Thursday, January 21, 2010

Cubaan IELTS

Salah satu syarat untuk mendapatkan biasiswa, saya perlu mengambil peperiksaan IELTS (ini adalah syarat dari KPT). Oleh kerana kelas penuh, hari Selasa lepas, saya kirim yuran pendaftaran (RM550) dan borang kepada kak mi untuk mendaftar  exam 6 februari nanti. Kali pertama berada diSubang Jaya, Kak Mi kena saman kerana tidak memaparkan tiket parking kereta. So hari ini kami ke Subang Jaya sekali lagi untuk membayar saman tersebut.Dan sebagaimana biasa, mencari pejabat Majlis Daerah Subang Jaya ini adalah satu cabaran bagi kami. Inilah bangunan Majlis Perbandaran Subang Jaya, tak sangka besar pejabatnya..

IMG_0571

Now kami tahu ada beza diantara SS dan USJ. Sebagaimana biasa, hampir 5 stesen minyak kami berhenti untuk bertanya tunjuk arah. Menariknya, hampir semua pekerja distesen minyak ini tidak dapat memberi tunjuk arah yang tepat… Tapi kami sampai juga akhirnya, dan sempat juga release tension sekejap kat Subang Parade sebelum balik.. Baru tahu kat Subang Jaya ni ada Giant dan Maiden yang besar juga.

Terima kasih Kak Mi tolong bayar yuran dan sempat selidik tempat untuk kami parking nanti pada 6 hb Feb.

0 comments:

Post a Comment