Saturday, October 2, 2010

Kuih Lapis

Kesempatan yang ada pada tahun ini membolehkan saya membuat 10 kek lapis untuk diagih-agihkan sebagai buah tangan kepada saudara mara. Selama 4 hari, selepas jam 12 tengahari, saya akan membakar kek lapis yang mengajar saya pengertiaan perkataan sabar. Beberapa variasi kek lapis yang saya cuba. Diantaranya adalah kek lapis betawi, kek lapis asam manis, kek lapis coklat, kek lapis kencana dan kek lapis pandan.IMG_1363

Dan inilah pembantu setia saya yang memutarkan telur putih untuk semua kek-kek tersebut.

IMG_1362 

Penat buat kek lapis terasa hilang menyaksikan ianya digemari oleh hampir setiap pengunjung ke rumah. Masih terbayang bagaimana sukanya anak-anak saudara yang mengadap satu pinggan kek lapis dalam masa kurang 10 minit. InsyaAllah dipanjangkan umur, tahun depan Mak Tih buat lagi ye.. Tunggu rayalah…

Kuih Rempeyek Emak

Inilah satu-satunya kuih selain dari kek lapis yang saya buat. Saya masih belum rasa kuih rempeyek sesedap yang emak buat, so raya ni, konon-kononnya nak belajarlah buat kuih tradisional ni dari emak.

Bahan-bahannya:

1.5 kilo tepung beras;

IMG_1356

bawang merah 6 biji

bawang putih 2/3 biji

jintan manis – 2 sudu

ketumbar – 3 sudu

ikan bilis  - 3 sudu

udang kering – 3 sudu

rempah yang dikisar

IMG_1357

2 paket santan (RM2.00) dan air secukupnya (ini masalah utama ni sebab emak bancuh tak pakai sukatan) adunan cair lagi dari kuih dadar

Telur 2 biji

kacang tanah dan ikan bilis yang telah dibasuh dan ditoskan.

Cara-cara membuatnya.

1. Campur semua bahan.

2. Panaskan kuali dan minyak.

3. Ambil satu senduk adunan, diletakkan kacang dan ikan bilis dan di lenser (betul ke perkataan ni) ditepi kuali yang telah dicurah minyak (supaya tak melekat). Curah minyak panas dengan menggunakan sudip keatas tepung tadi. Ini akan menyebabkan kuih terpisah dari kuali dan masuk dalam minyak panas. Goreng kuih dengan menggunakan api yang kecil (bagi memastikan kacang masak)

IMG_1359 IMG_1360

Inilah hasilnya dari 1.5 kg tepung beras yang mengambil masa 4 jam untuk disiapkan.

IMG_1361

Jika dihitung dari segi effort yang di peruntukkan untuk menyediakan kuih ini, rasanya baik beli aje kot..Tapi, masa untuk buat kuih ini tiada tertanding nilainya kerana untuk 4 jam saya dapat meluangkan masa dengan emak bercerita mengenai kenangan-kenangan silam yang pastinya tidak berlaku tanpa kuih rempeyek ini :) . Terima kasih emak kerana kongsi resepi dan teknik dengan saya..

Ramadhan 2010

Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk kami meraikan bulan yang penuh berkat ini. Ianya berlalu dengan begitu pantas terasa seperti baru sahaja semalam saya merancang juadah untuk berbuka pada hari pertama, hari ini syawal menjelma. Anyway berikut adalah kenangan sepanjang bulan ramadhan tahun ini.

 IMG_1335 IMG_1336 IMG_1337 IMG_1338 IMG_1339 IMG_1341

Berbuka puasa bersama Mak Da, Emak, Faris, Aiman, Badli dan familinya di Samurai Hotel.

IMG_1351

At last dapat makan steam boat waktu berbuka

IMG_1354 

Pak Din belanja direstorannya.

Wednesday, September 1, 2010

Gambar siapa kah ini

scan0001

Jumpa gambar ini dari koleksi gambar yang emak simpan. Gambar siapakah ini? .. Buat kenangan untuk anak cucu nanti he he..

Lagi gambar lama yang cute ni…

oldPic0001 OldPic20001 OldPic20002 OldPic20004

Saturday, August 14, 2010

Haqim belajar berenang

 IMG_1308

Semenjak kelas renang dengan mualimnya tempoh hari, Haqim mula ketagih untuk ke kolam renang. Dia dah mula boleh mengapungkan diri dan berenang dalam jarak yang dekat. Tapi masalahnya, muka dia dalam air (sebab katanya mualim ajar begitu) eish…rasanya macam silap ajaran aje ni… Sempat juga mama tumpang sekaki, ini adalah kolam di Sri Permata Condo…

IMG_1309 IMG_1307

Cermin alas meja

Selepas puas mencari, akhirnya abah bertemu dengan insan yang sudi memotong cermin untuk alas meja makan kami. So hari raya ni tak payah lah saya basuh alas meja beberapa kali :). Yang best tu, bolehlah guna periuk steam bot saya at last..

IMG_1318

Wednesday, August 4, 2010

Birthday nenek…

1/8/2010 – Birthday nenek yang ke 67 tahun still going strong … Kami meraikan di hotel UiTM.

IMG_1278 IMG_1279

Haqim pun nganga mulut juga ha ha ha.. Mak susu mesti gelak tengok gambar ni…

IMG_1280