Sunday, March 3, 2013

“orang berjaya akan menyudahkan apa yang telah mereka mulakan”

 

Terkesan dihati membaca statement ini yang diucapkan oleh En Roslan Abd Hamid di laman MKI. Inilah ucapan yang sering berada dalam minda saya at this moment. Saat-saat dihujung pengajian PhD, waktu dimana saya perlu menyiapkan thesis PhD yang sepatutnya telah dihantar untuk semakan pada bulan January yang lepas. Saat dimana saya perlu lebih fokus dan memberhentikan kebanyakan aktiviti-aktiviti harian untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada aktiviti penulisan. Ianya satu perkara yang sukar tapi saya juga tahu kalau saya fokus dan selesaikannya satu persatu, akhirnya ia akan selesai juga. Ehm..Terima kasih En Roslan atas kata-kata semangat tersebut. Bagi yang berminat, ini adalah link untuk membaca kuliah beliau : http://muhdkamil.org/pensyarah_tamu/roslan_ab_hamid  - Semoga ianya dapat dimanafaatkan..

0 comments:

Post a Comment