Tuesday, June 6, 2017

Buah Tin – Conadria

Pokok ini cepat membesar dan berbuah. Buahnya juga banyak dan cepat masak. Buah nya berwarna hijau dan sukar untuk menentukan samada ia sudah masak atau belum. Bila nampak buahnya telah melentok that means dah boleh petik. Buahnya tidak besar sangat dan kurang manis berbanding dengan buah tin yang lain. Manis-manis buah seperti BJH dan B1011. Kalau nak tanam pokok yang cepat membesar dan berbuah dan merasa buahnya ini adalah pokok yang sesuai.

conadria

Buah Tin–Alma

Buah variti ini kecil berbanding dengan buah-buah tin yang biasa. Keistimewaan pokok ini, ia tidak berhenti berbuah dan cepat masak (kurang dari 3 bulan). Daunnya juga unik dan menegak keatas berbanding dengan daun pokok tin yang lain. Buahnya pada saya sedap, bermadu sebab tangan rasa melekit bila pegang buah yang masak ranum ni. Satu lagi variti untuk mereka yang baru berjinak dengan tin.

alma

Buah Tin–Flanders

Walaupun rupa buah ini tidak begitu menarik, tapi rasa buah ini bagi saya sedap dan manis. Diantara pokok yang saya cadangkan kepada mereka yang baru berjinak dengan pokok tin. Pokok ini tinggi lampai, berbuah disetiap tangkai daun. Nak tut pun sayang sebab dia berbuah tanpa henti Smile. Saiz buahnya agak besar, puas makan. Ada yang tidak muat dalam sampul buah. Pokok yang lasak lebih kurang pokok Iraqi. Tahan berpanas dan berhujan. Selain Iraqi ini adalah pokok yang saya cadangkan kepada newbies. Saya ada dua-dua pokok yang dilabel sebagai Flanders dan Purple Jordan. At last semalam ada buah Purple Jordan yang masak. Saya rasa sama je variety Purple Jordan dan Flanders ni. Daun dan buahnya serupa. Benarlah kata sifu yang Flanders adalah nama lain bagi Purple Jordan. Yang pasti kedua-dua variety buah sedap.
flanders

Satu lagi buah Flanders yang saya terpaksa koyakkan sampulnya sebab tak boleh keluar. Besar buahnya..

big flanders

Buah tin untuk iftar hari ke 10

Alhamdulillah hari ini buah dari pokok Flanders, alma, B1011 dan conadria

buahiftar10

Sunday, June 4, 2017

Buah tin untuk iftar hari ke 9

2 biji B1101 yang dah merekah, 1 alma, 1 red saudi dan 1 BTM6 Saya suka semua Smile.Alhamdulillah.

photo_2017-06-04_22-04-29

Thursday, June 1, 2017

T106–Bo Ji Hong-02

Salah satu dari tut dari pokok Cikgu Kozu. Mula dipotong dan ditanam didalam pasu.

photo_2017-06-01_21-14-25


Buah tin untuk berbuka hari ini

photo_2017-06-01_21-52-23photo_2017-06-01_21-52-35

BTM6, Read Saudi, Alma, No Id, Goulban and B1101. Alhamdulillah …