Saturday, August 27, 2016

T22–NGR-02 Negrone

Pokok yang dibeli bersama T21. Orang kata kalau beli pokok biar berpasangan Smile. .

Gambar pada 30/10/2016- dah besar, hopefully keluar mata ketam bulan ni..

IMG_0201

Gambar pokok pada 2/10/2016 – Dah besar pun

IMG_6448

Gambar pokok pada 27/8.

IMG_6121

T21-NGR-01 Negrone

Pokok yang dibeli dari Nursery di simpang nak masuk ke Tanjung Jara. Katanya Negrone. Dah stabil pokok ni so lepas salin dalam pasu besar terus letak tangah laman Smile Hopefully betullah jenis yang dinyatakan tu.

Gambar pada 30/10 – Dah besar hopefully bulan ni keluar mata ketam..

IMG_0200

Gambar pada  2/10 – Dah mula besar dan sihat.

IMG_6447

Gambar pada 27/8

IMG_6120

T20-RK-02 Red Khutmani

Pokok yang dibeli  bersama T19 dari Nusery Sudin & Sheila. Saing dia dah tinggi tapi dia masih slow and steady. May be Red Khutmani pembesarannya tidak secepat BTN. Hari ni masuk dalam pasu besar.

01/04/2017 – Selepas dibuang sebahagian dari dahannya, Dahan baru keluar dan dah mula ada mata ketamlah. Alhamdulillah.

t20 - anak ketam

Gambar pada 30/10 – Dah besar hopefully bulan ni keluar mata ketam seperti T19

IMG_0199

Gambar pada 2/10 – Dah mula membesar

IMG_6446

Gambar pada 28/7

IMG_6169

Sunday, August 21, 2016

Kebun Tin pada 20/8/2016

Biarlah gambar berbicara Smile. Kebun secuit..

IMG_5652

Di hujung laman, menunggu untuk pokok yang bakal dialih ke pasu pada hujung bulan ini Smile. Rasanya ada 4 – 5 pokok yang dah stabil..

IMG_5584

Friday, August 19, 2016

Kebun Fig saya

Ehm Abah beri saya kawasan kosong di sebelah garage kereta untuk saya tanam tin. Disini saya dokumen perkembangan kawasan ini Smile. Di Facebook saya kumpulkan semua tips dan ilmu yang saya dapat di Group My Fig - https://www.facebook.com/groups/534596320076124/

Gambar pada 18 hb Ogos 2016. Aktiviti keluarga petang jumaat Smile.

IMG_5589

Hari ini bersihkan pokok ubi yang emak tanam untuk menempatkan pokok tin hujung bulan ni. Minta maaf emak.

IMG_5584

Pokok kaktus ini ditanam semenjak rumah ini dibina, terpaksa dikorbankan untuk pokok tin.

 

kebun fig

Pokok T15 dan T16 yang kini mengambil alih tempat pokok kaktus ni.

kebun fig 1

Tanaman Tin pada 28 hb Julai 2016

kebun fig 28 julai

Kebun pada 2 hb June 2016 sewaktu pokok tin mula ditanam.

kebun Fig 0

T19-BTM6-01 Brown Turkey Matsui 6

Anak tot yang baru sahaja 2 minggu dibeli dari Nusery Sudin & Sheila. Mungkin betul BTM senang ditanam. Nampak ianya  macam dah stabil dan kebetulan ada pasu kosong, terus tanam.

Gambar pada 30/10 – Masih belum berbuah. kena beri baja buah ni…

IMG_0198

Gambar pada 2/10 – Dah tinggi dan besar tunggu berbuah…

IMG_6445

Gambar pada 20/8 – Dah mula banyak daun Smile

IMG_5651

Gambar pada 28/7 selepas seminggu ditanam.

T19-BTN6-01

T18- MDA-02 Masui Dauphine(A)

Satu lagi tut yang dibeli dari Sudin & Sheila Fig Garden. Pokok ni pun tidur lama dalam polybag. Nekad je alih dalam pasu besar. Semua daun pokok ini gugur selepas 2 minggu ditanam dan tiada perkembangan darinya. Baca dari FB agar pokok dilenturkan bagi memberi stress kepada pokok agar ia mengeluarkan pucuk yang baru. Itulah yang dilakukan dan Alhamdulillah lepas seminggu dah mula banyak pucuk yang keluar.

Gambar pada 30/10 – Dah besar pokok ni hopefully bulan ni berbuah..

IMG_0197

Gambar pada 2/10 – Wah banyak pucuk tumbuh terpaksa dibuang some of it.

IMG_6444

Gambar pada 20/8/2016 selepas dilepaskan dari lenturan Smile

IMG_5585

Gambar seminggu selepas ditanam pada 28 Julai 2016.

T18-MD02