Tuesday, December 8, 2009

Hari Raya Haji 2009

Tahun ini, saya menyampaikan hajat emak untuk melawat tapak persemadian aruah ayah dan aruah adik di Mersing. IMG_0302

IMG_0303

Sempatlah kami melawat dan mensedekahkan surah Yassin dan fatihah kepada mereka sehari sebelum Hari Raya Korban. Selepas solat Hari Raya, kami sekeluarga berkumpul untuk sama-sama membacakan surah Yassin dan bertahlil kepada saudara-saudara yang telah pergi terlebih dahulu dari kami. Sekiranya ayah masih ada pastinya beliau gembira melihat anak-anak dan cucu-cucunya sama-sama berkumpul dan bertahlil bersama. Malah saya merasakan ianya lebih bererti dari membawa jemaah masjid kerumah dimana kami sibuk menyediakan jamuan sehingga terlalai untuk turut sama bertahlil. Semoga roh mereka tergolong dalam golongan mereka yang beriman dan diredhai…

0 comments:

Post a Comment