Friday, June 18, 2010

Trip ke Mid Valley

Sebelum balik ke Dungun saya membawa Haqim menyelami kehidupan masyarakat dikota dengan menaiki komuter. Saya ingin dedahkan kepada Haqim, betapa bertuahnya kami kerana mempunyai kereta berbanding dengan masalah apabila menaiki kommuter. Sempat juga naik Lady Coach (bila dah sesak, I would rather naik coach yang disediakan bersama para penumpang wanita). Rasanya inilah pengalaman pertama Haqim terpaksa menunggu lama untuk menaiki keretapi (kebetulan keretapi rosak) dan terpaksa bersesak-sesak dalam kereta dan kena berdiri sepanjang perjalanan. He is saying the magic word at the end of the trip (nasib baik kita ada kereta).

Any way, seem like he enjoys the trip. Mid Valley Mall besarnya, tak habis jalan satu hari. These are some of the pictures that are taken on the trip.. Haqim nak ambil gambar dengan pemandu komuter.

IMG_0920 IMG_0924

IMG_0927 IMG_0935

IMG_0936

IMG_0928

IMG_0938 IMG_0941

Kesihan anak mama keletihan sebab keretapi lambat dan jauh berjalan

IMG_0945 

Sempat juga beli steam boat cooker. So, malamnya, kami meraikan Amran dan famili dengan steam boat.

IMG_0942

IMG_0947

Rasanya usia sudah mula mendatangkan kesan kepada mama sebab balik dari Mid Valley, sebelah malam tidur sungguh keletihan but it is a worth trip. Tak tahu lagi bila mama dapat spend quality time dengan Haqim lagi sebab he grows up too fast..

Trip ke Saba Restaurant

Permulaan cuti sekolah, kami ke Shah Alam and Ayah Chik ajak keluarga makan di restaurant makanan Arab di Cyberjaya.

IMG_0258

Macam-macam ada kat sini

IMG_0907

Ini adalah appetizer, rasanya dibuat dari kacang sedap. 

 IMG_0253

Antara yang turut serta kami sekeluarga, Amran sekeluarga, Samsul sekeluarga, Ayah Chik, Mak Chik dan Firdaus.

IMG_0909

IMG_0910

Sedap nasi Arab yang ada disini. Sempat juga makan baklava (rasanya the last time saya makan baklava masa di US dulu). Berbaloi menunggu setengah jam sebelum dapat meja…. Next time pergi sianglah tak ramai sangat orang…

Trip abah ke Genting Highland

Abah ke Kampung Gajah berkursus dan sempat juga naik ke Genting Highland (tak ajak kami pun) tapi abah bawa balik these items for us.

IMG_1017

IMG_0898

Terima kasih abah.. Nanti bawa kami naik ye..

Spaghetti Istimewa untuk Yati

Ti, kak tih beri 3 resepi kuah spaghetti untuk yati cuba –> kuah daging, kuah ikan tuna merah dan kuah putih. Personally kak Tih suka semua :)

Kuah daging

Bahan

  • bawang merah + bawang kecil (kak tih suka banyak bawang – tumbuk atau kisar – tumbuk lagi sedap- jangan hancur sangat)
  • tomato puree (1 tin kecil)
  • daging cincang
  • sedikit cili kisar
  • oregano / herba utk kuah spaghetti  (mesti ada – untuk perisa – ada jual kat supermarket)
  • garam + gula sikit + pati ayam
  • cendawan dalam tin, hiris halus
  • kentang dan lobak (dadu kecil –> kalau suka)

Cara masak

  • tumis bawang merah, putih dan cili.
  • masuk daging cincang dan tomato puree. masukkan kentang dan lobak.biar sampai daging dan kentang masak.
  • Masukkan garam, cendawan, pati ayam dan herba.
  • Masa nak hidang, tabur cheese parut

Nota: Boleh juga buat pergedil daging untuk sedap lagi.

Kuah ikan –> Ganti daging dengan tuna (bersama tomato) dalam tin yang dijual dikedai. Selalunya 1-2 tin untuk 1/2 periuk nasi yang 4 bekas nasi tu. Kak tih suka letak lebih, lagi sedap :)

Untuk kuah putih –> Gantikan tomato puree dengan sup cendawan yang dalam tin. Guna lada hitam/putih instead of cili kisar. Kak tih suka ikan instead of daging kalau buat kuah putih.

Okay good luck.. nanti maklum kat kak tih jadi ke tidak okay…

Noisy Text

Today mark the day when this term appear in my life that may be the concentration of my Phd research. So from now on there will be a tag that will concentrate on this topic in my blog. The entries in this tag will document the researches, people or anything that is related to noisy text with text mining. Every body is welcome to joint discussion on this topics.

Sunday, May 30, 2010

Quit baru siap

IMG_0894

For the past two months, ini adalah aktiviti masa lapang saya bagi memenuhi pemintaan emak. Yang ini bagi katil saiz double yang mengambil masa lebih kurang dua bulan untuk siap.

IMG_0895

 IMG_0897

Yang ini saiz single yang juga mengambil masa lebih kurang sebulan untuk siap. Siapalah yang bertuah yang akan dapat kedua-dua quit ini. One more on the way…

At last the third one siap juga hari ini. The previous quilts dah ada owner baru yang ini belum ada :) size : double bed..

IMG_1015

A trip to Bukit Bauk

IMG_0890 Dah lama janji dengan Haqim untuk pergi riadah di Bukit Bauk. At last pagi jumaat lepas, saya menunaikan janji tersebut. Cantiknya tempat ni.. Bagi mereka yang sukakan keindahan alam semula jadi pasti suka apabila datang ke mari. No wonder ramai pengunjung yang sama-sama beriadah disini.

IMG_0882

Gelagat Haqim, baru setengah jam dah habis satu botol air…Separuh jalan, dia tak nak naik lagi. tak apalah, next time hopefully kita sampai kat atas okay…

IMG_0887

Cantik bunga paku pakis ni…

IMG_0885

IMG_0888

Gambaran kawasan trek. Tak sangka kat Dungun ni ada kawasan yang cantik seperti ini…Yang pastinya, kami akan datang lagi…