Thursday, January 28, 2010

Ruang belajar di UKM

Alhamdulillah, Hari ini, saya diberikan ruang berikut sebagai tempat untuk belajar di universiti. Now adalah tempat untuk saya tuju setiap kali ke kampus dan tempat untuk saya simpan barang-barang. Kalau tidak kena bawa balik setiap hari. Terima kasih kepada mereka yang bertanggungjawab untuk memberikan ruang tersebut. Ini menunjukkan mereka prihatin terhadap kebajikan pelajar dan mereka serious untuk memastikan kami tamat dalam jangka masa yang ditetapkan.

IMG_0574

Hari Keluarga UiTM Terengganu

16 hb January, walaupun agak letih kerana baru sampai dari Shah Alam lebih kurang pukul 4 pagi, saya ikut juga abah dan Haqim menghadiri Hari Keluarga UiTM Terengganu.

Haqim ambil bahagian untuk membawa bola dengan sudu.

IMG_0561

IMG_0563 Opps bola jatuh pulak

Dan abah mencuba bermain golf padang ???

IMG_0567 IMG_0568

IMG_0566 wah seriousnya….

Bentang Cadangan Projek Phd kepada Prof Graham Kendall

Saya perlu membentang projek PhD difakulti sebagai salah satu syarat menerima biasiswa staf. Perbentangan sepatutnya diadakan pada hari isnin 25/1 tetapi kerana saya masih berada di Dungun pada tarikh tersebut, saya hanya bentang pada Prof Kendall pada hari Selasa. Inilah Prof Graham Kendall.

IMG_0573

Komen beliau

1) penyelidikan saya melibatkan data yang mungkin agak sensitif dan sukar untuk saya perolehi.

2) skop penyelidikan saya agak besar untuk penyelidikan PhD. Saya mungkin hanya perlu menumpukan kepada teknik baru dan mengujilari teknik tersebut sahaja.

Lega lepas present, Hari ini hantar kepada bahagian biasiswa untuk diproses. Hopefully by next month dah dapatlah biasiswa saya ….

Thursday, January 21, 2010

Cubaan IELTS

Salah satu syarat untuk mendapatkan biasiswa, saya perlu mengambil peperiksaan IELTS (ini adalah syarat dari KPT). Oleh kerana kelas penuh, hari Selasa lepas, saya kirim yuran pendaftaran (RM550) dan borang kepada kak mi untuk mendaftar  exam 6 februari nanti. Kali pertama berada diSubang Jaya, Kak Mi kena saman kerana tidak memaparkan tiket parking kereta. So hari ini kami ke Subang Jaya sekali lagi untuk membayar saman tersebut.Dan sebagaimana biasa, mencari pejabat Majlis Daerah Subang Jaya ini adalah satu cabaran bagi kami. Inilah bangunan Majlis Perbandaran Subang Jaya, tak sangka besar pejabatnya..

IMG_0571

Now kami tahu ada beza diantara SS dan USJ. Sebagaimana biasa, hampir 5 stesen minyak kami berhenti untuk bertanya tunjuk arah. Menariknya, hampir semua pekerja distesen minyak ini tidak dapat memberi tunjuk arah yang tepat… Tapi kami sampai juga akhirnya, dan sempat juga release tension sekejap kat Subang Parade sebelum balik.. Baru tahu kat Subang Jaya ni ada Giant dan Maiden yang besar juga.

Terima kasih Kak Mi tolong bayar yuran dan sempat selidik tempat untuk kami parking nanti pada 6 hb Feb.

Parking di UiTM Shah Alam

Sememangnya masalah utama di UiTM Shah Alam ialah parking kereta. In fact it become worst now bila parking berpalang mula diamalkan hampir disemua fakulti. So solutionnya, kalau saya ada urusan di kampus saya akan datang sebelum 7:30 pagi bagi memudahkan saya parking (selalunya di Dewan Sri Budiman kerana somehow wifi nya laju disitu :) ). Unfortunately, semalam ianya menimbulkan masalah difakulti. Saya sampai sebelum pukul 8:00 pagi bagi memastikan saya dapat berjumpa dengan dekan untuk menandatangani borang pelepasan cuti belajar. Alhamdulillah, tuhan permudahkan. By 8:30, sampai di parking semula, terkejut kerana sebaris kereta telah berada dibelakang kereta saya. Panik juga, tak kan nak tunggu sampai petang. Alhamdulillah ada beberapa pelajar yang sudi membantu untuk menolak kereta-kereta tersebut bagi membolehkan kereta saya keluar. Rupanya, ini adalah amalan biasa dan kereta-kereta yang berada dibaris kedua ini tidak akan tarik hand brek bagi memudahkan kereta mereka ditolak bila perlu. Bayangkanlah, anda datang petang, kereta anda mungkin berada di barisan lain kerana telah ditolak beberapa kali :)…Hmm, 6 kereta perlu ditolak bagi memberi ruang kereta saya keluar. Wow….What a day..

p/s 1 Terima kasih Prof Dr Zainab yang memberikan pelepasan dengan mudah dan memberikan nasihat dan tips bagi memastikan saya tamat belajar.

p/s 2 – At last, borang scholarship yang setebal lebihkurang 2 inci telah selamat saya  kembalikan kepada Murni di Bahagian Biasiswa untuk di proses. Rasa macam satu beban yang berat dah terlepas dari bahu saya….Hampir 2 minggu diperlukan untuk menyiapkan borang-borang ini…

Wednesday, January 13, 2010

Pengajian PhD di UKM

21/12/2009 saya memulakan pengajian PhD di UKM. Satu langkah yang saya kira akan mempengaruhi bukan sahaja saya tetapi ramai pihak yang lain. So for the past one month, berbagai bagai perkara yang perlu diselesaikan. Bermula dengan mencari rumah, menyesuaikan diri dengan suasana di sini yang jauh berbeza dengan di Dungun termasuklah menyesuaikan diri di universiti yang tiada siapa mengenali saya sebelum ini.

Sebagai pelajar baru, saya seperti berada disatu tempat yang amat asing. Saya belajar yang saya perlu banyak bertanya, kalau tidak saya akan miss banyak perkara. Bermula dari perkara yang begitu kecil seperti mengambil kad metrik, mendaftar kereta, pendaftaran penggunaan perpustakaan, penggunaan surau, permintaan cubicle pembelajaran, pendaftaran email group, penggunaan printer, penggunaan makmal sehinggalah kepada penggunaan SPIN (the learning management system ) of the universiti. Saya rasa sistem di universiti ini adalah menggunakan words of mouths instead of penggunaan notice.

Dalam situasi seperti ini, saya terbayangkan pelajar baru di UiTM Dungun. Adakah mereka juga mengalami keadaan seperti saya, atau mereka merasa welcome to study di kampus tersebut kerana information dimaklumkan kepada mereka dengan baik:) Hmm.. banyak perkara yang saya belajar disini yang mengingatkan saya yang  dunia ini sebenarnya bulat ada masanya kita diatas ada masanya kita akan di bawah, ada masanya kita dihadapan, ada masanya kita dibelakang dan ada masanya kita dikiri, ada masanya kita dikanan. What ever it is, budi bahasa adalah amalan kita dan saya percaya berkomunikasi dengan senyuman pastinya memudahkan banyak perkara and IT WORKS ……