Thursday, December 17, 2009

Trip bersama Haqim

Being in Dungun, Haqim is being protected from the real world. Kebetulan, abah bertugas di KL, kesempatan ini saya ambil untuk buat field trip bersama Haqim, mendedahkan kepadanya diluar sana suasana tidak semestinya sentiasa damai seperti di Dungun. Atas permintaannya saya bawa beliau ke KLCC tapi instead of pergi aquarium (seperti yang dia minta) saya bawa dia ke PetroScience. It is a trip that I think he will remember for a long time. Fees masuk RM12:00 untuk dewasa dan RM5:00 untuk kanak-kanak. Bermula dari jam 10:00 sehingga jam 1:30 baru kami keluar (itupun sebab ada orang tu dah lapar). What a nice and interesting place. Highly recommended for family with kids. Haqim cuba hampir semua gadgets yang dipamerkan and have fun with it. Sememangnya kaedah pembelajarannya adalah secara kinestatik. Cuma tahun ini Haqim dah tak mahu ambil gambar macam tahun lepas. Dah besar anak mama ni.

IMG_0483

Haqim di pintu masuk.

IMG_0491

Di jentera kegemarannya, tiga kali naik hampir setengah jam di sini.

IMG_0500

IMG_0504

Bersama kakak yang bantu Haqim untuk buat lakaran tu..

IMG_0508 Besarnya piano ni..

IMG_0498

IMG_0505

Letihnya mama (maklum usia pun dah meningkat) but the time spend with my not so little baby is worth it. Not sure whether I’ll come through the same experience again in the future since he grows up too fast….

Tuesday, December 15, 2009

Anugerah Cemerlang 2008

Alhamdulillah,pada tahun lepas, pihak pengurusan telah meyenaraikan nama saya sebagai salah seorang penerima anugerah cemerlang bersama Kak Azmi, Kak Na, Kiah dan lebih kurang 50 orang staf yang lain. 14 hb Disember, di adakan majlis Hari Kualiti yang menghargai staf yang bersara dan staf cemerlang.

DSC_0088

Terima kasih tuan pengarah dan TP yang menghargai khidmat saya pada tahun tersebut. Bersama rakan-rakan penerima anugerah di majlis tersebut.

DSC_0128

Bersama penerima anugerah dan sijil penghargaan bagi tahun 2008DSC_0422

 DSC_0440 

Sha dan Julie yang banyak membantu saya sewaktu di iLQaM yang turut menerima anugerah khidmat cemerlang 2008.

DSC_0437 

AJK Kualiti dan mereka yang menjayakan majlis Hari Kualiti

Terima kasih kepada semua yang telah bekerjasama dengan saya sepanjang tahun 2008 terutamanya abah, staf-staf dan AJK di Unit iLQaM dan Unit Pengurusan Kualiti. Tanpa kerjasama yang diberikan tidak mungkin nama saya tersenarai sebagai salah seorang penerima anugerah pada hari ini. What a nice way to end the service this year before leaving for my study next week..

Friday, December 11, 2009

Pedihnya mata……

Pagi-pagi lagi gi cari telur itik. Hajat hati nak masak lemak cili api. Carilah beberapa cili api di keliling rumah. Bil nak tumbuk cili tersebut, bijinya masuk ke mata. Ya Allah… pedihnya dan sakitnya..Ini baru sedikit dugaan Allah.. Nasib baik mak ada kat rumah. Perkara pertama yang dibuatnya ialah memasukkan garam dalam mulut. Mula-mula tu geram juga, dalam pedih mata, rasa masin pula. Beberapa minit kemudian baru saya perasaan yang garam tersebut telah mengambil alih tumpuan dan deria rasa dari pedih dimata ke masin di mulut. Ia sedikit sebanyak membolehkan saya membuka mata dan mebasuhnya dengan menggunakan aliran air. Alhamdulillah dapat juga makan masak lemak cili api telur itik..

Ehm.. Lesson learned, first, next time pakai cermin mata bila nak tumbuk cili ha..ha.. Second, sememangnya fikiran dan deria boleh berubah apabila ada keperluan berbuat demikian…

Wednesday, December 9, 2009

Lawatan ke Melaka - Afamosa

Selepas makan tengahari di salah satu restoran ikan masak asam pedas yang best di Melaka (has to be sebab 1 jam dalam kereta mencari tempat ini), kami ke AFamosa diantara tarikan baru di Bandar Ayer Keroh.

Nak masuk ke tempat ini setiap kereta dikenakan RM3.00. Berada didalam, kami memberi pilihan kepada anak-anak samada nak main water world or wild safari. Pilihannya wild safari..Ehm.. tiket nak masuk mahal juga RM38:00 untuk dewasa dan RM20:00 untuk kanak-kanak. Kami sampai dalam pukul 3:45 so dah miss persembahan burung dan beberapa persembahan binatang lain yang diadakan di sebelah pagi. Tapi kami masih sempat mengikuti lawatan (dengan lori berpagar) ke kawasan kandang binatang-binatang yang dibiarkan bebas dalam kawasan mereka disini.

Kami diberikan tag ini ketika masuk

IMG_0442

IMG_0423

Kanak-kanak yang diraikan…

IMG_0424 

Setia menunggu lori berpagar

IMG_0426

Dalam lori..

IMG_0429

Begitu hampirnya kami dengan binatang sehingga boleh ambil gambar ini..

IMG_0431

Muka semuanya macam takut je…

IMG_0434

IMG_0446

Sempat juga ambil gambar dengan gajah-gajah ini selepas show. Seronok persembahan gajah walaupun yang kat depan tu sebenarnya takut sangat dengan gajah ni…

Walaupun tiketnya mahal, but the journey is worth it. Seronok anak-anak kami disini dan seronok sekali melihat ayah chik, mak chik, dan Mak Da  melayan cucu-cucu mereka.

Hopefully next time kami dapat buat trip seperti ini lagi…

Tuesday, December 8, 2009

Lawatan ke Melaka – River Cruise

Tidaklah ke bercuti di Melaka kalau tak naik cruise ini.

IMG_0384 Sebelum naik bot.

Dengan tiket RM10.00 seorang dewasa dan RM5:00 kanak-kanak, kami dibawa dalam pelayaran selama 40 minit menyusuri Sungai Melaka.

IMG_0387

Sebelum bot memulakan operasi…

IMG_0388

IMG_0389 IMG_0393

IMG_0397 IMG_0402IMG_0406

IMG_0409

Ramai yang mengucapkan terima kasih kat abah kerana menyangka beliau adalah salah seorang staf syarikat…Betul juga kot kata rewa, baju tu macam pak guard aje :)..

We have fun, tapi bagi Haqim dan alif, ianya perjalanan yang membosankan kerana pergerakan botnya perlahan.. slow and steady je..

Personally, I think the trip will be more fun it is taken at night. Other than that, I think a lot need to be done by the state government to improve the surrounding of the river.

Lawatan ke Melaka – Naik beca ..

Satu perkara yang pastinya saya tak akan buat kalau bersendirian.  Untuk kenangan bersama

IMG_0374

Yang paling menarik Ayah Chik dan Mak Chik

IMG_0371 Mak Da dan Nana

IMG_0372 Abah dan Haqim

IMG_0373 Abang Long dan Awin

IMG_0369

IMG_0380

IMG_0381

IMG_0382

Dan ini adalah pengayuh beca saya dan Alif. Dengan membawa beca inilah beliau telah berjaya menghantar 2 orang anaknya sehingga berjaya di Universiti Malaysia Sabah dan telah 26 tahun mengayuh beca sebagai mata pencarian utamanya. Yang menariknya beliau telah berusia 60 tahun lebih…..

Bayaran untuk satu beca for about 10 minutes ride is RM10.00. Worth atau tidak ? Melihat kepada wajah-wajah ceria penumpang-penumpang saya rasa ianya worth it…

Bercuti ke Melaka

Kami ke Shah Alam atas urusan lain. Tapi tak sampai hati untuk menolak perlawaan ayah chik dan Mak Da untuk sama-sama ke Melaka. Bertolak selepas Maghrib, kami bermalam di asrama Kampus Bandaraya Melaka (tak sangka boleh tiba di sini). Tak sangka pukul 11:30 malam, kami makan malam (ayah chik cari masak asam pedas) di bandar Melaka.

IMG_0354 IMG_0355

Inilah En Zul, pengurus asrama kanan kampus UiTM Bandaraya Melaka yang membantu kami pada malam tersebut. Terima kasih daun keladi

IMG_0356

IMG_0357

Ehem…siapakah ini .. merasalah tidur katil double decker yang tiada dirumah…

Hari Raya Haji 2009 – 2

 IMG_0309

Kami beraya di Mersing kali ini. Seronok emak apabila dapat berjumpa dengan cucu-cucunya di Mersing. Kali terakhir kami berjumpa Azman dan keluarganya ialah sewaktu Hari Raya Puasa dahulu. Wah dah besar dah mamat tu. Dengar cerita dah nak dapat adik pun. Seronok makan ramai-ramai pada malam raya tu..

IMG_0305

Tapi yang memeranjatkan kami ialah cepatnya abang long membesar. The last time kami jumpa keluarga Ana adalah sewaktu kenduri kahwin Yati dulu

IMG_0306Bandingkanlah abanglong dengan Yati

 

IMG_0307 Abang Long dengan Ana

IMG_0308 dan abang long lagi tinggi dari Mak Tih. Wah….

Ana benarkan kami bawa abang long balik untuk temankan Haqim selama seminggu..Seronoknya Haqim sampai menangis teresak-esak apabila abang long nak balik semula ke Mersing. Tak apalah Haqim nanti cuti akan datang kita ajak abang long datang lagi ye..

IMG_0353

Hari Raya Haji 2009

Tahun ini, saya menyampaikan hajat emak untuk melawat tapak persemadian aruah ayah dan aruah adik di Mersing. IMG_0302

IMG_0303

Sempatlah kami melawat dan mensedekahkan surah Yassin dan fatihah kepada mereka sehari sebelum Hari Raya Korban. Selepas solat Hari Raya, kami sekeluarga berkumpul untuk sama-sama membacakan surah Yassin dan bertahlil kepada saudara-saudara yang telah pergi terlebih dahulu dari kami. Sekiranya ayah masih ada pastinya beliau gembira melihat anak-anak dan cucu-cucunya sama-sama berkumpul dan bertahlil bersama. Malah saya merasakan ianya lebih bererti dari membawa jemaah masjid kerumah dimana kami sibuk menyediakan jamuan sehingga terlalai untuk turut sama bertahlil. Semoga roh mereka tergolong dalam golongan mereka yang beriman dan diredhai…

Monday, December 7, 2009

Korban 2009

1 Disember, kami melaksanakan niat korban. Tahun ini bersama emak yang meniatkan korban untuk aruah adik.

IMG_0325

Semoga Allah berkati majlis ini. Tahun ini Haqim dah berani tengok orang sembelih lembu berbanding dengan tahun lepas…