Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang memberikan rezeki kepada semua umat sekelian alam. Projek yang dirancang dari bulan 12 kini telah hampir selesai dan malam tadi kami sekeluarga merasmikan kolam ini for the first time.
Alhamdulillah, Allah perkenankan permintaan kami untuk membina ruang bagi kami sekeluarga bersantai dan mengeratkan hubungan kekeluargaan. Air mula penuh dan sesuai untuk diuji lebih kurang pada pukul 6 petang. Air mula dipasang pada pukul 6 petang semalam. Sehingga pagi ini, hanya 1/4 sahaja kolam yang penuh. So, kami mendapatkan tambahan air dari 2 rumah jiran (Dah/Jef dan Milah/Din). Terima kasih kepada mereka yang membantu.
Kami terhutang budi kepada mereka-mereka yang bertungkus lumus untuk menyiapkan ruang ini. terutamanya Jalil and the gang,
Mubin dan rakan-rakannya
Juga kepada En Zamri dan pekerja-pekerja Vietnamnya yang memasang dinding air terjun dengan ‘biji kacang’
Beberapa pekerja Bangladesh yang ‘plaster’ dinding
dan Tok Bilal serta anak-anaknya yang memasang tile projek.
Bayangkanlah, ini adalah ruang rumah sebelum diubahsuai
Dan ini adalah ruang rumah selepas diubahsuai.
Saya pelajari banyak perkara mengenai komunikasi berkesan, perancangan dan pengurusan projek dan betapa sukarnya bagi sebahagian dari kita untuk mencari rezeki yang halal (Realiti kehidupan yang ingin saya tunjukkan kepada Haqim). Kadangkala kita ambil mudah kemudahan yang ada dihadapan mata tanpa menyedari ada individu-individu lain yang bertungkus lumus untuk melaksanakannya.
Syukur kepada Allah yang menunaikan permintaan kami dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang merealisasikannya. Semoga kurniaan ini akan dapat dimanafaatkan sewajarnya..
So Yati..bila nak datang…
0 comments:
Post a Comment