Thursday, March 12, 2009

Terima kasih semua



Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu kami dalam melaksanakan majlis perkahwinan Yati. Jika nak disenaraikan mungkin tidak tersenarai oleh kami kerana ramai sangat yang membantu sama ada dari segi tenaga, perkhidmatan dan wang ringgit

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan saudara mara yang sudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis ini. Akhir sekali ingin kami memohon maaf diatas kesilapan yang ada. Maklumlah majlis bila dah ramai.

Cantik sungguh buah bidara
Khusus untuk sijantung hati
Tersilap laku tersalah bicara
Jangan disimpan didalam hati

Majlis untuk adik bongsu
Lama sudah kami menunggu
Selamat Pengantin Baru
Semoga berkekalan ke anak cucu

Masjid Kristal

Sekembalinya dari rumah Rusdi, kami ke masjid kristal untuk sembahyang zohor sambil menyaksikan masjid yang penuh krontrovosi ini.

mac9 134 Ini adalah pintu masuk ke masjid tersebut. Gahnya dan tiada tiket dikenakan…

 

 

 

mac9 053Cantik masjid ini. Permandangan dari tempat letak kereta.

 

 

 

 

mac9 059 Bukan sahaja diluar tetapi juga didalam masjid.

 

 

 

 

mac9 141 Tetapi inilah gambar yang menyentuh hati saya.

 

 

 

 

 

 

mac9 087   Suasana di dalam masjid..

 

 

 

 

 

mac9 147Gambar kenangan bersama Kak Yah, Abang Mat dan emak di luar masjid.

 

 

 

 

mac9 149 Kami tak sempat melihat replika masjid-masjid lain, tapi sempat naik tren untuk melihat keliling masjid.

Ke Rumah Rosdi

2 hari selepas majlis dirumah, kami menghantar Yatie dan Rosdi ke Kuala Terengganu untuk majlis bertandang. Berikut adalah gambar-gambar kenangan program tersebut

mac9 039 Gambar kenangan bersama Kak Ani yang mengandam Yati di majlis perkahwinan dan sebelum bertandang ke Kuala Terengganu.

 

 

mac9 031 Anak Kak Maznah (ira)…

 

 

 

 

mac9 069   Di antara saudara mara yang hadir. Terima kasih Mak Cik Salmi (baju biru) yang menjadi jurucakap kami.

 

 

mac9 126 Terima kasih diatas hidangan sedap yang disediakan untuk kami.

 

 

 

Nota: Dengar cerita Yatie dan Rosdi kena basuh periuk !!!! he.. he..

Wednesday, March 11, 2009

Saudara Mara Yang hadir

Diantara saudara mara yang hadir.. terima kasih…

mac9 132 Semek sekeluarga dan Ita sekeluarga. Terima kasih Syam yang sudi menjadi jurucakap kami pada hari tersebut.

 

 

mac9 032 Mak  Ngah dan Pak Ngah, adik sekeluarga dan Azmi sekeluarga.Terima kasih kerana sudi datang dari Tampin. Begitu juga dengan  Along sekeluarga yang datang dari Air Kuning. (terlupa nak ambil gambar)

 

mac9 090 Busu Rahim dan keluarga dari Asahan Melaka..

 

 

 

 

mac9 070 Keluarga Azman dari Mersing, Abang dari Johor dan Ana dari Mersing serta Ajun dari KL.

 

 

 

Juga Mak Da sekeluarga, Kak Yah sekeluarga, Ka Maznah sekeluarga, Ni sekeluarga dll yang sudi datang untuk memeriahkan majlis persandingan Yati dan Rosdi. Tidak lupa juga kepada semua rakan-rakan yang sudi hadir pada hari tersebut.

mac9 082

mac9 018

mac9 036

Hari Langsung – Siri 2

wrap

Gambar dari juru gambar yang menarik…..

Berikut adalah beberapa gambar pada hari perkkahwingan Yatie yang menarik perhatian saya..

langsir Yang menarik perhatian kak tih ialah langsir tu..

 

 

 

 

 

 

 

 

Majlis potong kek … kek

 

 

 

 

 

 

 

 

 

makanberdamaiMajlis makan berdamai .. Terima kasih kepada Ana, kak liza, kak long and the gang yang menyediakan makanan tambahan untuk Yati.

 

 

 

 

 

 

Rosdi dan Yati meraikan kami pula di Hotel UiTM disebelah malam . Asam pedas dia sedap…

mac9 035

Semoga berbahagia…

Hari Langsung siri 1

rumah

Kami menyambut kehadiran tetamu dengan hati terbuka..

purple Tema hari tersebut ialah purple. Dari pelamin, baju, pakaian sehinggalah ke bunga telur semuanya warna purple…

 

 

 

 

 

 

anakibu Sebelum bermula majlis sempat juga bergambar dengan emak dan Yati.

 

 

 

 

selamatdatang

Sama cantik, sama padan, hubungan 6 tahun akhirnya mereka bersatu jua..

pelamin Inilah gambar pengantin yang paling cantik untuk saya abadikan disini.

 

 

 

 

 

maksusu Tidak ketinggalan gambar ini juga menarik…

Majlis Pernikahan

mac9 038 Majli pernikahan Yati diadakan di Masjid Intan Zaharah pada jam 10 pagi.

 

 

 

 

 

mac9 092

 

Bacaan doa diketuai oleh Pak Ngah sebelum berangkat ke Masjid

 

 

 

mac9 118 Di antara mak saudara dan sepupu yang hadir

 

 

 

 

mac9 115Abang dan Abang Mat sebagai saksi utama majlis pernikahan oleh imam (Ayah Cik) .. Sah akad nikah dengan sekali lafaz..

 

 

mac9 122

mac9 151 Yati selepas majlis pernikahan, ehmm dah jadi isteri orang dah adik kaktih

 

 

 

 

 

mac9 129

 

Majlis membatalkan air sembahyang.

 

 

 

keluarga

For a file, gambar pengantin bersama keluarga abang dikanan dan ana dikiri. Dari kiri – Ana, Aina, Amirul, Busu Rahim (belakan), Rosdi, Yati, emak, abang (dibelakang), Kak Jamal, Mak Ngah, Sham dan Aida.

Nota:

Dengarnya ramai selipar yang hanyut sebab sebaik sahaja sampai di masjid, hujan lebat pun turun…..

Hantaran

Sememangnya resam orang Melayu dalam majlis perkahwinan perkara yang ingin dilihat ialah barang-barang hantaran. Untuk perkahwinan Yatie, kami decide untuk buat sendiri barangan hantarannya menggunakan kreativiti kami. Ehmmm this is the result .. not bad juga.. boleh lah…

mac9 086

A89

mac9 049 Bunga ini dari hasil kreativiti Ana. Terima kasih…

Terima kasih juga buat Kak long yang beri kami kek betawi untuk hantaran Yati ni….

 

 

 

 

 

mac9 002 Bekas cincin ni not bad juga…

Saturday, March 7, 2009

Last day before the wedding

The last time that I felt so tired as I am now is during my own wedding. Hari ini bermula jam 4 pagi bila kami mengambil Ana dan keluarganya yang tiba dari Mersing.

mac9 001Jam 8:30 kami dah ada di Nirwana untuk beli 750 biji telur. Hari ini saya ke Nirwana 2 kali, ke pasar, ke Aneka dan kekedai ikan ditepi laut. disamping itu, tugas saya yang pelbagai menyebabkan kadang-kala saya tak tahu mana nak buat dulu. Sememangnya mengendalikan kenduri kahwin bukan satu perkara yang mudah.  Tapi, kalau saya boleh survive buat dokumen ISO dan merempoh cabaran PhD, memastikan program ini berjalan dengan baik, banyak perkara dan  keputusan yang perlu dilakukan there and there.

 mac9 015

Hari ini juga saya menyaksikan kesemua keluarga berkumpul untuk kali pertama selepas pemergian ayah. Walau pun mereka hadir pada masa yang berlainan, saya harap esok semuanya akan bersama-sama untuk memastikan program ini berjalan dengan baik.

Terima kasih pada Ana, kak Liza dan Kak Long yang banyak membantu saya pada hari ini…

mac9 033

Friday, March 6, 2009

2 hari sebelum majlis kahwin Yati

What a day.. Letihnya hari ini tapi saya gembira apabila melihat emak dan Yati gembira.  The day starts with a trip to the market. Kami perlu beli barang-barang untuk majlis tahlil dan bacaan Yassin malam nanti. Sempat jugake Nirwana untuk tempah telur, ke Kedai Pak Ali untuk tukar baju Yati, confirm pembelian kek dan beli tiket bas untuk rakan Yati. Sampai ke  rumah lepas siang ayam, saya ke kelas CSC175 jam 12:15. Ingatkan tiada orang tapi ramai juga yang hadir. Balik dari kelas, mula lah sesi memasak. Menu hari ini, ayam percik, ikan asam pedas, sayur goreng, acar mentah dan mee jawa (special request).

Petang tadi juga, kemah mula dipasang. Majlis Yasin dan tahlil dimulakan jam 9.30 mlm selepas isya’. Teringat saya kepada aruah ayah dan aruah adik yang telah pergi terlebih dahulu. Semoga roh mereka diredhai Allah.

Jam 11:30, baru majlis habis dan jam 12:30 baru habis mengemas dan basuh pinggan. Hari ini diakhiri dengan permintaan Yatie agar saya menginaikannya.

mac9 179

Emak pun nak juga…

mac9 180

It is now 2:00 and at 4:00 am nak ambil Ana pula yang baru tiba dari Mersing… Ehmm What a day…

Thursday, March 5, 2009

3 hari sebelum majlis kahwin

Hari ini bermula seperti biasa, selepas breakfast, kami memulakan aktiviti menyediakan ruang untuk pelamin yang bakal dipasang pada hari ini. Yati yang sepatutnya sampai pagi ini, diduga oleh Allah apabila kereta Rosdi rosak dan hanya akan bertolak balik pagi ini.

Sekeluarga pagi ini kami menyusun semula kerusi meja. Beginilah rupanya ruang tamu kami yang telah kosong.

plm2

At the end of the day, pelamin ini telah  disediakan oleh mereka yang expert on it.

plm1

Inilah 2 orang hero yang menyediakan pelamin dan bilik tidur untuk majlis tersebut

mac9 171

Pelamin yang telah siap.

mac9 177

Sementara itu, emak pula menyediakan kuih bangkit untuk mereka yang datang membantu.

feb21 010