Saturday, March 7, 2009

Last day before the wedding

The last time that I felt so tired as I am now is during my own wedding. Hari ini bermula jam 4 pagi bila kami mengambil Ana dan keluarganya yang tiba dari Mersing.

mac9 001Jam 8:30 kami dah ada di Nirwana untuk beli 750 biji telur. Hari ini saya ke Nirwana 2 kali, ke pasar, ke Aneka dan kekedai ikan ditepi laut. disamping itu, tugas saya yang pelbagai menyebabkan kadang-kala saya tak tahu mana nak buat dulu. Sememangnya mengendalikan kenduri kahwin bukan satu perkara yang mudah.  Tapi, kalau saya boleh survive buat dokumen ISO dan merempoh cabaran PhD, memastikan program ini berjalan dengan baik, banyak perkara dan  keputusan yang perlu dilakukan there and there.

 mac9 015

Hari ini juga saya menyaksikan kesemua keluarga berkumpul untuk kali pertama selepas pemergian ayah. Walau pun mereka hadir pada masa yang berlainan, saya harap esok semuanya akan bersama-sama untuk memastikan program ini berjalan dengan baik.

Terima kasih pada Ana, kak Liza dan Kak Long yang banyak membantu saya pada hari ini…

mac9 033

0 comments:

Post a Comment