Thursday, January 21, 2010

Parking di UiTM Shah Alam

Sememangnya masalah utama di UiTM Shah Alam ialah parking kereta. In fact it become worst now bila parking berpalang mula diamalkan hampir disemua fakulti. So solutionnya, kalau saya ada urusan di kampus saya akan datang sebelum 7:30 pagi bagi memudahkan saya parking (selalunya di Dewan Sri Budiman kerana somehow wifi nya laju disitu :) ). Unfortunately, semalam ianya menimbulkan masalah difakulti. Saya sampai sebelum pukul 8:00 pagi bagi memastikan saya dapat berjumpa dengan dekan untuk menandatangani borang pelepasan cuti belajar. Alhamdulillah, tuhan permudahkan. By 8:30, sampai di parking semula, terkejut kerana sebaris kereta telah berada dibelakang kereta saya. Panik juga, tak kan nak tunggu sampai petang. Alhamdulillah ada beberapa pelajar yang sudi membantu untuk menolak kereta-kereta tersebut bagi membolehkan kereta saya keluar. Rupanya, ini adalah amalan biasa dan kereta-kereta yang berada dibaris kedua ini tidak akan tarik hand brek bagi memudahkan kereta mereka ditolak bila perlu. Bayangkanlah, anda datang petang, kereta anda mungkin berada di barisan lain kerana telah ditolak beberapa kali :)…Hmm, 6 kereta perlu ditolak bagi memberi ruang kereta saya keluar. Wow….What a day..

p/s 1 Terima kasih Prof Dr Zainab yang memberikan pelepasan dengan mudah dan memberikan nasihat dan tips bagi memastikan saya tamat belajar.

p/s 2 – At last, borang scholarship yang setebal lebihkurang 2 inci telah selamat saya  kembalikan kepada Murni di Bahagian Biasiswa untuk di proses. Rasa macam satu beban yang berat dah terlepas dari bahu saya….Hampir 2 minggu diperlukan untuk menyiapkan borang-borang ini…

0 comments:

Post a Comment