Lari sikit dari tin. Ini adalah pokok tomato pertama saya yang berbuah . Pokok ini hidup sendiri dalam pasu bunga. Saya ambil dan tanam ditanah. Wah menjadi pulak dia. Tak sabar nak tunggu buah dia masak.
Monday, January 30, 2017
Pokok Tomato
T80–Lisa - 01
Satu lagi pokok dari bareroot Cikgu Kozu melalui Pok Zul. Pokok ni pun cepat membesarnya dan dialih dari polybag kerana akar dah keluar dari polybag. Banyak tunas pokok ni, sayang nak buat kena buat cantuman lah ni dengan pokok lain. Google cari sample buah tak jumpa yang ada Cara Lisa dari buah kuning. Tak pelah as long as ianya berbuah dan boleh dimakan nanti .
28/03/2017 – cepat besar pokok ni. Dah nampak mula keluar anak ketam
28/02/2017 – cepat besarkan pokok ini
Dah jumpa rupa buah lisa. Memang buahnya kuning
31/1/2017 – lepas beberapa minggu ditanam
T79-French Purple - 01
Pokok dari bareroot yang dibeli dari Zura (Kemaman). Lambat tumbuh pucuk tapi once tumbuh, cepatnya akarnya menjalar dan dipindah ke pasu sebab akar dah keluar dari polybag . Cari gambar buah tapi tak jumpa. Semoga kami merasalah buahnya nanti.
16/04/2017 – Meriah pokok ni
27/03/2017 – Cepat besar pokok ni …Dah berbuah sulong . Dah keluar anak ketam..
28/02/2017 – Saksikan betapa cepatnya pokok ini besar dalam masa sebulan …
31/01/2017 – lepas dipindahkan
Sunday, January 1, 2017
Haqim–Tingkatan 5
Dah besar anak mama dah tingkatan 5 dah. Hari pertama persekolahan 2017. Semoga tahun ini Haqim belajar bersungguh-sungguh, nak periksa dah tahun ni..
Keratan hujong tahun
Update 29/01/2017
Keratan-keratan ini tidak bertahan. Mungkin silap saya merendam keratan dengan larutan penggalak akar yang khabarnya dapat mempercepatkan pertumbuhan pokok. hanya 4 keratan yang bertahan untuk dialih kedalam cawan berisi tanah. Yang itu pun macam takberapa memberansangkan . Musim hujan bukan masa yang terbaik untuk tanam cutting. Tapi cutting masa ni murah. Next time beli masa musim hujan, simpan dulu dalam peti sejuk sampai musim panas
.
Pengalaman menggunakan peatmost dan cocopeat bukanlah satu pengalaman yang manis buat saya. Rasanya baik guna perlite 100% dimana gnat tidak berminat untuk datang. So chances untuk hidup adalah lebih tinggi. Bulan ini saya mencuba cara hidroponik menggunakan perlite 100%.
Gambar 29/12/2016 – Saya menyelamatkan keratan MAHA yang menggunakan kaedah bunjut. Termasuk sekali dalam box ini adalah keratan SR. Keratan asal yang diberi oleh En Azli tidak menjadi. Semoga keratan-keratan ini dapat tumbuh dengan baik. Sama seperti dibox satu, keratan disemai dalam 100% perlite dan direndam dalam larutan B1 / HP.
Gambar 24/12/2016.
Keratan Brown Turkey (Japan) dan Green Ischia dari En Azri. Saya kerat TGF dari pokok sendiri so that berbaloi buat semaian ni. Keratan direndam dengan menggunakan air larutan B1 / HP.
Bareroot yang pertama
update 29/01
Alhamdulillah memang betul kot % untuk hidup bareroot lebih tinggi dari cutting dan tut. Kesemua bareroot yang saya beli telah tumbuh dan dialihkan ke pasu besar. Lepas ni boleh beli bareroot dari Cikgu Kozu ni. Unfortunately keratan dari kesemua pokok ini tidak bertahan. Yang nampak masih ada harapan hnaylah keratan French Purple. Yang lain semua kecundang. Mungkin musim hujan bukanlah masa yang terbaik untuk tanam keratan.
Lisa dan B110
Mel Li Ya dan French Purple
Katanya bareroot lagi senang tumbuh dari keratan atau tot. Kebetulan ada jualan bareroot yang mampu bilik dari group. Ini adalah bareroot pertama saya yangdibeli dari cikgu Kozu dan dihantar oleh Pok Zul pada pukul 11 malam. Direndam dalam seasol seharian dan ditanam.
Dikiri adalah B110 dan dikanan adalah lisa. Sekarang bareroot dah masuk dalam plastik hitam. Kita tengok perkembangan lepas seminggu ye.Kerat yang atas dalam 4 node untuk cutting. Hopefully semuanya hidup subur di laman kita..
Pokok Tin di Belakang Rumah
Dah tak muat di kawasan tepi, pokok-pokok baru dihantar ke belakang rumah
Nampak macam mereka lebih sihat sebab lebih banyak cahaya matahari disini . Iraqi, White Genoa, SRH, Turca, Texas Evergreen, Black Mission, Qing Pi, Black Genoa, semua disini. Semoga mereka membesar bagai juara disini..