Bulan ini beli 2 kumpulan keratan. Kump. pertama dibeli dari En.Hamid. Ini kali kedua saya beli dari beliau. Koleksi 10 batang keratan dan beliau beri percuma 3 batang. Oleh kerana keratan sampai pada hari isnin 1/8, so mereka melalui prerooting dulu. Hujung minggu baru boleh mula tanam
21/8 – Keratan Bordisote Rossa dialaih kedalam polybag kerana akarnya telah panjang walaupun daunnya masih belum banyak. Ianya bagi mengelakkan pokok dari mati. Hopefully ianya membesar dengan sihat dan pokok-pokok lain juga berpucuk. Nampak macam tutup hujung keratan dengan kertas gam tu mengundang kulat. It is too late untuk ubah. Next time kena guna aluminium foil lah. Gambar buah Bordisote Rossa dari Facebook Fida Alex. Semoga nanti pokok saya juga berbuah dengan banyak macam ini
18/8 – Keratan digabungkan bersama kerata Rimadhi Cik Pin (yang besar-besar tu). Pucuk telah mula keluar dari keratan Rimadhi. Daun telah mula naik dari keratan Cik Hamid. cuma sudah nampak ada beberapa keratan yang daunnya mula layu kerana akar tidak tumbuh so bila makanan untuk pucuk dari keratan telah habis, pucuk akan mula layu. Ini yang mencemaskan saya…
11/8 – Pucuk-pucuk muda mulai keluar
5/8/2017 – Semua keratan telah ditanam dalam cup untuk proses berikutnya. So kita tengok perkembangannya next Saturday ye .
Diantara varieti yang dibeli adalah :
Yap yang menarik saya adalah Manresa – kali ke tiga saya cuba tanam pokok ini. Selain dari itu saya nampak ada Black Mission, Saya nak tengok sama tak buahnya dengan Black Mission yang saya ada. Hope fully hiduplah 10 jenis variti ni di Laman DMelati.
0 comments:
Post a Comment