Apakah yang telah berlaku?.. Rahsia……
Monday, November 29, 2010
Trip ke Wet World Shah Alam
Sudah lama Haqim nak datang ke sini, tapi saya tak berkesempatan untuk bawa. Tambahan pula kalau pergi seorang-seorang, saya rasa tak seronok. Alhamdulillah, lepas raya haji, Rewa ajak bawa anak-anak saudara ke tempat ini. Boleh tahan juga harga tiket ikut tinggi –> kanak-kanak RM8:00 dan dewasa RM10:00. Sewa pelampung –> RM7:00. Selain dari itu, makanan tidak dibenarkan dibawa masuk..Nevertheless we are having fun over there.. Haqim, Farid dan Nana ada dalam air for more than 3 hours…
One of the day yang pastinya akan saya ingat sampai bila-bila…
Goreng pisang cicah kicap?
Salah satu trade mark orang Johor, makan goreng pisang bercicahkan kuah kicap yang ditumbuk bersama cili dan bawang putih.
Yati bawa kami ke kedai goreng pisang ini, dihadapan Dataran Johor Baru. Wow, nak beli goreng pisang pun kena beratur, but its worth it, goreng pisangnya memang sedap….
Tapi yang tak berapa sedapnya, semua pekerja kat sini (4-5 orang) adalah warga Indonesia. Ehmm what have happened to rakyat Malaysia?
Trib to JB
Dari 21/11 – 23/11, kami menemankan abah yang menghadiri kursus di UiTM Kampus Kota Johor Baru. Kesempatan ini saya ambil untuk berziarah kerumah saudara mara di Johor Baru. Terima kasih Izan yang menjamu kami makan tengahari pada 22/11. Lauk daging goreng sedap dan limau bali tu habis sebaik saja sampai hotel :). Untuk memenuhi permintaan Haqim, Yati bawa kami ke Pontian kerumah Abang Long. Terima kasih Ana, jamu kami dengan Kuah Lodeh yang paling sedap yang pernah saya makan. Dah besar dah Abang Long, lagi tinggi dari nenek :).
Esoknya, Yati bawa kami melawat-lawat sekitar bandar JB, bermula dengan zoo (memenuhi permintaan Haqim..)
Besarnya ikan-ikan dalam zoo ni. Haqim dapat kawan baru kat sini ha..ha..ha.. Kami juga ke Danga Bay..Ingatkan nak naik cruise, tapi baru tahu yang ianya beroperasi hanya pada malam weekend sahaja.
Terima kasih Yati on the trip termasuklah makan cendol dan goreng pisang yang sedap. Next time kalau kak tih datang kita gi Singapore pulak boleh?… :)
Friday, November 19, 2010
Singgang Daging Mak Da
Hari ini dapat resepi ini dari Mak Da. Yati, cuba resepi ni, Rosdi pasti tambah makan nasi :)
Bahan
- 1 kilo daging (campur sedikit tulang lagi sedap) – hiris nipis, rebus dengan 1/2 sudu garam dan 2 keping asam hingga empok lebih kurang 2 jam menggunakan api sederhana
- 1 labu bawang putih di tumbuk sedikit (resepi ni banyak guna bawang putih)
- 6 ulas bawang merah
- 1 sudu makan biji lada hitam dan 1 sudu makan rempah ketumbar (jangan tumbuk, letak sebiji-sebiji gitu)
- perasa (saya guna 1 sudu pati ayam)
- 4 inci lengkuas (banyak guna lengkuas resepi ni)
- sedikit kunyit hidup
Kaedah.
- Rebus daging hingga empok.
- Masukkan semua bahan.
Senang aje buat (kalau ada tulang sikit lagi sedap)
BBQ rumah Suhaida
Tuan rumah sedang membakar. Terima kasih Che We and Shu yang bertungkus lumus untuk menyediakan juadah malam tu, Ayah Chik yang menaja kambing dan ikan, Mak Cik dan Rewa yang berusaha marinate dan masak kambing dan ikan, Firdaus (walau pun tak dapat datang) yang menyediakan source dan sup cendawan (sedap sup cendawan tu) and Che we, samsul serta Faee yang membakar dari awal hingga akhir.
Sekali sekala dapat kumpul ramai-ramai, menyaksikan telatah anak-anak saudara soronok juga - Antara mereka yang hadir.
Wednesday, November 17, 2010
Hari Raya Haji 2010
Meriahnya hari raya haji tahun ini. Selepas merancang (dah beberapa minggu) hari ini, rumah saya di Shah Alam penuh dengan saudara mara. Pukul 5:30 pagi dah bangun masak nasi tomato, ayam masak merah, dalca, nasi himpit dan kuah kacang. Pukul 9:00 pagi saya dah masak nasi tomato yang kedua.. Wah.. hilang penat melihat makananan habis dimakan. Antara anak-anak saudara yang datang..
Malam ni sesi BBQ rumah Suhaida pula. Nanti post gamabar…Selamat Hari Raya Korban
iPhone 4
At last, after more than 3 years since I bought my iPhone, I get the opportunity to replace my iPhone (the first generation) with iPhone 4.
Now I can use MMS and video call (not sure nak call siapa .. since I can only use this facility with another iPhone 4 user only..)
But, the most important thing is I can still read my novels whenever I like it. Banyaknya game yang telah didownload oleh dealer..boleh nampak dah arguement with my son.. need to delete these games, not worth it the argument.
Without contract with any telco company, thats means I can retain the old phone number, for about RM3000.00 for 32G space and 1 year gurantee (at least ada, my iphone and ipad sebelum ni tak ada gurantee ..) hopefully it is worth it.