Seperti biasa bila cuti sekolah, musim kenduri kahwin pub bermula. Sabtu lepas seharian kami meraikan rakan-rakan yang menjemput kami.
Bermula dengan rumah Kak Ti..
Terima kasih kak Ti, nasi sedap, bekas telur pun comel..
Kemudian kami mengikuti rombongan menghantar pengantin (anak Hj Hasnor dan Kak Ton) ke Kerteh.
Uniknya disini kami dijamu dengan kuih asam gumpal (kata orang terengganu). Actually ia adalah kuih sagu berintikan kacang hijau. Ini kali pertama saya jumpa kuih ni di kenduri kahwin..he he..
Selepas itu kami kerumah kenalan abah yang dah lama tak berjumpa En Zul yang telefon dan fax surat jemputan.
Kami berjumpa dengan Dr Naim dan isteri di majlis ini.
Ini adalah cendermata dari 3 majlis perkahwinan tersebut. Yang pastinya bekas telur kini telah diganti dengan kuih bahulu…
Terima kasih semua. Selamat Pengantin Baru, Semoga kekal ke anak cucu…
0 comments:
Post a Comment