Sunday, July 25, 2010

Bekas alat jahitan

 

IMG_1247 Didokumen dalam blog http://quilt4all.blogspot.com/2010/07/bekas-alat-jahitan.html

Burung Baji

Hobi baru abah….

IMG_1230 IMG_1231 IMG_1232  IMG_1234

Kalau tanya saya, kasihan burung-burung tu. Rumah burung ni dah seminggu siap, cuma hari ini Hj Azman dan ayahnya menghantar penghuninya (13 ekor) yang comel dan berwarna-warni (saya suka yang warna biru). Emak suka sangat duduk kat sebelah rumah burung ni….

IMG_1235

Tuesday, July 20, 2010

Terapi Pulau Redang

IMG_1200

Kenapa saya pergi ke pulau itu untuk kali kedua? Last time, kami pergi sewaktu cuti sekolah. So keadaan begitu sesak dan saya terkilan kerana tidak dapat menikmati keindahan ikan yang ada kerana ramainya pengunjung dan kerana tak berapa confident untuk snorkeling.

This time, salah satu saat yang paling saya tidak dapat lupa adalah snorkeling sewaktu pukul 7 pagi (I am serious). Diwaktu tersebut, sewaktu tiada insan lain dalam air, dengan keadaan airnya begitu jernih dan masih belum tercemar, saya menyaksikan satu dunia yang begitu unik. How I wish, saya ada kamera yang boleh merakamkan keadaan itu. Syukur alhamdulillah diberikan kesempatan oleh Allah untuk saya menyaksikan keindahan dan kekuasaannya dalam satu dunia yang lain. Yes, saya begitu asyik menyaksikan ikan-ikan tersebut sehingga hampir tertinggal bot untuk balik :). Walaupun saya tidak dapat merakamkannya disini, pengalaman tersebut pastinya akan tersisip kemas dalam memori saya. Hopefully next time saya dapat saksikan keindahan alam ini ditempat lain.

IMG_1201 

Saya browse Internet untuk melihat sekiranya ada imej yang serupa seperti apa yang saya lihat and here are some of them.

pulau-pangkor-perak02 rich_rtw_04-05.1090311600.coral_reef

hungry-sergeant-major images

Tuesday, July 13, 2010

Trip to Pulau Redang with my mother…

Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk menghabiskan masa selama 2 hari bersama emak di Pulau Redang. (Yes again :) ) Kalau selama ni, emak tinggal dirumah sewaktu saya ke Shah Alam, kali ini kami bersama melihat ikan dan berehat di sini. Satu pengalaman yang pastinya tidak akan saya lupakan.

IMG_1185 IMG_1187 IMG_1188 IMG_1190 IMG_1191 IMG_1192

IMG_1202 IMG_1206 IMG_1209 IMG_1210

IMG_1194 

At the end of the trip, emak merasmikan laman blog baru kami ..http://quilt4all.blogspot.com/ yang mendokumenkan aktiviti kegemaran kami bersama - patchwork and quilt

Sememangnya masa berlalu begitu pantas sekali. Yati, next time kita gi pulak ye…

Wednesday, June 30, 2010

Padang Abang

Sebelum balik, pukul 9 kami ke Padang Abang untuk membeli cenderhati buat insan-insan yang kami sayangi di Malaysia (Yati, Kak Tih beli baju untuk yati).Hari ini kami merasai suasana kehidupan di bandar Jakarta. Yang paling ketara ialah kesesakan lalu lintasnya. Saya rasa 8 dari 10 kereta dijalanraya adalah MPV atau kenderaan perniagaan. Selebihnya penganggkutan utamanya adalah kenderaan yang dikenali sebagai tot tot atau motorsikal. Bagi saya ia menunjukkan jurang diantara golongan berada dan golongan tidak berada begitu jauh.

IMG_1120 IMG_1121

Kali ini saya lebih bersedia dengan keadan kesesakan lalu lintas but I am not prepared with the extend of the mass. Alhamdulillah kesimpulannya, seteruk-teruk jam kat Malaysia tidak sehebat jam di Jakarta :). Seronok shoping kat sini, memang barang-barang disini jauh lebih murah di Malaysia. Dengan  harga dan pilihan yang pelbagai, no wonder ramai rakyat Malaysia yang kesini.

IMG_1122

Sebelum balik, kami singgah makan di Restoran Nasi Padang berhampiran airport. Cantik tempat ni.

IMG_1127 IMG_1132 IMG_1133 IMG_1135

Terima kasih kepada Rewa dan lain-lain yang sudi mengajak saya bersama trip ini. Banyak perkara mengenai kehidupan yang saya pelajari. Yang pastinya, ia mengukuhkan lagi pandangan saya yang bumi Malaysia jauh lebih hijau dari Indonesia dan saya amat bersyukur diatas limpahan tersebut. Saya seronok dapat bersama trip ini cuma mungkin dah berumur, jadi balik demam dua hari :).. ha ha… Next time gi trip ajak kak la lagi okay…

Bandung

IMG_1060

Kami bertolak keBandung lebih kurang pukul 8:30 pagi dalam keadaan ceria, walaupun cuaca agar mendung dengan hujan renyai-renyai. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 3 jam memberi kesempatan kepada kami untuk melihat  kehidupan rakyat Indonesia. Sedih melihatkan kediaman majoriti penduduk yang begitu kecil dan tidak begitu sempurna. Teringat saya pada suasana yang digambarkan dalam cerita Malim Kundang :). Nevertheless permandangan penanaman padi disekeliling bukit cantik sekali.Suhu  disini nyaman seperti diGenting, tetapi kesesakan japan raya is really bad.

IMG_1049 IMG_1053

Tempat pertama yang kami singgah ialah Rumah Moda yang menjual barangan bayi dan kanak kanak serta pakaian wanita. Tidak banyak yang saya boleh beli disini walaupun harga barangannya murah  since anak saya dah besar. Malah masa saya banyak digunakan utk menikmati landscape yang menarik terutamanya ikan-ikan kap yang besar dan berbagai warna.

IMG_1072 IMG_1073 IMG_1074 IMG_1079 IMG_1080 IMG_1081

Mencuba bakso disalah sebuah gerai di sini. Eh.. rasanya bakso di Malaysia telah diasimilasikan dengan rasa penduduk Malaysia. Bakso disini begitu ringkas sekali. Hmm..Ikan salai kejunya sedap..

IMG_1088 IMG_1090

Konsep perniagaan disini sama seperti di Bangsar dimana rumah banglo diubah menjadi ruang perniagaan. Perhentian kedua kami ialah di Grandis yang sama konsep dengan Rumah Moda tetapi dengan harga yang slightly mahal. Kami kemudian berhenti di Heritage yang saya Kira lebih banyak barang ditawarkan. Banyak juga saya habis disini:)

IMG_1095
Barangan disini boleh tahan harganya berbanding dengan di Malaysia tapi yang menarik perhatian saya ialah peminta peminta sedekah yang kebanyakkannya anak anak kecil yang akan mengekori kita keluar dari kedai menuju  kereta. ( Kami dinasihatkan untuk tidak memberi wang kerana nanti lebih ramai yang akan mengikuri kita dan takut mereka bertindak agresif). Selain dari itu saya juga tertarik dengan landscape kedai yang hampir  kesemuanya menggunakan kolam ikan kap yang berbagai-bagai warna dan saiz.

IMG_1097 IMG_1099
Hampir jam 6 malam baru kami bertolak balik ke Jakarta dan sekali lag kami terperangkap dengan kesesakan japan raya. Hampir jam 12 malam baru sampan bilik. Penatnya... Maybe the age is catching with me faster than what I anticipate..

Jakarta 1

The trip had been planned for more than 2 months. Hari ini jam 4:50 pm kami bertolak ke Jakarta dgn menggunakan perkhidmatan KLM. OK service airline ini walaupun fare yg kami bayar lebih kurang RM300.00, disediakan hidangan makanan yang not bad. Mee goring waktu pergi dan nasi beriani waktu balik. Perjalanan mengambil masa 2 jam. Waktu di Indonesia lewat 1 jam dari waktu di Malaysia. Ketibaan kami disambut oleh Pak Saman (agent dari hotel). Terasa bezanya servis di tempat orang bila proses immigration mengambil masa yang lama, begitu juga hampir 1 jam menunggu untuk mendapatkan beg kami.

IMG_1027
Mula terasa bahang kesesakan jalan diJakarta apabila pemandu yang sepatutnya mengambil kami tersekat lebih dari satu jam untuk keluar dari parking diairport. Nevertheless food for dinner mengembirakan kami. Sedap masakan ketam (yang dikenali sebagai keritip) masak lada hitam. Kali pertama juga saya jumpa petai goring.

IMG_1040

Terperanjat masa bakul ni mula-mula sampai, rupanya tempat serve nasi :).

IMG_1041 
Terkenangkan kerenah kami beli top up menyebabkan saya senyum sendiri. Nasib baik pekedai dan Pak Ikun (pemandu ) memahami. Masalah utama kami adalah menyesuaikan diri dengan mata wang Indonesia yang kiraannya menggunakan ribuan dan jutaan rupiah.

IMG_1043
Beberapa masalah dgn bilik tapi alhamdulillah by 12:00 kami dah berada dalam bilik di Hotel Cempaka . What a day!!!!!