What a day.. Letihnya hari ini tapi saya gembira apabila melihat emak dan Yati gembira. The day starts with a trip to the market. Kami perlu beli barang-barang untuk majlis tahlil dan bacaan Yassin malam nanti. Sempat jugake Nirwana untuk tempah telur, ke Kedai Pak Ali untuk tukar baju Yati, confirm pembelian kek dan beli tiket bas untuk rakan Yati. Sampai ke rumah lepas siang ayam, saya ke kelas CSC175 jam 12:15. Ingatkan tiada orang tapi ramai juga yang hadir. Balik dari kelas, mula lah sesi memasak. Menu hari ini, ayam percik, ikan asam pedas, sayur goreng, acar mentah dan mee jawa (special request).
Petang tadi juga, kemah mula dipasang. Majlis Yasin dan tahlil dimulakan jam 9.30 mlm selepas isya’. Teringat saya kepada aruah ayah dan aruah adik yang telah pergi terlebih dahulu. Semoga roh mereka diredhai Allah.
Jam 11:30, baru majlis habis dan jam 12:30 baru habis mengemas dan basuh pinggan. Hari ini diakhiri dengan permintaan Yatie agar saya menginaikannya.
Emak pun nak juga…
It is now 2:00 and at 4:00 am nak ambil Ana pula yang baru tiba dari Mersing… Ehmm What a day…
0 comments:
Post a Comment