Pagi ini jam lapan pagi, kami bertolak ke UUM untuk menghadiri kursus 'Literature Review '. Jauh berjalan dengan niat untuk belajar ilmu di tempat yang baru. Di tengah-tengah hutan lebih kurang 45 minit dari Grik, enjin kereta tiba-tiba mati. Panik juga kami apabila kereta rosak ditengah-tengah hutan ni. Walaubagaimanapun, we learn a few lesson dalam masa 4 jam permasalahan tersebut berlaku. Antaranya
a) seharusnya ada garis panduan, apa yang perlu dilakukan oleh pemandu dan bahagian pengurusan kenderaan apabila berlaku
kejadian kecemasan seperti ini.
b) Gelagat manusia mencuit hati kami, ada yang bertanya dan cuba membantu, ada yang tak kisah pun, Ada yang berborak
dengan kami seolah-olah telah kenal lama, Ada juga yang cuba mengambil kesempatan.
Terima kasih kepada satu pasangan yang cuba membantu tapi tiada apa yang boleh mereka buat, so at the end mereka beri
keropok lekur sebagai alas perut.
Terima kasih kepada Encik Zaidi dan Pn Shamsiah yang meminjamkan kepada kami bateri kereta mereka dan membawa kami ke bengkel kereta di Grik. Kehadiran mereka juga menyebabkan kami tidak kena 'hentam' dengan pengusaha kedai. Semoga Allah memurahkan rezeki mereka kerana perihatin terhadap kami yang ditimpa bencana.
Terima kasih juga kepada En Yusof dan Pn Mazidah yang mendapatkan mekanik dan cuba menyelesaikan masalah kami secara jarak jauh.
Sesungguhnya kita merancang dan Allah menentukan segalanya. Kami bersyukur kerana dipelihara dari mereka yang ingin menginaya dan daripada bermalam ditempat yang kami dimaklumkan adalah kawasan gajah lalu pada waktu malam. Melihat kembali kejadian tersebut banyak perkara yang kami belajar mengenai kehidupan ini ..
0 comments:
Post a Comment