Monday, March 18, 2013

Talam Keladi

20130311_072327

Match je warna talam ni dengan warna bunga di piring :) . Saya hanya menunggu occasion untuk buat. Dah seminggu dah keladi tu berada dalam peti serjuk. Ehm.. mahal juga keladi ni. May be bukan musim kot..

Resepi ni saya ambil dari laman Sinar Kehidupanku. Terima kasih tuan laman kerana berkongsi resepi yang sedap ni. Saya salin kat sini kaedah saya buat ye.  Saya guna talam 9 in X 9 in X 3 in, So tebal sikit talam ni.

Lapisan Bawah

  • 2 cawan tepung beras
  • 3 sudu besar tepung ubi
  • 1 tsp garam
  • 6 sudu besar gula pasir 
  • 1000 ml santan (saya beli santan pekat dalam dalam RM4.00 – 400ml, saya campur dengan air untuk jadikan 1L)
  • 1 buku keladi dalam 250gm. Saya rasa kalau letak lebih sikit lagi sedap kot. Saya buang kulit, potong dadu kecil, kukus sampai masak.
Cara-caranya :
  1. Alas loyang dengan plastik, panaskan pengukus.
  2. Dalam blender saya letak 500 ml santan, tepung beras, tepung ubi, gula pasir dan garam. Blend rata. 500 ml lagi saya letak dalam periiuk (Kalau letak semua dalam blender tak cukup nanti adunan tumpah masa blend. Pastikan masuk bahan cecair sebelum masuk tepung.
  3. Masuk bahan blend dalam periuk bersama lebihan santan. Kacau sebati, Masak sehingga naik wap.
  4. Masukkan keladi, kacau rata dan tuang ke dalam loyang 10" x 10" x 3"
  5. Masak 25 minit.
Lapisan Atas
  • 11/2 cawan tepung gandum
  • 250 gm gula halus
  • 3 biji telur gred B
  • 200 ml santan pekat (RM2.00) + 550 ml air
  • sedikit pewarna purple
  • sedikit esen keladi
  • sedikit garam

Kaedah

  1. Masuk sebahagian santan dalam blender + telur,+ gula + garam + esen, pewarna + tepung (dalam turutan). Blend rata
  2. Dalam periuk masuk lebihan santan dan adunan yang telah diblend.
  3. Masak sehingga naik wap.
  4. Carik sedikit lapisan bawah, Tuang ke atas lapisan bawah
  5. Kukus selama 30 minit.
20130311_072109

Satu adunan kuih talam untuk majlis jamuan abah kat ofis…

First Draft of Thesis

Awal bulan November 2012

Supervisor 1: Ok you boleh mula menulis, give me the draft by end of January.

Student: Ok prof saya cuba tapi saya kena rerun balik experiments and completekan data KMAT to 21000.

Middle of January:

Student: Prof, I made a mistake rerunning the program, the exercise took more time than what I had planned. I need more time to write

Supervisor 1 : Ok, start writing you have 6-7 chapters to write

Student: (Dalam hati) I had submitted 3 chapters tapi tak ada sesiapa pun nak comment ehmm..

Awal February:

Supervisor 2 : How is the writing process?

Student: Slow, saya tulis 2 mukasurat, lepas tu delete 3 muka surat. Need to run more experiments Tak tahu apa nak tulis..

Supervisor 2 : It will be good if you can submit the thesis before mula mengajar. Nanti susah nak siapkan

Student : That is my target too,

Awal March:

Supervisor 3 : Stop experimenting, start the writing process, other wise you tak sempat nak submit thesis by June..

Student: Yap..InsyaAllah, difficult but trying my best..

 

Student: Ehm..Makan luar dinner ni

Husband: Again..

Student: Jangan cakap apa-apa, nanti saya kemas rumah

Husband: Ops..

Emak : Senyap aje pagi ni..

Student: Saya tidur lewat malam tadi, lepas husband gi kerja saya baring sekejap..

 

Student: Alamak..Format word dah hay wire..Dia dah bingung, may be sebab file dah besar sangat, kena copy paragraph by paragraph into a new document.

Supervisor 2 : Make sure you buat back up every day..

Student: Oh no..there is no improvement compare to the current technique..

Supervisor 2: But your technique is different than them and you are inserting a code to improve their technique. That is the reason why you nampak their technique is better.

Student : Ya lah Sememangnya buat Phd bukannya kerja seorang-seorang. Terima kash Dr for the suggestion. This morning, saya blur sekejap, terima kasih kerana menjadi pendengar yang baik and the discussion membuatkan saya okay kembali and nampak balik jalan nak proceed :)

InsyaAllah  next week saya hantar the first draft of the  thesis (7 chapters) . May not be as good as Andrew Secker thesis. I expect I'll have to do a lot of improvement but that is where the learning process is. Learn a lot in the journey to complete the first draft ..

Patutlah depa tak beri comment bila I submit the early chapters (Dalam hati)

 

Student: Dr tolong check nahu dan grammar 1st draft saya so that saya tak buat the same mistakes in the rest of the theses.

Pakar bahasa: Berapa mukasurat your 1st draft?

student : Dalam 200 mukasurat.

Pakar bahasa: Ehm selalunya student hantar 1st draft 300 mukasurat sebab nanti kena buang banyak.

Student : Oh oh..sebab tu ramai student tak hantar 1st draft ( dalam hati)

Supervisor 1: hantar je. Nanti saya baca, pendekatan people berbeza, ada kalanya kita guna format mengurangkan ada kalanya kita guna format mengembangkan...

Student: Saya tak berapa puas hati dengan 1st draft, tapi saya perlu hantar untuk dapatkan feedback..

 

A day be4 submission of 1st draft

Student: Oh oh. laser printer saya berasap bila saya print terus lebih dari 30 mukasurat. Kena print sikit-sikit, banyak section pulak ni, nanti dia confuse m/s mana nak print.. Untuk yang ada graph kena print color

Student: Oh oh it took 30 minutes to print 20 pages kat printer color,  ehm yang saya punya photostat je lah..

 

kedai photostat – 9 am

Owner – Kak, saya tak boleh buat terus, Dalam pukul 1 baru siap, banyak perkara nak buat ni.

Student – Tapi saya nak gi Shah Alam pkl 2 petang..Make sure siap. berapa?

Owner kedai photostat: InsyaAllah saya buat yang kakak punya dulu, Dalam RM50.00 kak. Next time akak hantar awal sikit lah..

 

15/3

Supervisor 1 : Saya ada meeting pagi dan petang. Letak je lah kat depan bilik.Dah Isi borang hantar thesis? Kena hantar borang 3 months in advance.

Student: Saya nak minta pendapat tentang isi borang tu..

Supervisor1: Ok jumpa pukul 12 tengahari.

Supervisor 3 : Ok jumpa pukul 11 pagi.

10:45 – Ooo kereta tak siap lagi, masih kat Shah Alam, Sorry Dr. lambat sikit.

12:15:

supervisor 1: Wah panjangnya tajuk..Lets discuss how to shorten it.

After 20 minutes:

Student : (Dalam hati) Sebab tu dia supervisor and saya student..

Supervisor 1: Salah ejaan ni...Nanti saya forward a name of a person yang you boleh contact untuk beli e-kamus…

Supervisor 3: Syabas..Looking forward to read the first draft. Saya nak gi Terenggnau On the 23rd nanti kita discuss.

Supervisor 2: At last tahniah.. The journey sudah hampir tamat but the challenge will be more next time..

 

Itulah sebahagian dari drama sewaktu proses nak hantar the 1st draft of my thesis. Still a long way to go, baru nampak cahaya samar-samar, masih banyak lagi yang perlu saya pelajari . Alhamdulillah saya bersyukur tuhan jumpakan saya dengan 3 orang supervisor yang banyak menyokong dan mendorong saya untuk meneruskan perjalanan ini. Semoga ianya sampai juga ke penghujungnya. Alhamdulillah  mereka yang berada disekitar saya memahami masa-masa dimana saya perlu menyibukkan diri. Ameen.. moga dipermudahkan perjalanan ini ke penghujungnya…

Tuesday, March 12, 2013

Apa itu?

20130312_074625

Projek yang telah lama berada dalam fikiran, tapi tidak diletakkan sebagai satu priority. Pagi ni bila lipat kain ni and sementara tunggu husband gi kerja, saya execute the project yang mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk disiapkan.

Apa itu?, ianya adalah kain alas tudung pengukus yang saya guna untuk tutup pengukus sewaktu buat kuih talam. Kenapa? untuk mengelakkan air dari jatuh keatas kuih terutamanya kuih talam sewaktu mengukusnya.

Ehm.. bagaimana 15 minit masa yang diperuntukkan untuk menjahit tepi kain memberikan kepuasan dan mengeluarkan sesuatu dari kotak fikiran saya yang hampir penuh ni….

20130312_074823

suka..suka..suka.. What a way to start a new day..

Monday, March 11, 2013

Kuih Talam untuk Jamuan Raja Muhammad Hafiz

20130311_07210920130311_072208

Talam Keladi dan Talam Berlauk  jamuan perpisahan Raja Muhammad Hafiz dari Pejabat Asrama. Seorang pelajar yang rajin, pandai dan banyak membantu saya. Semoga Hafiz akan berjaya selepas meninggalkan UiTM Dungun.

Wednesday, March 6, 2013

Roti Oren

20130306_074236

Pagi ni saya dalam misi menghabiskan roti yang dah nak expired. Teringat kat Haqim. Ini adalah salah satu dari kuih kegemarannya yang Haqim kenali sebagai roti oren. Ianya adalah roti yang diisi inti (normally sardin yang saya campur dengan hirisan bawang atau hotdog), dicelup dalam telur yang telah dipukul sedikit dan disalut dengan serbuk roti.

Amazing, bagaimana kuih yang simple dapat menceriakan suasana. Apalah yang Haqim tengah buat sekarang agaknya?..

Sunday, March 3, 2013

“orang berjaya akan menyudahkan apa yang telah mereka mulakan”

 

Terkesan dihati membaca statement ini yang diucapkan oleh En Roslan Abd Hamid di laman MKI. Inilah ucapan yang sering berada dalam minda saya at this moment. Saat-saat dihujung pengajian PhD, waktu dimana saya perlu menyiapkan thesis PhD yang sepatutnya telah dihantar untuk semakan pada bulan January yang lepas. Saat dimana saya perlu lebih fokus dan memberhentikan kebanyakan aktiviti-aktiviti harian untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada aktiviti penulisan. Ianya satu perkara yang sukar tapi saya juga tahu kalau saya fokus dan selesaikannya satu persatu, akhirnya ia akan selesai juga. Ehm..Terima kasih En Roslan atas kata-kata semangat tersebut. Bagi yang berminat, ini adalah link untuk membaca kuliah beliau : http://muhdkamil.org/pensyarah_tamu/roslan_ab_hamid  - Semoga ianya dapat dimanafaatkan..