Friday, September 16, 2011

Live dari Masjidil Haram dan Masjid Nabawi

Salah satu dari kelebihan penggunaan Facebook. Tayangan live dari kedua-dua masjid tersebut. Subhanallah..Sekarang kita boleh melihat suasana disana pada bila-bila masa terutamanya sewaktu solat lima waktu. Terima kasih kepada pengendali laman tersebut. Rindunya untuk kesana. Moga-moga Allah memperkenankan hasrat dan menjemput kami kesana…

tvlive

Link ke laman ini http://www.facebook.com/live.makkah.madinah?sk=app_208195102528120

Another live forecast dari you tube yang saya ambil dari laman Prof Dr Kamil. Terima kasih kerana berkongsi

http://www.youtube.com/user/SaudiSunnahTv
http://www.youtube.com/user/SaudiQuranTv

Wednesday, September 14, 2011

Alat ukuran yang saya guna

Bagi mereka yang bertanya inilah alat-alat ukuran barang yang sering saya guna didapur dan dalam resepi yang saya kongsi disini -

IMG_1851

Satu mug dan satu cawan.

IMG_1852

Satu cawan beras dan sukatan untuk satu cupak beras.

IMG_1853

Sukatan untuk gula dan tepung. Saya tidak menggunakan penimbang kerana  saya dapati alat penimbang kebiasaannya tidak tepat disamping sukar untuk mengeluarkan dan membasuh selepas digunakan. Alat ini juga menyukat cecair seperti air dan susu dalam mililiter dan liter.

IMG_1854

Ini adalah senduk pembancuh air yang kecil sedikit dari senduk kuah.

Kuih Sagu Merah

2011-08-26 21.59.22

Saya tidak tahu apa nama formalnya, cuma saya suka kuih ini. Kebiasaannya, saya beli sahaja, tapi peningkatan harga yang gila-gila sekarang menyebabkan ianya dijual pada harga yang pada pengiraan saya tidak masuk akal. So dengan bantuan emak saya buat kuih ni. Berikut adalah catatan bahan dan kaedah untuk panduan in the future.

Bahan-bahannya

  • 1 cawan sagu (at the moment the price is about RM1.50)

2011-08-26 16.52.06

  • 2 senduk  gula.
  • 3 mug air
  • pewarna merah
  • sedikit kelapa muda yang diparut dan digaul dengan sedikit garam.

Kaedah membuat

  • sagu dibasuh dan ditoskan airnya.
  • masak 1 1/2 mug air dan gula sehingga cair
  • masukkan sedikit pewarna merah
  • apabila air telah mendidih masukkan sagu
  • kacau adunan SENTIASA, masukkan air sedikit-sedikit sehingga sagu masak (tiada warna putih sagu ditengahnya). At the end, saya menggunakan 1 1/2 mug air tambahan sewaktu mengacau.
2011-08-26 17.24.52
  • tuangkan adunan dalam bekas untuk disejukkan.
  • potong dan gaul dengan kelapa parut sebelum dihidang.

Selamat Mencuba

Monday, September 12, 2011

9/11

Semalam, saya menghabiskan beberapa jam dihadapan chanel 555 menyaksikan tayangan kembali kejadian yang berlaku di World Trade Centre, 10 tahun lepas yang menyebabkan kedua-dua menara bangunan tersebut collapse dalam masa tidak sampai 2 jam. Saya masih ingat pada hari tersebut saya duduk depan TV dalam keadaan tergamam, tidak percaya perkara ini boleh berlaku dan menyaksikan bagaimana hubungan sesama insan membantu satu sama lain dan menyaksikan kehilangan mereka yang disayang. Inilah yang berlaku apabila kuasa dan wang disalurkan kearah yang tidak bersesuaian. Yet, saya rasa kejadian ini tidak diambil sebagai pengajaran. Mereka yang berkuasa masih melakukan sesuatu tanpa mengira perasaan orang lain. Doa saya perkara seperti ini tidak berlaku di Malaysia. Sebahagian dari gambar kejadian tersebut yang rasanya macam baru berlaku semalam.

RTXKQQP_232941 

1339521-large-watermark-comp_232905

013nachtwey

016nachtwey008nachtwey

Inilah tapak World Trade Centre pada masa ini yang menempatkan ruang mengingati mereka yang terkorban dalam kejadiaan ini.

2011-09-11T193744Z_01_WTC522_RTRIDSP_3_SEPT11

Nasi hujan panas

Di Johor nasi minyaknya berwarna kuning, di Terengganu nasi minyaknya berwarna ‘pink’.

IMG_1858

Teringat saya bila emak buat nasi minyak warna ‘pink’ anak dan cucu dari Johor sedikit keberatan untuk makan. Ada satu lagi nasi minyak diTerengganu yang dikenali sebagai nasi hujan panas yang berwarna warni.

IMG_1821

Berikut adalah resepi nasi ini yang saya pelajari dari Kak Faezah  di Kuala Berang (Once upon a time, terima kasih atas ilmu yang dikongsi)

Bahan-bahan

  • 4 cawan beras basmathi
  • 4 mug air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • sedikit halia (dihiris)
  • sedikit lemak ayam / daging atau tulang ayam.
  • sedikit penumis – bunga cengkih, lawang dan kulit kayu manis
  • setengah biji tomato (dipotong dadu)
  • 1/4 biji lobak merah (disagat halus)
  • 2 sudu minyak sapi untuk menumis
  • sedikit garam
  • pewarna merah, kuning dan hijau
  • sedikit kismis
  • bawang goreng (hiasan)

Kaedah

  • Panaskan minyak sapi, tumis penumis dan bawang merah. Bila telah naik bau, masukkan air dan susu.
  • Masukkan bahan-bahan lain – halia, lemak ayam, garam, lobak dan tomato.
  • Masukkan nasi dan tutup periuk sehingga nasi masak. Kacau beberapa kali agar nasi masak sekata.
  • Akhir sekali, taburkan pewarna dan kismis diatas nasi dan tutup periuk tersebut. JANGAN kacau nasi lagi sehingga tiba waktu menghidang. Mengacaunya akan menyebabkan semua warna-warna bergabung dan menghasilkan warna nasi yang tidak menarik.

IMG_1820

Yati dll, selamat mencuba ……

p/s : ada juga yang letak daun pandan dalam nasi sewaktu memasak..terpulang pada cita rasa

Sunday, September 11, 2011

Almari putih untuk abah

IMG_1857

  At last abah dapat apa yang dihajatinya. Curious pula, apa yang akan diletakkan oleh abah dalam almari ini.

Eye rolling smile

Bende goreng ikan masin

IMG_1855

Lauk ini diperkenalkan oleh aruah Ayah Chik sewaktu kami makan di Club House Shah Alam. Saya masih ingat kami order sayur ini beberapa kali pada  malam tersebut. Sekali sekala ubah selera dari kailam ikan masin ke bende goreng ikan masin sedap juga.

Bahan

  • 10-15 biji kacang bende dibasuh dan dihiris 2-3 hiris untuk setiap kacang bende right before memasak. (Hiris awal akan menyebabkan ianya berlender..)
  • 2 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih dihiris
  • 2 hirisan ikan tenggiri jeruk (bergantung kepada citarasa)
  • sebiji cili merah dihiris.

 

Kaedah

  • Tumis bawang merah, bawang putih dan ikan tenggiri jeruk.
  • Masukkan bende, 2 sudu air, cili hiris.
  • Kacau dan tutup kuali selama 2 minit. (Petua dari Yazid apabila masak sayur Smile)

Resepi ini akan mengembalikan ingatan saya kepada aruah Ayah Chik. Al Fatihah untuk nya.

Selamat Mencuba