Sunday, February 26, 2017

T91-Wuhan-01

Bareroot yang ke 4 yang dibeli dari Cikgu Kozu bulan ini. Katanya ia dari seller no 2 yang dihantar lambat sedikit dari kumpulan yang pertama. Cikgu Kozu kata Wuhan kedekut buah. ehm…

15/04/2017 – Dah besar dah pokok ni. Tunggu berbuah ..

wuhan

Variti ini juga dikenalis sebagai Chinese Purple. Wuhan ialah salah satu spesies tertua yang berasal China. (Juga dikenali sebagai Zhong-Zi,yang bermaksud China Purple or Violette China). Antara cultivar yang tahan lasak dari penyakit, mengeluarkan hasil yang banyak dan tahan cuaca dingin. Wuhan menghasilkan buah yang berwarna unggu gelap dengan isi berwarna amber cerah. Purata berat antara  30 gram, lembut dan teksturnya tidak berbiji dan sangat manis dan berperisa , pada kadar masak 90% buah Wuhan mengandungi kadar gula antara 18 % ke 22 %.

25/2/1017 – Ditanam terus ke pasu.

t91 wuhan

Macamana rupa buah pokok ni? Jap cari kat Internet Smile

wuhan2wuhan3

Ehm nampak comel tapi kata mereka buah ni manis sangat…

T90-Longue-D’Aout(LDA)-01

Satu lagi bareroot dari Cikgu Kozu yang diambil dan ditanam pada 21/02/2017. Ditanam terus kedalam pasu. Semoga ianya hidup dengan sihat di Laman D’Melati.

21/07/2017 – Hari ini merasa buah pertama pokok ini. Inilah satu-satunya buah dari pokok ini. Sedap.. Buahnya sama seperti yang saya download. Saiz sederhana, saya rasa buah ini akan membesar lagi. Worth untuk tut..

LDA

10/4/2017 – Saya rasa inilah pokok yang paling cantik daunnya dilaman D’Melati

photo_2017-04-13_22-18-11photo_2017-04-13_21-29-47

21/02/2017 – Mula ditanam dalam pasu.

t90-LDA

Macam mana rupa buah pokok ni? Dari laman Facebook. Hopefully pokok saya akan seperti ini juga Smile.

LDA

T89-Daw Low-01

Satu lagi bareroot dari Cikgu Kozu.

15/04/2017 – Dah besar, tunggu berbuah pulak..

daw

21/2/2017 – Mula tanam dalam Pasu.

t89-DAW

Buah Hijau isi putih gitu.. Gambar buah dan pokok dari Facebook Mr Wong

Daw Low

Ini pula buah dari En Marzni Marzuki

daw low

Ehm tak kisahlah buah warna apa. InsyaAllah sedap nanti..

T88-Panache-01

Selepas beberapa kali cuba menanam melalui keratan dan tidak menjadi, saya order bareroot Panache dari Cikgu Kozu. Tanam terus ke dalam pasu sebab pengalaman dengan bareroot sebelum ini dalam sebulan kena pindah ke pasuSmile.

15/04/2017 – Pokok dah besar, tunggu berbuah pulak. Memang batangnya berbelanglah..

panache

21/2/2017 – Mula tanam dipasu. Semoga ianya hidup subur di Laman D’melati. Bahagian atasnya dikerat 3 nodes untuk tanaman keratan. Kalau hidup Alhamdulillah dapat dua pokok? Harga Bareroot – RM55.00 dah nak sama dengan harga keratan.

t88-Panache

Ini gambar sibelang yang diambil dari Facebook. Semoga pokok saya juga subur seperti pokok mereka.

sibelangbelang2

Saturday, February 18, 2017

T87-NoID06-01

Pokok dari keratan yang saya tidak tag sewaktu ditanam Smile. Tak pelah hopefully dia membesar dengan sihat dan berbuah dengan banyaknya di Laman D’Melati. Nampak macam daun pokok ni tak de lagi kat Laman D’Melati. suka suka suka …

16/04/2017 – Dah besar pokok ni. Dah nak klr mata ketam

uk

28/03/2017 – jeng..jeng..jeng…Amat ketara selepas 1 bulan setengah tumbesarannya. Rasanya daunnya tiada di Laman DMelati, kita dapat variasi baru tapi unknown Smile.

t87

15/03/2017 – The good news is tangkai daun ni kemerah-merahan –> buah hitam Smile. hopefully betullah..
11/02/2017 – Pokok dialih terus ke pasu instead of ke polybag. Hopefully dia bertahan Smile

noid04

T86–Lisa-02

Pokok dari keratan, silap saya tak tag sewaktu ianya ditanam. Rasanya macam dari salah satu pokok bareroot yang dibeli hari tu. Tak pe Nanti bila dah besar dan berbuah kita matchlah buah dan daunnya. Semoga hidup sihat kat Laman D’Melati.

22/03/2017 – Dah besar dan bercabang banyak pokok ni..

lisa02

22/02 – Hampir pasti ini adalah pokok lisa. Samakan daunnya Smile.

lisa2lisa3

noid05

Macammana rupa buah lisa? Ini yang saya dapat dari Facebook. Buah kuning rupanya..

lisa

T85-Brunswick-03

Tut ke 3 dari pokok brunswick saya. Alhamdulillah telah ditanam di pasu pada awal January 2017.

28/03/2017 – Dah besar dah pokok ini. Dibawa ke belakang supaya ianya dapat matahari pagi dan mempercepatkan pertumbuhannya

bruns

11/02/2017 – Dah mula sihat mengalahkan senior dia Smile.

brunswick03