Monday, August 10, 2009

Rumah emak

Alhamdulillah setelah menunggu sekian lama, saya menerima kunci rumah yang diperuntukkan untuk emak. Tapi sebelum boleh masuk kedalam rumah, banyak perkara yang perlu kami siapkan dulu seperti gril, lantai,langsir, lampu, dll. emak kenalah sabar dulu dalam sebulan dua lagi. Hopefully, nanti bila Yati balik cuti raya adalah tempat untuk dia tinggal :)..

01082009(007)

Usul asal asam keping

09082009

Mungkin tak ramai yang tahu buah asam gelugor yang digunakan untuk buat asam keping. Saya berkesempatan untuk berjumpa dengan buah asam keping yang telah dipotong tapi belum dijemur. Insyaallah next time cari buah yang belum dipotong.

Nasi Dagang

10082009

Sewaktu di Bachuk, saya mengambil kesempatan untuk beli beras nasi dagang merah. Wah beranganlah tu.. dan ianya menjadi kenyataan hari ini, bila pagi ni, kami makan nasi dagang yang dimasak oleh saya sendiri (First time jadi ni.. he..he) Yati.. ini menu untuk hari raya nanti.. dengan tip-tip yang diberikan oleh Mak Da. Next time saya letak resepi okay..

A patchwork nursery ball

02082009(001)

Saya jumpa the design of this cute soft ball di sebuah buku patchwork di library. A combination of 24 pieces yang setiap satu mengambil masa 1 jam untuk dibuat. Anyway, I have fun doing it. Kini ia di berikan kepada pengetua Sek. Al Amin yang buat jualan amal pada minggu lepas. Semoga ianya mendatangkan kebahagian kepada mereka yang memilikinya.

Trip ke Bachok Kelantan

Pada cuti hujung minggu (7-8 August), kami memenuhi jemputan Syam (PPA Abah) yang mengadakan majlis perkahwinannya di Bachuk Kelantan. Menarik juga ikut jalan tepi pantai ke Tok Bali, Bachuk dan Pantai Melawi ini. Kami bermalam di Permai Resort di Pantai Melawi. Kesempatan ini diambil oleh Haqim (dan mama) untuk mandi laut. Yang paling seronok, pastinya Haqim..

08082009(002)

Terima kasih Syam, menjemput kami ke Bachuk. Lesson that I learned – Keluar awal dari apabila pergi ketempat yang kita tidak pernah pergi – well journey is about adventuring a new place..

Sunday, July 26, 2009

Triangle quilt

IMG_0788

IMG_0787

At last, the Triangle Quilt untuk emak ini siap juga. This is the my first patchwork yang menggunakan triangle sepenuhnya khusus untuk emak gantung di dinding rumah barunya nanti. Kenangan saya sewaktu buat quilt ini adalah pemilihan kain yang digunakan kerana pada mulanya emak tak begitu setuju dengan color scheme yang saya pilih, tapi bila dah siap emak begitu teruja sekali. In fact, I am thinking of creating another one for myself with a blue color scheme… Tapi kena siapkan cadar Haqim dulu……

Saturday, July 18, 2009

Another quilt for ?

IMG_0777Dari bulan lepas, emak asyik minta saya menyiapkan quilt ini sebelum Yati balik Hari Raya nanti. (Ti.. kalau tak balik raya, ada orang yang akan kecil hati..) Saya tak tahu siapa yang bertuah tu yang pastinya inilah satu-satu quilt yang 100% dijahit dengan tangan khusus untuk dijadikan kenangan oleh mak kepada anak cucunya. Rasanya macam inilah quilt yang paling besar yang pernah saya buat. Ehm.. Yati pujoklah mak moga-moga emak beri yang ni …

 

IMG_0775