Tuesday, September 29, 2009

Reban ayam katik baru

This is how abah and Haqim spent their time last weekend..

IMG_0097

At last, ayam-ayam katik abah dah dapat rumah baru. Comel rumah ni.. siap ada beberapa bilik lagi.. For once, Haqim dapat spend his time with hammer and nails

IMG_0091

And this is the end product…

IMG_0095 IMG_0094

So sekarang mama ada tempat untuk letak dia bila di nakal…. :) he.. he.. he…

Pink Quilt emak

Beberapa hari sebelum Hari Raya puasa, saya bejaya menyiapkan quilt ini untuk diletakkan dirumah baru emak. Somehow, the pink color does not suit me but I think the final output is interesting.

IMG_0099

Selain dari itu, dinding rumah emak sudah penuh dengan quilt-quilt yang sebelum ini disimpan.

IMG_0100 The triangle quilt.

IMG_0098 Hitam putih kehidupan…

IMG_0101My Hawaian theme quilt

Hmm.. Semalam emak Dah kasi satu plastik besar lagi kain perca.. bestnya…but unfortunately.. I have to take a break and continue with my phd….

Quilt - Grandmother’s flowers

IMG_0108 At last, quilt yang dimulakan kira-kiran enam tahun dahulu (2003) siap juga pada hari ini. Patchwork ini dimulakan sewaktu abah dipindahkan ke Machang. Setiap kali berulang alik, saya akan siapkan beberapa ‘flowers’ ini di dalam kereta. Projek ini terhenti apabila projek-projek lain didahulukan.

 

 

Apa yang menarik ialah kain-kain yang digunakan adalah saki baki dari berbagai projek, dari kain langsir sehinggalah ke sarung bantal Haqim. Template diperbuat dari kertas soal selidik kajian proses pembelajaran subjek pengaturcaraan yang dibuat satu masa dulu. (Mazidah jangan marah..)

IMG_0109 IMG_0110

Saturday, September 26, 2009

Secupak beras

mac9 233

Ini adalah bekas yang digunakan untuk menyukat secupak beras terutamanya untuk menyediakan nasi dagang. Terima kasih Mak Da kerana menghadiahkan bekas tersebut kepada kami.

Nota: ramai yang bertanya berapa banyak secupak beras ini – saya dah buat experiment, muatannya sama dengan 10 cawan beras (yang datang bersama periuk nasi letrik tu)

 

Nasi dagang Terengganu Mak Da

Bahan

  • 2.5 cupak beras siam + 0.5 cupak pulut
  • sedikit bawang merah
  • halia
  • halba
  • santan
  • garam

Cara memasak

  • beras direndam malam sebelum tidur.
  • Kukus beras seketika.
  • keluarkan dari bekas dan gaulkan dengan pemancar santan, garam dan sebahagian bawang dan halia – kukus kembali sehingga masak lebih kurang 45 minit
  • keluarkan dari kukusan dan gaulkan dengan pati santan, halba dan baki bawang.
  • biarkan sebentar sebelum dihidangkan.

Kuah Nasi Dagang

Bahan

  • 2 ekor ikan tongkol (ayer kata orang Terengganu)
  • 6 ulas bawang merah,
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit lengkuas
  • sekeping gula manisan (melaka)
  • 2 sudu besar lada kisar
  • sebungkus rempah kuah nasi dagang
  • sekeping asam keping
  • santan dari sebiji kelapa.
  • sedikit cili kecil
  • sedikit asam belimbing (jika suka)

Kaedah

  • Ikan tonggkol dibersihkan dan dikukus bersama sedikit garam dan asam keping, Dibiarkan semalaman. Simpan air kukusan ikan
  • Dikisar bawang merah, bawang putih dan lengkuas.
  • panaskan minyak dan tumis bahan kisar, bila bangkit bau, masukkan lada dan kacau sehingga masak, masukkan rempah.
  • Masukkan santan, air kukusan ikan, asam keping, garam, gula dan biarkan mendidih dengan perlahan.
  • Masukkan cili kecil (tanpa dibuang tangkai) dan asam belimbing.
  • Masukkan  ikan apabila kuah telah pekat dan didihkan sebentar sebelum diangkat.

Okay Ti.. semoga berjaya….

Yang lama jangan dilupa

Ingin saya abadikan individu-individu berikut di blog ini

mac9 246 Ayah Rani

mac9 235 Emak suadara hubby

mac9 258 Mak Da dan Umi

mac9 231 Cik Da dan Kak Nah

Hari Raya Aidil Fitri 2009

mac9 225

Selamat Hari Raya Aidil Fitri … Sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, kesempatan dimusim perayaan digunakan untuk berjumpa saudara mara. Menyaksikan usia kami yang bertambah setiap tahun dan anak-anak saudara yang semakin membesar. Berikut adalah diantara kenangan pada hari tersebut

mac9 211

mac9 220

mac9 224

mac9 237 Cute anak mama

mac9 212 PSP tetap ditangan

mac9 223 siapa yang main bunga api?

mac9 241 Cute gambar Danish

mac9 242

mac9 251 Keluarga Amran

Tahun ini juga at last adik balik beraya dirumah emak selepas 3 tahun. Dapat saya bayangkan betapa gembiranya hati seorang ibu.

Terima kasih kepada semua yang datang ke rumah semasa cuti tersebut. Mohon maaf atas segala silap dan salah…

Tuesday, September 15, 2009

Shopping hari raya

Sebagaimana tahun-rahun yang sudah, biasanya abah akan bawa kami ke Kuantan untuk membeli barang-barang keperluan raya. So hujung minggu lepas, abah bawa kami ke Kuantan untuk beli baju dan kuih raya. Lihatlah gelagat Haqim tahun ini.

11092009(001)

Kasihan letih beli baju pada hari raya –> Haqim dapat 2 baju dan satu slack tambahan. Habit dengan escalator masih ada lagi tahun ini :)

11092009(007)

Kali ini nenek ikut serta dengan kami. Satu gambar untuk kenangan Haqim nanti. Matching color baju lah…

11092009(008)

Kuih raya mesti ada tapi kuih sarang semut tak adalah sayang..

11092009(006)

Ini post yang mama paling suka….

11092009(016)

Berbuka di Zul satay.. Bakso dia sedap.. boleh recommend to other people..

11092009(017)

Thanks abah, bawa kami ke Kuantan last week. Nanti next year abah bawa lagi okay….

Quilt baru Haqim

At last after seven months, siaplah cadar baru Haqim bagi menggantikan cadar ABCnya yang digunakan semenjak berusia 3 tahun dulu.

04092009(001)

Kain-kain yang mama gunakan adalah kain sutera pemberian emak Mak Dah khusus untuk Haqim rasa lebih selesa bila tidur berteman kasih sayang mama.

04092009(003)

Thursday, September 10, 2009

Bulan Ramadhan 2009

Hari ini masuk hari ke 20, umat Islam di Malaysia menyambut bulan ramadhan. Alhamdulillah di murahkan rezeki dan dipanjangkan umur untuk kita sama-sama menyambut bulan yang penuh berkat ini. Berbeza dengan bulan ramadhan sebelumnya, tahun ini, kami menyambut bulan puasa bersama-sama emak. Alhamdulillah, dimurahkan rezeki kami, akhirnya malam ini emak dapat tidur dirumah barunya selepas selesai pemasangan gril dan lain-lain. Semoga emak bergembira dirumah tersebut. Hujung minggu ini nak buat kuih dengan emak….

Friday, September 4, 2009

Ayam masak merah special

Yati sorry terlupa pula nak letak resepi lauk nasi tomato.

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam digoreng sedikit
  • bawang merah (10 biji) + 4 biji bawang putih + sedikit lengkuas di kisar halus
  • 1 biji santan kelapa
  • penumis
  • cili kisar
  • tomato puree atau tomato sos
  • garam dan gula nira
  • sebiji bawang besar (dihiris)

Kaedah memasak

  • Tumis penumis, campuran bawang kisar dan cili sehingga cili masak.
  • Masukkan tomato puree, garam dan gula nira, santan dan sedikit air. Biar sampai sebati dan kuah pekat sedikit
  • Masukkan ayam. Masak sehingga kuah pekat / kering. Masukkan bawang besar yang telah dihiris dan kacang peas (kalau suka)
  • Hidang dengan bawang goreng dan daun sop… sedap…

Acar sayur…

  • sedikit timun, karot, sengkuang dan nenas (kalau suka), chili mera
  • garam, gula, cuka

Hiris sayuran dan gaulkan bersama garam gula dan cuka. Simpan sekurang-kurangnya 2 jam..

Okay Yati selamat mencuba.

Nasi Tomato Special

Resepi untuk Yati cuba…

Bahan-bahan

  • beras – 2 cawan nasi
  • tulang ayam sedikit + lemak ayam sedikit (ini yang menyedapkan)
  • tomato puree – 2 sudu
  • bawang merah, halia (mayang)
  • penumis – bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis
  • 1/2 batang carot (hiris halus-halus)
  • 1 biji tomato, buang kulit dan potong kiub
  • garam

Cara memasak

  • tumis (Guna minyak sapi lagi sedap.)bahan menumis, bawang merah dan halia. Masukkan ayam dan nasi. Biarkan seketika baru masuk air.
  • Masukkan bahan-bahan lain.
  • Masak macam nasi biasa

Nota: Kalau nak guna periuk nasi, tumis dalam kuali dulu, baru masuk dalam periuk nasi.

Okay Yati.. Selamat mencuba, nanti beri tahu kak tih jadi ke tidak….