Saturday, June 25, 2011

Cetak kandungan Blog

Selepas lebih kurang 3 tahun  saya mencatat kenagan dalam blogspot (May 2008, 2009, 2010, May 2011), terdetik dalam hati untuk mencetak coretan-coretan kehidupan sepanjang 3 tahun yang lepas. Manalah tahu, government bar pulak blogspot.com or anything happen to this server, at least saya ada salinan memori-memori indah yang tercatat di blog ini. So inilah printer Canon yang akan digunakan untuk tujuan tersebut.

IMG_1049

Ehmm, tak mudah sebenarnya nak print page-page tersebut, banyaknya try and error, especially kualiti gambar yang dicetak, akhirnya saya mengambil keputusan untuk mencetak with high kualiti gambar-gambar yang akan menjadi kenangan manis. Yang lain biarlah dengan kualiti yang sedia ada.

Menyingkap sejarah memori yang dicatat menyebabkan saya tersenyum sendiri, terutamanya apabila melihatkan perubahan Haqim yang begitu ketara. Benarlah kata MKI masa berlalu begitu pantas bagi mereka yang menyedarinya..

Nota: Kesukaran untuk akses Internet menyebabkan saya mencetaknya ke pdf file dahulu. Nanti baru print atas kertas…

Sunday, June 19, 2011

Pilihanraya dah nak dekat ????

Kenapa saya beranggapan begitu?

1. Di TV sudah mula propaganda terhadap pembangkang. Kalau tak caya lihatlah Berita pukul 8:00 malam. Pasti ada kisah negatif mengenai PAS, DAP dan Keadilan pada setiap malam.

2. Kempen mengundi mula ditayangkan dengan lebih kerap di semua siaran tv.

3. Lebih banyak 'gula-gula’ yang mula diberikan oleh pemerintah.

4. Harga minyak tak naik walaupun harga minyak melambung dipasaran, malah harga RON 97 turun ?????

 

Note: saya tidak menyebelahi mana-mana parti politik….

Picnic day

Dah lama tak berkelah di tepi pantai, hari ni terasa nak lunch kat tepi laut pula. So saya sediakan nasi lemak (lama tak makan sebab nasi lemak kat kedai rasa macam nasi biasa je..) and emak bawa air dan buah. So here we are…Yati jangan jealous…Mak merasmikan tikar baru and saya merasmikan bekas makanan baru.. he..he..(hidden reason untuk gi picnic)

IMG_1039IMG_1038

Ehm..sekali sekala duduk makan dikelilingi udara nyaman ni best juga, especially Haqim yang seronok tengok ramainya pemancing di tepi laut..

Sunday, June 12, 2011

KESIAN SUNGGUH JADI PEREMPUAN

Diambil dari blog Cik Tembun Rasa di

http://ciktembun.blogspot.com/2010_10_01_archive.html

Renung-renungkanlah --->

  • Kesian sungguh jadi perempuan
  • Dari kecil kata orang lain kena turutkan
  • Derhaka ibu bapa, neraka jaminan
  • Bantah kata suami, syurga dijauhkan
  • Degil kata guru, bengap sepanjang zaman
  • Sungguh kesian….
  • Masa kecil dipakaikan riben dikepala
  • Rambut diikat getah sampai cekang mata
  • Warna baju hanya pink sahaja
  • Skema warna lain dikira kurang ceria
  • Warna hitam is no-no-no katanya
  • Itu untuk lelaki sahaja
  • Kaki memakai stoking berenda
  • Even cuaca panas kena pakai juga
  • Kekadang sampai paras peha
  • Semata-mata mak nak member kata
  • “Eh, comelnya, ni anak sapa?”
  • Kesian na…
  • Masa sekolah belajar bersungguh
  • Homework dibuat tanpa bersuruh
  • Budak lelaki hanya riang berseloroh
  • Bergurau senda sampai bergaduh
  • Yang perempuan rajin mengulangkaji
  • Bila datang pagi2, homework dipinjam oleh budak lelaki
  • Yang malam tadinya tengok TV
  • Siap kena ugut kalo takmo bagi
  • Time exam dok pulun study tapi budak lelaki yang dapat top 3
  • Dikatakan itu kehebatan minda lelaki
  • Belajar sedikit, tapi berkembang ilmu di sanubari
  • Pirah..meniru masa exam-memang tak aci!
  • Si budak perempuan duduk menangis
  • Papa Mama mesti bising habis
  • Hantar kumon segala macam kelas tambahan
  • Sampai anak penat mental dan badan
  • Padahal anak nak main teng-teng dengan kawan
  • Oh…kesian…
  • Bangun pagi katil kena kemas
  • Pergi sekolah , uniform kena kemas
  • Balik sekolah, rumah kena dikemas
  • Adik kena jaga, jangan jatuh atau lemas.
  • Sedang sibling lelaki mengangkang depan TV
  • Anak perempuan dilatih awal untuk jadi suri
  • Supaya tak memalukan mak bapak lepas kawin nanti
  • Dalam hti terbit rasa tak aci
  • Kenapa aku je kena buat kerja ni.
  • Walaupun kat sekolah student pompuan ramai yang cemerlang
  • Tapi jawatan ‘school captain’ tak dapat disandang
  • Kerana kononnya direserved untuk lelaki kacak
  • Perempuan ni emosinya mudah bergelodak
  • Ketua kelab pengerusi persatuan semuanya lelaki
  • Tapi beban kerja ditanggung perempuan yang jadi secretary
  • Nak harap pengerusi lelaki, alamat lesaplah duit nanti.
  • Result SPM every year perempuan juara
  • Beribu-ribu score straight A – malas nak kira!
  • Kemasukan uni, penerima biasiswa semua ada kuota
  • Takkan semua nak bagi pelajar wanita
  • Maka lelaki tak cukup syarat pun dapatla juga
  • Bila dah abih grad berlumba-lumba minta kerja
  • Majikan suka ambik hanya wanita jelita
  • Atau lelaki sebab boleh outstation sorang sini sana
  • Kesian kat kami, golongan berwajah sederhana
  • Bila naik pangkat, timbul pula isu gender
  • Wanita tak pandai memimpin, asik emo sahaja
  • Tak boleh balik lambat atau buat kerja lebih masa
  • Kena balik rumah segera, uruskan keluarga
  • Padahal lelaki yang naik pangkat tu bukannya terror
  • Sedang pekerja pompuan buat kerja, dia rilek saja
  • After 5.30 baru kelam kabut buat kerja
  • Konon overtime, tunjuk rajin sentiasa
  • Padahal buat tugasan yang patut siap time opis hour
  • Cemerlang sangat cara mereka bekerja.
  • Dirumah wanitalah suri,
  • Seorang permaisuri yang dilayan seperti abdi
  • Kebajikan anak dan suami perlu dikenalpasti
  • Makanan siap tersaji
  • Kain baju siap terlipat besih dicuci
  • Lantai berkilat sampai nampak muka sendiri
  • Walaupun penat, malam kena ready beraksi
  • Kang jadi sebab tok laki lari.
  • Duit gaji tak boleh berkira
  • Walaupun kerja rumah buat sorang-sorang, duit grocery kena bahagi sama rata
  • Duit bukan untuk beli make-up sahaja
  • 100% untuk keluarga
  • Abang bayar duit minyak, sayang kenala bayar installment kereta
  • Dah abang bayar semua bil, sayang settle duit dengan bank rumah kita
  • Kononnya balasan sebab suami bagi peluang keluar bekerja
  • Kenala berkorban share duit belanja
  • Kekadang rasa diperguna, tapi tak bleh nak kata apa
  • Nanti dituduh cuba menderhaka
  • Bini derhaka tak masuk syurga
  • Bini keras kepala cepat jadi janda
  • Dalam duit tak cukup sentiasa,
  • Macammana lelaki boleh terfikir nak kawin dua?
  • Kesiannya…
  • Dah menjanda pepandaila korang jaga anak
  • Sapa suruh dulu tak control kehendak
  • Duit nafkah anak silap haribulanla nak mintak
  • Aku sanggup turun naik mahkamah kata ko orang perempuan ni tak layak dapat hak
  • Bila anak2 dah besar pandai2la dorang cari dorang punya bapak
  • Lagi pulak yang perempuan perlukan wali, maka bapakla yang paling layak
  • Kesianla pulak…
  • Hati Cik T memang berapi
  • Bila tengok penganiayaan terhadap kaum kami
  • Baca di paper hari-hari
  • Ada saja yang kena tikam, disimbah asid oleh lelaki
  • Dikatakan pulak tak pandai jaga diri
  • Ramai juga lari ke Lombok ikutkan hati
  • Tak kawin dikatakan meninggi diri
  • Jual mahal sampai lelaki pun tak sudi
  • Kalau kahwin, selalunya jadi orang gaji sampai mati
  • Kerja 24 sehari 7 hari seminggu tak cuti
  • Dari bela anak, sampaila bela cucu sendiri
  • Mujur tak kena paksa bela anak tiri
  • Argh…susahnya jadi perempuan abad ini!

Monday, June 6, 2011

Private swimming pool

Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang memberikan rezeki kepada semua umat sekelian alam. Projek yang dirancang dari bulan 12 kini telah hampir selesai dan malam tadi kami sekeluarga merasmikan kolam ini for the first time.

IMG_1002

IMG_1110

Alhamdulillah, Allah perkenankan permintaan kami untuk membina ruang bagi kami sekeluarga bersantai  dan mengeratkan hubungan kekeluargaan. Air mula penuh dan sesuai untuk diuji lebih kurang pada pukul 6 petang. Air mula dipasang pada pukul 6 petang semalam. Sehingga pagi ini, hanya 1/4 sahaja kolam yang penuh. So, kami mendapatkan tambahan air dari 2 rumah jiran (Dah/Jef dan Milah/Din). Terima kasih kepada mereka yang membantu.

IMG_0987

Kami terhutang budi kepada mereka-mereka yang bertungkus lumus untuk menyiapkan ruang ini. terutamanya Jalil and the gang,

IMG_0802

IMG_0675IMG_0985IMG_0974

Mubin dan rakan-rakannya

IMG_0993IMG_0978IMG_0994

IMG_0992

Juga kepada En Zamri dan pekerja-pekerja Vietnamnya yang memasang dinding air terjun dengan ‘biji kacang’

IMG_0952

Beberapa pekerja Bangladesh yang ‘plaster’ dinding

IMG_0878

dan Tok Bilal serta anak-anaknya yang memasang tile projek.

IMG_0935

Bayangkanlah, ini adalah ruang rumah sebelum diubahsuai

IMG_0620

Dan ini adalah ruang rumah selepas diubahsuai.

IMG_1006

Saya pelajari banyak perkara mengenai komunikasi berkesan, perancangan dan pengurusan projek dan betapa sukarnya bagi sebahagian dari kita untuk mencari rezeki yang halal (Realiti kehidupan yang ingin saya tunjukkan kepada Haqim). Kadangkala kita ambil mudah kemudahan yang ada dihadapan mata tanpa menyedari ada individu-individu lain yang bertungkus lumus untuk melaksanakannya.

Syukur kepada Allah yang menunaikan permintaan kami dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang merealisasikannya. Semoga kurniaan ini akan dapat dimanafaatkan sewajarnya..

So Yati..bila nak datang…