Monday, June 22, 2009

Ke Pekan Budaya

Satu lagi lokasi yang pastinya dicadangkan oleh rakyat Sarawak kepada pelancong ialah Pekan Budaya Sarawak.. Pagi sebelum kami berlepas  balik ke Dungun, kami dibawa ke Pekan Budaya yang menempatkan rumah-rumah kaum di Sarawak.

mac9 158

Masuk dalam ke tidak ni?

mac9 187

Suka konsep rumah ini dimana suku kaum akan berada dalam satu kumpulan dalam rumah berbentuk bulatan untuk berbincang masalah. Yang menarik tu, tingkap mereka boleh  dibuka dan ditutup apabila dperlukan.

mac9 179

mac9 192mac9 197       mac9 195

mac9 025 Kebanyakkan rumah suku kaum tinggi dan memerlukan kami naik tangga yang di buat dari kayu Berlian. Gayat juga nak naik dan turun tangga ni..

 

 

 

 

mac9 157Disalah sebuah rumah kaum.

 

 

 

 

 

 

 

 

mac9 013 

Merentas jambatan buluh Kaum Bidayuh..mac9 012

 

 

 

 

 

 

 

mac9 165

Siapa yang berjoget lambak tu?

Sunday, June 21, 2009

Cenderahati buat yang tersayang

Sekembalinya dari Serikin, kami perasan kebanyakkan perkara yang dibeli adalah untuk rakan-rakan, jiran dan keluarga. Berikut adalah barangan untuk mereka -

mac9 303 Ikan Terubok Masin (ada lagi satu kotak besar dalam bas)

 

 

 

 

mac9 271 Kek Lapis Sarawak – ada lagi satu kotak untuk mereka di Shah Alam.

 

 

 

 

 

 

mac9 272 Cenderahati kecil untuk staf

 

 

 

 

 

 

 

mac9 284 Beg untuk Ima, hopefully boleh pinjam MyVi esok.

 

 

 

 

 

 

mac9 290 Baju untuk Haqimmac9 291

 

 

Kena  beli beg baru pula untuk barangan yang dibeli dari Sarawak.

 

 

 mac9 296

Untuk Mak dan ibu-ibu saudara

mac9 299

This is mine :)

mac9 280

Hadiah hari bapa untuk abah..

Ikan Terubok Masin di Pasar Satok

mac9 302  Jika ke  Serawak, salah satu dari buah tangan yang pastinya ditunggu oleh saudara dan rakan ialah ikan terubok masin. Selepas berehat seketika, kamu ke Pasar Satok untuk mendapatkan ikan terubok masin yang kabarnya dijual dengan murah disana. Sayangnya kami pergi sebelah petang, jadi ikan yang segar telah tiada.

 

Anyway kami beli jugalah sedikit untuk rakan-rakan. Yang menariknya, cara ikan tersebut di bungkus oleh peniaga. Kreatif  mereka ni..Terima kasih En Azman kerana belanja kami makan ketam nipah. Sedap…

Lawatan ke Serikin

Hari ini kami dibawa melawat ke Serikin (macam Rantau Panjang di Kelantan) yang bersempadan dengan Indonesia. Besar tempat ini dan merupakan tempat membeli belah untuk barangan seperti tikar, bag tangan dan kain batik jawa.

mac9 297

Banyaknya pilihan? Nak beli untuk Haqim, Mak Da, office mate +++++

mac9 278

mac9 019

Jauh rakan kita jalan nak cari telur penyu.

mac9 283

Tuan kedai minta RM1.00 kerana mengunakan topi untuk bergambar.

mac9 289 mac9 292

Jauh jalan cari ikan masin?

mac9 294

Abah confuse tak tahu mana satu nak pilih.

Kek Lapis Sarawak

Tidak complete rasanya kalau ke sarawak tanpa membeli Kek Lapis Sarawak. Di sebelah petang kami dibawa ke rumah dimana kek lapis tersebut dibuat.

mac9 161

Sempat juga minum air mata kuching depan kedai ni.

 mac9 113 mac9 118 

Sempat merasa kek – kek sebelum dibeli.

mac9 271

Banyak juga kek yang kami beli. Hopefully cukup untuk semua orang.

Menyusuri Waterfront - Kuching

Di sebelah petang hari pertama, kami dibawa ke Waterfront melihat aktiviti-aktiviti di Sungai Serawak yang berada dihadapan Bandar Kuching.

mac9 260

Cute gambar abah..

mac9 194 

Bangunan di belakang tu adalah Bangunan Dewan Undangan Negeri. Cantik. mula-mula ingatkan masjid.

 

mac9 109Kebetulan kami berjumpa pengarah kampus yang sedang minum bersama kenalannya. Kami dibawa menaiki sampan menyusuri Waterfront tersebut – bestnya…

 

 

 

 

mac9 270Diantara gambar sunset yang saya suka. Tak sangka, tali dalam gambar itu digunakan untuk menghidupkan enjin bot. Pengendali bot menggunakan tali untuk memulakan, mematikan enjin serta  meneraju kemudi sampan. Teknologi yang rendah but it works. siapa kata everything has to be computerized?

 

 

      

mac9 108TP (HEP) dan timbalan bendahari pun ikut serta.

 

 

 

 mac9 238

Ceria aje abah dalam sampan..

 

 

 

 

 

 

mac9 259Inilah dia pemandu sampan kami..

UiTM Sarawak …

At last sampai juga kami ke UiTM Sarawak yang selama ini kami kenali kerana memenangi banyak anugerah kualiti.

mac9 100 

Kehadiran kami disambut oleh Timbalan Pengarah Kampus Hal Ehwal Pelajar. Bersama kami ialah rombongan dari Kolej Melati. Dah lama tak jumpa Norlidah, jumpa kita diSarawak..

mac9 116 

Pengurus-pengurus  asrama berbincang mengenai isu semasa.

mac9 141 mac9 149

Diantara kelebihan UiTM Sarawak yang boleh kita contohi.

Kami amat terharu dengan layanan yang diberikan oleh kampus ini kepada rombongan kami. Terima kasih diatas dinner yang diberikan oleh pihak pengurusan tertinggi di Restoran Manggo Tree untuk kami dan juga rombongan lawatan dari Sabah.

Perjalanan ke Sarawak

Walau pun letih kerana baru balik dari Shah Alam, tak sampai 6 jam berikutnya kami menaiki bas ke Sarawak. Pihak HEP menghadiahkan Lawatan Quality Benchmarking kepada beberapa staf terpilih di Bahagian HEP, dan saya pun menyelitlah sekali menemankan abah.

7 jam perjalanan menaiki bas ke KLIA, 3 jam menunggu di KLIA, 2 jam menaiki kapalterbang dan 1 jam menaiki bas ke kampus UiTM Sarawak di Kota Samarahan Akhirnya kami tiba ke Kampus Kota Samarahan jam 11 malam.

mac9 134

Sabar menunggu 3 jam di KLIA ..

mac9 153

Pengarah Kampus dan timbalan bendahari pun ikut serta

mac9 269mac9 157

Check in berkumpulan di Lane L next time…

mac9 236 

Dalam lapangan terbang. Inilah satu-satunya gambar kami berdua di lawatan ini.

mac9 107

Ceria bila dah sampai Sarawak …

   mac9 227  mac9 298

 

Bersemangat kami nak pergi jalan. Kak Ti tayang gelang baru. Hand bag baru tu…

 

 

 

mac9 288Inilah pemandu pelancong kami. En Idris dan anaknya.. dan ada kalanya isterinya juga turut serta. Terima kasih atas masa dan penerangan yang diberikan Terima kasih kuih dan minuman yang diberikan sewaktu perjalanan kami ke Pekan Budaya.

 

mac9 286

Inilah pemandu bas kami yang sentiasa senyum dan menurut apa yang kami mahukan. Hospitality yang mereka berikan amat kami hargai. Terima kasih banyak-banyak Pak Idris dan Wak. Kalau ke Dungun cari kami..

Saya faham kini kenapa Dr Rahmah kata pergilah ke Sarawak untuk menilai sendiri kenapa mereka menang banyak award kualiti..