Dari 21/11 – 23/11, kami menemankan abah yang menghadiri kursus di UiTM Kampus Kota Johor Baru. Kesempatan ini saya ambil untuk berziarah kerumah saudara mara di Johor Baru. Terima kasih Izan yang menjamu kami makan tengahari pada 22/11. Lauk daging goreng sedap dan limau bali tu habis sebaik saja sampai hotel :). Untuk memenuhi permintaan Haqim, Yati bawa kami ke Pontian kerumah Abang Long. Terima kasih Ana, jamu kami dengan Kuah Lodeh yang paling sedap yang pernah saya makan. Dah besar dah Abang Long, lagi tinggi dari nenek :).
Esoknya, Yati bawa kami melawat-lawat sekitar bandar JB, bermula dengan zoo (memenuhi permintaan Haqim..)
Besarnya ikan-ikan dalam zoo ni. Haqim dapat kawan baru kat sini ha..ha..ha.. Kami juga ke Danga Bay..Ingatkan nak naik cruise, tapi baru tahu yang ianya beroperasi hanya pada malam weekend sahaja.
Terima kasih Yati on the trip termasuklah makan cendol dan goreng pisang yang sedap. Next time kalau kak tih datang kita gi Singapore pulak boleh?… :)
0 comments:
Post a Comment