Sunday, August 6, 2017

Keratan Tin DG Garden

Satu lagi kumpulan keratan adalah dari DG Garden yang sampai sehari selepas keratan En. Hamid. Yap go through rooting proses sebab sampai hari bekerja.

Dari 11 + 10 keratan yang ditanam hanya 5 sahaja yang bertahan dan dipindahkan ke pasu besar. Ehm 5/21, success rate cutting kali ni 25% je ….

15/09 – Alhamdulillah Inca Gold, dan 2 keratan Brogiotto Nero telah dipindahkan ke pasu besar. Semoga saya dapat merasa buah dari pokok ini. Rasanya keratan-keratan yang lain macam tak menjadi.

25/8 – Hari ini pindah 2 pokok kedalam polybag – Negronne1 dan Negronne2. Semoga ianya hidup subur. InsyaAllah

cutting2b

21/8 – Hari ini pindah 2 pokok ke dalam polybag since akar kedua-dua dah keluar dari cawan. Takut nanti rosak pula akar walaupun daunnya masih tidak begitu banyak. One of them is this cutting yang keluar pucuk dan buah. Best nya kalau buah boleh kekal dan masak Smile Ini adalah keratan Brogiotto Nero (terbelit lidah). Satu lagi adalah keratan yang dilabel sebagai IG – Inca Gold. Hopefully pokok-pokok ini akan membesar dengan baik. Hopefully keratan yang lain juga akan berpucuk dan berakar..

BN

Gambar buah Brogiotto Nero dari Facebook dan Inca Gold dari Amanda Putri. Nampak macam Inca Gold senang dan lebat berbuah Smile.

BNinca gold


18/8- Keratan disusun kembali. Beberapa keratan dari En Hamid dibawa ke bekas ini. Pucuk sudah mula keluar. 2 lagi keratan dibawa keluar kerana berkulat

dgGarden

11/8-Masih tiada pucuk. Macam lambat sikit pucuk keratan ini. 1 keratan telah berkulat dan dikeluarkan.

dg

5/8/2017 – Keratan ditanam dalam cup menggunakan media – Sekam bakar, cocopeat dan perlite.

cutting1

Keratan dari DK Garden agak panjang. Saya potong dua setiap satu so dapat 12 keratan Smile. Berikut adalah

DKCutting

2 variti yang menyebabkan saya beli kumpulan ini. Yang pertama ialah saya nak tengok beza varieti Negronne dengan yang saya ada. Yang kedua adalah black portugal yang hopefully boleh menggantikan blcak portugal saya yang tidak bertahan dalam musim hujan yang lalu. Selain itu, variati Inca Gold juga dikatakan adalah varieti yang sedap. Semoga semua variti ini hidup sihat di Laman DMelati Smile.

0 comments:

Post a Comment