Monday, November 14, 2011

Masak lemak cili api otak lembu

Satu masa dulu, bila aruah ayah tahu saya akan balik Mersing, ayah dan emak akan berusaha untuk memasak 3 lauk kegemaran saya ini – ikan baung salai masak lemak, salad telur dan masak lemak cili api otak lembu (Ok, some of you might feel a little bit weird but it’s ok, we are born in different clans Smile ). Saya tak ingat when was the last time saya makan lauk ini. Sewaktu menghadiri majlis korban baru-baru ini ada kenalan yang memberi saya otak lembu untuk dimasak. Terima kasih dan inilah hasilnya..

IMG_2095

Bagi yang mahu mencuba, ini adalah resepi masak lemak cili api otak lembu.

Bahan-bahannya

  • I otak lembu, dibersihkan. Masak air dalam periuk, bila mendidih, kecilkan api dan celur otak for about 5-10 minit. Potong dadu dalam 2 in setiap satu.
  • 5 biji cili padi
  • 4 biji bawang merah
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 helai daun kunyit dan 1 helai daun limau purut
  • beberapa biji belimbing buluh ( kalau tiada guna sekeping asam keping)
  • sedikit kunyit dan sedikit garam

Kaedah memasak

  1. Tumbuk hancur cili padi dan bawng merah, masukkan dalam periuk bersama 1 cawan santan pekat dan 1 cawan air, daun kunyit dan daun limau purut yang telah dimayang.
  2. Masukkan kunyit dan garam, masak atas api perlahan sehingga mendidih.
  3. Kecilkan api, masukkan 1 cawan santan pekat, masukkan otak lembu (yang telah dicelur) dan belimbing buluh yang telah di bersihkan. Kacau seketika sehingga santan masak dalam 10 minit. Perlu dikacau dengan berhati-hati, kerana texture otak kembu agak lembut.

P/s – Walaupun sedap, tak boleh makan selalu dan banyak-banyak ..Tinggi kalorinya ni.. Selamat Mecuba…

Thursday, November 10, 2011

Haqim–Penggunaan ICT tidak pada tempatnya

16-best-ipad-racing-games1Dalam mendidik anak-anak, kadang kala kita perlu tegas walaupun  ada ketikanya ia agak ‘tough’. Saya berpendapat biarlah saya mengajarnya sekarang sewaktu dia masih boleh dididik lagi. Kebiasaanya anak-anak akan mula menunjukkan ‘kelakuan’ bila ada tetamu. Mungkin juga kerana mereka mahukan perhatian atau sifat ego yang ingin ditujukan kepada mereka yang sebaya. Satu perkara yang saya agak kurang setuju ialah apabila tiada komunikasi berkesan diantara Haqim dan sepupu-sepupunya samada semasa mereka datang kerumah, atau sewaktu Haqim berkunjung kerumah mereka. Ini berlaku kerana masing-masing sibuk dengan alat-alat eletronik masing-masing. Apalah gunanya datang bertandang sekiranya anak-anak diberikan ipad, galaxy, psp, game box or telefon bimbit.

psp1Mereka berada dialam mereka sendiri dengan Internet atau game. Tiada lagi komunikasi diantara mereka. Tiada lagi gelak ketawa mereka bermain bola sepak atau mengejar ayam disekeliling rumah ( I miss that..). Saya diajar sekiranya bertandang kerumah orang, saya perlu membantu apa yang patut untuk berkenalan dan bersosial dengan tuan rumah. Perkara ini tidak berlaku lagi.  Mungkin kerana sekarang dikebanyakan rumah (walaupun tidak semua) telah ada pembantu rumah, Anak-anak samada Play_Angry_Birds_In_Galaxy_Tablelaki atau perempuan berada dalam dunia mereka sendiri samada dirumah sendiri (kasihan kat emak)  atau dirumah orang. So apabila sepupu-sepupunya mandi dikolam, mama terpaksa ‘memaksa’ Haqim untuk turut serta dengan sepupunya (they have fun though). Kalau nak main game pun,  bermain permainan yang sama untuk mengeratkan hubungan mereka.

 

Hero-of-Sparta-HDMemandangkan Haqim juga akan menghadapi peperiksaan tahun depan, so rasanya mama kena limitkan pengunaan eletronik device ini kepada beberapa jam sehari agar Haqim boleh fokus dalam pelajaran. Selain dari itu, mama juga tidak setuju Haqim bermain game yang berbentuk pertarungan sebab ianya menyebabkan sikap menentang yang kurang baik. Ehm..it is hard, but I need to do that…

 

p/s Dengar cerita ada ibu bapa yang memotong talian Internet dan Astro selama setahun apabila anak-anak mereka akan menduduki peperiksaan utama. Ehm.. should I do that?

Wednesday, November 9, 2011

Korban 2011

Hari ini kami menghadiri majlis korban yang diadakan di UiTM. Seperti tahun-tahun lepas, majlis ini meriah dengan kehadiran kakitangan-kakitangan samada yang mejalankan ibadah korban dan membantu melapah lembu dan menyediakan makan tengahari dari daging korban dan akikah. 9 ekor lembu dan seekor kambing dikorbankan tahun ini. Kali ini saya menyaksikan bagaimana lembu disembelih sehingga ianya siap dilapah. Berikut adalah beberapa gambar yang diambil pada majlis tersebut.

IMG_2074Tenang aje lembu ni

IMG_2079IMG_2081

Penyembelihan…

IMG_2083IMG_2086

Melapah lembu

IMG_2085

Memasak..

IMG_2090

Tak sempat ambil gambar waktu makan Smile. Semoga majlis seperti ini akan diadakan lagi ditahun-tahun   yang akan datang.

p/s: Tahun ini Haqim tak boleh joint kerana bersekolah walau pun pagi tadi merengek tak nak gi sekolah…

Tuesday, November 8, 2011

Burung baji–Penghuni baru

Anak-anak burung baji abah dah besar. Ada 16 ekor semua sekali yang kini diletakkan dalam sangkar yang lebih kecil sehingga mereka boleh terbang sendiri. Kalau tidak semuanya ada kat lantai. Sekejap sahaja bilangan burung dalam sangkar ini telah berganda.

IMG_2007

Diantara yang menarik perhatian saya.

IMG_2043IMG_2044IMG_2046IMG_2049

Comel nya, dan bunyi burung-burung ni pun bertambah sekali ganda. Terasalah macam duduk kat kampung. Miss their sound bila gi Shah Alam Winking smile.

updated 7/1/2012:

Hari ini abah bawa 20 ekor burung baji untuk dijual dikedai. Sedih, tapi betul juga cakap abah, dah ramai sangat. Beza harga jual dengan harga beli is about RM10.00. Ehm.. bagi mereka yang berada disekitar Dungun and nak beli burung baji, boleh contact kami, mesti dapat harga special dari abah yang jauh lebih murah dari harga dikedai Smile. Burung-burung diatas abah simpan though sebab mama suka Winking smile.

Selimut baru Haqim

IMG_2072

More at this side..

Sunday, November 6, 2011

Hari Raya Aidil Adha 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua kenalan dan rakan-rakan. Kami menerima kehadiran keluarga MakDa dirumah. Guest siapa bantu beli barang dan cucuk sate..

IMG_2051IMG_2055IMG_2053

Kami ke Kuala Berang semalam dan pada malamnya, Mak Da dan cucu-cucunya, Badli dan keluarganya serta Syamsul dan Danish juga ada. Ini adalah hidangan hari raya kami..

IMG_2057IMG_2058IMG_2059IMG_2060IMG_2061

IMG_2066

Sempat juga buat BBQ and ‘force’ Aiman untuk keluar dari zon selesanya Winking smile

IMG_2068IMG_2069

Dan inilah penyeri dikolam….

313262_272974536081278_100001062004883_903360_2040943351_n

Terima kasih semua sudi menyerikan hari raya kami…

p/s : Teringat suatu masa dulu berhari raya dengan ayah..Semoga rohnya dicucuri rahmat..Teringat juga sewaktu ke Mekah dengan ayah dan emak dulu. Rindunya untuk kesana lagi menyebabkan saya terpaku didepan TV setiap kali ada liputan dari Mekah..Semoga Allah menjemput kami kesana lagi.. Ameen…Selamat Hari Raya semua

Tunggu Atie, Rosdi dan emak yang akan datang esok…

Agar-agar Coklat

IMG_2057

Resepi untuk agar-agar coklat yang saya ubah sedikit dari resepi asal dari Internet.

Bahan-bahan

  • 1 paket agar-agar (RM3.50) direndam dengan air selama 4-5 jam bagi memudahkan ianya hancur apabila dimasak
  • 4 mug air (1.5 liter)
  • 1 gelas susu cair
  • 1/2 cawan koko
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 4 sb tepung jagung
  • 1/2 st garam
  • 1 st esen vanilla
  • 2 sb mentega/marjerin
  • Bekas agar-agar

Kaedah

  1. Masak agar-agar dengan air hingga hancur
  2. Masukkan gula kacau rata
  3. Panaskan susu dalam microwave for about 1 min.
  4. Dalam bekas lain campur koko, garam, tepung jagung dan esen. Masukkan  susu sedikit sedikit  sambil dikacau agar tidak bergentel. Kacau rata.
  5. Masukkan adunan koko dalam agar-agar (tapis jika perlu bagi mengelakkan adunan koko yang bergentel masuk dalam agar-agar) dan gaul rata
  6. Biar sebentar sehingga mendidih.
  7. Rasa manisnya, kalau perlu tambah gula (bagi yang suka puding yang manis sedikit)
  8. Masukkan mentega/marjerin. Kacau rata, adunan akan sedikit berkilat.
  9. Kecilkan api, masukkan dalam bekas agar-agar. Adunan cukup untuk 6 bekas agar-agar seperti yang saya gunakan.

Sedap agar-agar ni..Selamat Mencuba…..