Somebody beri link ke satu video dalam youtube yang memberi impak dalam minda saya pada hari ini. Video tersebut adalah rakaman yang dibuat oleh pegawai pencegah maksiat terhadap couple-couple yang berpacaran di sebuah taman (saya tak tahu dimana). Ehm…saya tabik pada pegawai tersebut yang berani menegur kesilapan yang dilakukan dimana ramai dari kita (termasuk saya) yang hanya menghalang dalam hati.
Walaubagaimanapun, saya kurang setuju apabila video tersebut didedahkan kepada umum melalui youtube, sedangkan Allah meminta kita menyembunyikan aib saudara sesama islam. Ada diantara keratan video tu dah jadi cerita lucah pulak. Tangkapan yang ditayangkan di tv pun dikelamkan gambarnya. Bayangkanlah kesannya kepada keluarga (terutamanya ibu bapa mereka). Cukuplah mereka dimalukan apabila tuduhan terhadap mereka dilakukan dimakamah. Siapalah kita untuk menghukum mereka hingga kedunia siber sedangkan perjalanan hidup kita dan anak-anak kita dimasa hadapan masih belum pasti. Siapakah nanti yang akan bertanggungjawab sekiranya ada anak-anak remaja yang menggunakan pengetahuan dari video tersebut untuk melakukan kesilapan yang sama?
Nota: Tidak bermakna saya menyokong mereka yang melakukan perkara mungkar tapi saya teringat pesanan ustaz saya, niat tidak menghalalkan perbuatan. Sedihnya apabila teknologi yang ada digunakan untuk mengaibkan orang lain…
0 comments:
Post a Comment