Salah satu dari petanda, betapa banyaknya nikmat yang diberikan Allah kepada kita, tapi jarang kita menghargai dan mensyukurinya. Hanya selepas ianya diambil kembali barulah kita menyedari betapa significantnya perkara tersebut. Hari ini saya ke dentist selepas ‘menderita’ sakit gigi yang amat sangat. Masa ni, bunyi deruan air terjun dikolam yang selama ini amat menenangkan terasa amat membingitkan. Apatah lagi kalau Haqim meragam, sedikitpun dah kena marah (kesian pulak)..
Begitulah lumrah kehidupan, gigi yang begitu kecil, yang telah banyak berjasa kepada kita, hanya kita hargai apabila ianya telah sakit. Seolah-olah itu amaran dari Allah agar kita mengingati dan mensyukuri nikmat yang telah diberikan kepada kita. Terima kasih kepada dr gigi yang telah merawatnya. Nasib baik ianya masih boleh kekal disitu dan tidak perlu dicabut. Walaubagaimananpun, nikmat untuk makan benda-benda keras seperti kacang kini telah berlalu…
0 comments:
Post a Comment