Wednesday, December 9, 2009

Lawatan ke Melaka - Afamosa

Selepas makan tengahari di salah satu restoran ikan masak asam pedas yang best di Melaka (has to be sebab 1 jam dalam kereta mencari tempat ini), kami ke AFamosa diantara tarikan baru di Bandar Ayer Keroh.

Nak masuk ke tempat ini setiap kereta dikenakan RM3.00. Berada didalam, kami memberi pilihan kepada anak-anak samada nak main water world or wild safari. Pilihannya wild safari..Ehm.. tiket nak masuk mahal juga RM38:00 untuk dewasa dan RM20:00 untuk kanak-kanak. Kami sampai dalam pukul 3:45 so dah miss persembahan burung dan beberapa persembahan binatang lain yang diadakan di sebelah pagi. Tapi kami masih sempat mengikuti lawatan (dengan lori berpagar) ke kawasan kandang binatang-binatang yang dibiarkan bebas dalam kawasan mereka disini.

Kami diberikan tag ini ketika masuk

IMG_0442

IMG_0423

Kanak-kanak yang diraikan…

IMG_0424 

Setia menunggu lori berpagar

IMG_0426

Dalam lori..

IMG_0429

Begitu hampirnya kami dengan binatang sehingga boleh ambil gambar ini..

IMG_0431

Muka semuanya macam takut je…

IMG_0434

IMG_0446

Sempat juga ambil gambar dengan gajah-gajah ini selepas show. Seronok persembahan gajah walaupun yang kat depan tu sebenarnya takut sangat dengan gajah ni…

Walaupun tiketnya mahal, but the journey is worth it. Seronok anak-anak kami disini dan seronok sekali melihat ayah chik, mak chik, dan Mak Da  melayan cucu-cucu mereka.

Hopefully next time kami dapat buat trip seperti ini lagi…

0 comments:

Post a Comment