Wednesday, December 22, 2010

Sahiba pula

Another memorable time with Haqim

IMG_0339 IMG_0340

And dia langgar semua rules   for this game…

IMG_0341

Believe it or not, he list this services package and give it to us.I am taking it positively – At least now he starts to understand the value of money and boleh buat business ni.. Ha..ha..ha.. Nampak gayanya saya kena tunjukkan kepadanya maksud keikhlasan…How can I do that?.. Another challenge of being a parent…

Sunday, December 19, 2010

Sepetang di Mesra Mall

17/12/2010 - Hari ini dalam sejarah..why,,,Abah bawa kami tengok wayang !!!! Can’t remember the last time saya ke panggung (punyalah lama..) Siapa kata kat Terengganu tak ada panggung wayang.  Full house lagi…Film -The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader

IMG_0321 

Hajat kami nak lihat show pukul 5:20 tapi full house so kena tunggu show 7:40. Guest what we did .. Ha..Ha.. this is the first time saya pergi karaoke room..

IMG_0323

Nice day,, best cerita Narnia ni…teringat bagaimana Haqim stay sampai pukul 1 pagi untuk tengok Siri 1 dan Siri 2 yang ditayang di TV3 satu masa dulu.  Thanks abah..

p/s .. Sedikit tidak seronok apabila melihat banyaknya mesin game di sini. Sedih apabila melihat kanak-kanak dan remaja membuang masa dan wang disini…

Redeem Bonus Link Point

Setahun saya berulang alik ke Shah Alam pada setiap bulan. Sometimes sampai dua tiga kali. Ehmm.. banyak guna minyak tu..Hari ini, kami redeem bonus link dapat RM180.00 voucher di Parkson. Worth juga being a loyal customer ni..

IMG_0294 

So dapat beli the following items…Yang pastinya gembira ialah Haqim – at last dapat juga control car yang diidam-idamkannya – cuma mama tak sure berapa lama dia dapat main sebab banyaknya guna bateri AA…

IMG_0297

habit biasa –> gambar bersama Christmas tree lagi

IMG_0293 

Cute anak mama ni..

High blood pressure ..stress ni..

14/12, I am suppose to share my Phd research with the other phd students in a colloquium. Since lama tak present and suspense dengan pertanyaan dari lecturer and other students at previous session..stress kali ni berada di tahap yang agak tinggi. Akibatnya for the first time..

IMG_0290 

Admitted sekejap sebab blood pressure 180/110 – tinggi tu … nasib baik boleh turun after few hours..but still recovering till now…

Satu perkara yang saya puji, klinik ini menyediakan tempat untuk outpatient yang agak serious sementara menunggu doctor, so tak perlulah menunggu lama. Servis bagus.. terima kasih semua.

By the way, the presentation was ok may be saya terlebih panic..Thanks for all the comment and suddenly saya rasa tumpuan saya seolah-olah telah teralih ke translation instead of AIS.. 

Kembali ke sekolah

Salah satu dari aktiviti tahunan bersama Haqim adalah membeli barang keperluan sekolah di hujong tahun. Sebagaimana biasa, telatahnya akan tinggal sebagai kenagan manis dikotak memori saya. Tahun ini kami ke Metro Shah Alam. Lihatlah gelagatnya..

IMG_0253 Memilih kasut

IMG_0254Keletihan.. ha.. ha..

IMG_0255 One of the best moment..

IMG_0256As usual .. masih nak gambar bersama cristmas tree!!!

Ehmmm..Time flies dah besar dah anak mama ni…

Monday, December 13, 2010

Friday, December 3, 2010

Kenduri Kahwin

Seperti biasa bila cuti sekolah, musim kenduri kahwin pub bermula. Sabtu lepas seharian kami meraikan rakan-rakan yang menjemput kami.

Bermula dengan rumah Kak Ti..

IMG_0120

Terima kasih kak Ti, nasi sedap, bekas telur pun comel..

Kemudian kami mengikuti rombongan menghantar pengantin (anak Hj Hasnor dan Kak Ton) ke Kerteh.

IMG_0126

IMG_0130 IMG_0136

Uniknya disini kami dijamu dengan kuih  asam gumpal (kata orang terengganu). Actually ia adalah kuih sagu berintikan kacang hijau. Ini kali pertama saya jumpa kuih ni di kenduri kahwin..he he..

IMG_0137

Selepas itu kami kerumah kenalan abah yang dah lama tak berjumpa En Zul yang telefon dan fax surat jemputan.

IMG_0154 IMG_0157

Kami berjumpa dengan Dr Naim dan isteri di majlis ini.

Ini adalah cendermata dari 3 majlis perkahwinan tersebut. Yang pastinya bekas telur kini telah diganti dengan kuih bahulu…

IMG_0162

Terima kasih semua. Selamat Pengantin Baru, Semoga kekal ke anak cucu…

15 th Anniversary

Begitu cepat masa berlalu…

scan0001

Gambar ini diambil 15 tahun yang lalu di Mersing. Rasanya macam baru semalam ianya berlaku. Berbagai perkara manis, pahit, tawar, masam dll yang kami lalui.

Saya berhajat nak buat tahlil, tapi abah sibuk dengan konvokesyen pada masa ini..so kami tangguhkan dulu hajat tersebut. Abah bawa kami ke special dinner bagi meraikannya :). Terima kasih abah, semoga kita akan terus bersama sehingga ke akhir hayat.. Ameen…

Monday, November 29, 2010

New image of Haqim

IMG_0172

Apakah yang telah berlaku?.. Rahsia……

Trip ke Wet World Shah Alam

Sudah lama Haqim nak datang ke sini, tapi saya tak berkesempatan untuk bawa. Tambahan pula kalau pergi seorang-seorang, saya rasa tak seronok. Alhamdulillah, lepas raya haji, Rewa ajak bawa anak-anak saudara ke tempat ini. Boleh tahan juga harga tiket ikut tinggi –> kanak-kanak RM8:00 dan dewasa RM10:00. Sewa pelampung –> RM7:00. Selain dari itu, makanan tidak dibenarkan dibawa masuk..Nevertheless we are having fun over there.. Haqim, Farid dan Nana ada dalam air for more than 3 hours…

IMG_0051 IMG_0052 IMG_0056 IMG_0057 IMG_0058 IMG_0059 IMG_0061  IMG_0072

One of the day yang pastinya akan saya ingat sampai  bila-bila…

Goreng pisang cicah kicap?

Salah satu trade mark orang Johor, makan goreng pisang bercicahkan kuah kicap yang ditumbuk bersama cili dan bawang putih.

IMG_0111 IMG_0112

Yati bawa kami ke kedai goreng pisang ini, dihadapan Dataran Johor Baru. Wow, nak beli goreng pisang pun kena beratur, but its worth it, goreng pisangnya memang sedap….

Tapi yang tak berapa sedapnya, semua pekerja kat sini (4-5 orang) adalah warga Indonesia. Ehmm what have happened to rakyat Malaysia?

Trib to JB

Dari 21/11 – 23/11, kami menemankan abah yang menghadiri kursus di UiTM Kampus Kota Johor Baru. Kesempatan ini saya ambil untuk berziarah kerumah saudara mara di Johor Baru. Terima kasih Izan yang menjamu kami makan tengahari pada 22/11. Lauk daging goreng sedap dan limau bali tu habis sebaik saja sampai hotel :). Untuk memenuhi permintaan Haqim, Yati bawa kami ke Pontian kerumah Abang Long. Terima kasih Ana, jamu kami dengan Kuah Lodeh yang paling sedap yang pernah saya makan. Dah besar dah Abang Long, lagi tinggi dari nenek :).

IMG_0081 IMG_0083

Esoknya, Yati bawa kami melawat-lawat sekitar bandar JB, bermula dengan zoo (memenuhi permintaan Haqim..)

IMG_0085 IMG_0089 IMG_0092 IMG_0093 IMG_0097 IMG_0098

Besarnya ikan-ikan dalam zoo ni. Haqim dapat kawan baru kat sini ha..ha..ha.. Kami juga ke Danga Bay..Ingatkan nak naik cruise, tapi baru tahu yang ianya beroperasi hanya pada malam weekend sahaja.

IMG_0103 IMG_0106 IMG_0110  Cantik tempat ni..…

Terima kasih Yati on the trip termasuklah makan cendol dan goreng pisang yang sedap. Next time kalau kak tih datang kita gi Singapore pulak boleh?… :) 

Friday, November 19, 2010

Singgang Daging Mak Da

Hari ini dapat resepi ini dari Mak Da. Yati, cuba resepi ni, Rosdi pasti tambah makan nasi :)

IMG_0078

Bahan

  • 1 kilo daging (campur sedikit tulang lagi sedap) – hiris nipis, rebus dengan 1/2 sudu garam dan 2 keping asam hingga empok lebih kurang 2 jam menggunakan api sederhana
  • 1 labu bawang putih di tumbuk sedikit (resepi ni banyak guna bawang putih)
  • 6 ulas bawang merah
  • 1 sudu makan biji lada hitam dan 1 sudu makan rempah ketumbar (jangan tumbuk, letak sebiji-sebiji gitu)
  • perasa (saya guna 1 sudu pati ayam)
  • 4 inci lengkuas (banyak guna lengkuas resepi ni)
  • sedikit kunyit hidup

Kaedah.

  • Rebus daging hingga empok.
  • Masukkan semua bahan.

Senang aje buat (kalau ada tulang sikit lagi sedap)

BBQ rumah Suhaida

IMG_0023

Tuan rumah sedang membakar. Terima kasih Che We and Shu yang bertungkus lumus untuk menyediakan juadah malam tu, Ayah Chik yang menaja kambing dan ikan, Mak Cik dan Rewa yang berusaha marinate dan masak kambing dan ikan, Firdaus (walau pun tak dapat datang) yang menyediakan source dan sup cendawan (sedap sup cendawan tu) and Che we, samsul serta Faee yang membakar dari awal hingga akhir.

Sekali sekala dapat kumpul ramai-ramai, menyaksikan telatah anak-anak saudara soronok juga - Antara mereka yang hadir.

IMG_0027 IMG_0029 IMG_0030 IMG_0031 IMG_0032 IMG_0033 IMG_0034   IMG_0037 IMG_0038