Mohd Kamil telah membawa kami melihat kembali kenapa saya bertugas di UiTM. Dua perkara yang menyentuh hati saya.
1) Definasi ayat berikut
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
[Ar-Rahman, ayat 13]
2)Sajak Dato' VC yang berada dibelakang buku tersebut.
Aku tidak tahu lagi
Sama ada mahu menangis
Mengalir air mata marah
Atau mahu pasrah
Dengan takdir ciptaan bangsa
Sendiri
Atau perlukah aku bertempik?
Bersorak marah dengan kata nista
Terhadap bangsa sendiri
Yang menjadi durjana
Menikam sembilu tajam
Tertusuk di dada
Persaksikanlah lakunan bangsaku
Yang hanya berfikir sejengkal
Seolah hilang ingatan
Tiada pertimbangan
Persaksikanlah kealpaan bangsaku
Dipukau musuh tanpa mengerti
Yang mahu sesama bangsa
Berperang kata, bertikam lidah
Dan mereka ketawa berkata
Bodohnya bangsa itu
Aku mahu menangis
Sudah tiada air mata
Aku mahu bertempik
Sudah hilang suara
Semoga Prof Dr Kamil terus berkarya dan berdakwah dengan cara beliau yang unik.
Thursday, July 10, 2008
Wednesday, July 9, 2008
Buku-buku
Semalam saya beli dengan buku-buku berikut yang pastinya dapat membantu dalam memahami bidang pendidikan yang baru saya ceburi. Terima kasih kepada penulis buku-buku ini yang mana ilmunya dapat saya manafaatkan. Tersimpan harapan, satu hari nanti moga-moga tuhan beri saya perluang dan untuk menghasilkan karya seperti mereka..
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai buku-buku ini terdapat dilaman http://www.pts.com.my
- Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan oleh Azizi Yahya, Sharin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan.
- Pedagogi, Strategi dan teknik mengajar dengan berkesan oleh Dr.Rohizani Yaacub, Shahabuddin Hashim dan Mohd Zohir Ahmad (kesemuanya merupakan pensyarah Pengajian Ilmu Pendidikan USM
- Psikologi Pendidikan oleh Shahabuddin Hashim,Mahani Rozali dan Ramlah Jantan
- Kognitif Pendidikan oleh Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zuruhanmi Zakariya dan Fauziah Yahya.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai buku-buku ini terdapat dilaman http://www.pts.com.my
Asri bawa durian
Hari ini, asri menjamu kami dengan buah durian. Sekali sekala makan durian ramai-ramai ni seronok juga. Thanks Asri..Teringat durian kat kebun di Mersing. ehmm..nak telefon maklah sekejap..
Tuesday, July 8, 2008
Positive impact
Found this video which touch my heart
Monday, July 7, 2008
Kursus Asas Pensyarah Baru
Hari ini 40 orang pensyarah baru menghadiri kursus Pensyarah Baru UiTMT yang diadakan di Dewan Jasmin. Terharu juga melihat muka-muka yang muda menghadiri program ini. Dalam masa yang sama hari ini kelas baru mula hari ini. terkejar-kerja juga pagi tadi sebab saya ada kelas dari pukul 8:00 - 12:00. Di pertemuan ini, saya mengajak pensyarah-pensyarah baru yang bakal menghabiskan masa mereka disini untuk menghayati tugas dan tanggungjawab seorang pendidik yang melebihi dari batas 4 dinding di bilik kuliah. Semoga mereka dapat mencari dan merasai kenikmatan mendidik sebagaimana yang telah saya rasai selama 15 tahun dengan institusi ini.. Selamat Berjaya, Semoga Allah bersama-sama kita sentiasa..
Saturday, July 5, 2008
Haqim berkain pelikat

Petang ni, lepas mandi, Haqim nak pakai kain pelekat pulak.. Kelakar juga tengok abah ajar Haqim pakai kain pelekat abah yang dilipat dua. Nampak gayanya esok mama ke kedai lah belikan kain pelekat Haqim.
Thursday, July 3, 2008
Berakhirnya Program Team Building

3 hari menghadiri program ini, banyak perkara baru yang saya pelajari. Diantara yang memberi kesan ialah teori warna personaliti yang terdiri dari emas, hijau, jingga dan biru. Kami diberikan 100 soalan untuk dijawab. Berdasarkan jawapan tersebut kita mengenali warna personaliti kita. Setiap warna mempunyai sifat-sifat uniknya yang tersendiri. Sekarang barulah saya faham personaliti staf-staf saya dan ianya memudahkan saya memberikan tugasan kepada mereka dan menyebabkan saya memahami kenapa ada kalanya berlaku kekeliruan atau kurang sefahaman diantara kami. Mungkin juga ini sebabnya kenapa saya dan Y sering tidak kesefahaman. Warna personaliti kami dua-dua emas. Cuma saya emas + hijau dan beliau emas + biru.
Selain dari itu, saya aktiviti-aktiviti yang dijalankan mencerminkan kepada saya bagaimana saya perlu mengingati nama-nama rakan sekerja dalam satu kumpulan. Satu perkara yang sukar untuk saya tetapi ianya tidak boleh dianggap mudah.Kesimpulan dari program ini, saya akan mempercepatkan program Team Building Ketua-ketua bahagian + unit ke bulan lapan instead of bulan 11. Saya yang telah menghadiri beberapa team building sebelum ini juga merasai kesannya, mungkin mereka juga akan mendapat kesannya yang seterusnya akan membaiki cara pengurusan mereka. Kenalan yang terdiri dari koordinator-koordinator iLQaM dari kampus lain juga bertambah. Perbincangan dengan Dr. Azman juga mencadangkan satu tajuk baru untuk saya terokai dalam pengajian saya. Jika dalam kursus Asas Pengajaran yang lepas, saya mengeratkan hubungan dengan Dr. Rohana,Isme dan Bad, kini giliran En Janudin, Faridah dan Anna pula.

Terima kasih En Mohd Zaini yang telah mengendalikan program ini dengan begitu baik sekali.
Subscribe to:
Posts (Atom)