Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu kami dalam melaksanakan majlis perkahwinan Yati. Jika nak disenaraikan mungkin tidak tersenarai oleh kami kerana ramai sangat yang membantu sama ada dari segi tenaga, perkhidmatan dan wang ringgit
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan saudara mara yang sudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis ini. Akhir sekali ingin kami memohon maaf diatas kesilapan yang ada. Maklumlah majlis bila dah ramai.
Cantik sungguh buah bidara
Khusus untuk sijantung hati
Tersilap laku tersalah bicara
Jangan disimpan didalam hati
Majlis untuk adik bongsu
Lama sudah kami menunggu
Selamat Pengantin Baru
Semoga berkekalan ke anak cucu
0 comments:
Post a Comment