Friday, November 11, 2016

T57- Unknown 03-01

Keratan kedua dari Aku Toys @ Shahrul. Unfotunately pokok ni tak tahu jenis apa. Nanti bila dah berbuah kita cari idnya ya. Tertarik dengan warna buahnya yang cantik. Semoga ianya hidup subur dilaman kami dan berbuah. Pokok ini dtanam dengan menggunakan perlite 100% so lambat sikit pertumbuhannya.

7/05/2017 – Meriah berbuah pokok ni. Hopefully dapatlah rasa buahnya bulan puasa nanti Smile.

t57

27/03/2017 – Pokok dah besar dan dah ada mata ketam .

aku toys3

28/02/2017 – Update selepas 3 bulan setengah – Dah besar, survive musim hujan, nampak macam dah ada mata ketam… suka suka..

t57

11-11-2016, dipindahkan kepasu.

IMG_1217

T56-Flander-01

Pokok dari keratan. Alhamdulillah keratan ini hidup. Khabarnya berikut adalah rupa buahnya. Semoga kami dapat merasa buahnya dari pokok ini.

Flander

28/02/2017 – Sudah lebih tinggi dari tuan. Bila lah nak berbuah pokok ni ..

flanders1

30/01/2017 – Dah besar pokok ni.

t56 flanders

30/12/2016 – Pokok dah besar. Daunnya mengalahkan Iraqi Smile

T56

18-11-2016 – Pokok selepas seminggu dialih ke pasu. Sudah mula membesar. Syukur Alhamdullah..

IMG_1785

Hari ini 11-11-2016, pokok ini dialih ke pasu. Besar daun pokok ini. Rasanya nanti dia akan berlawan dengan purple jordan, iraqi dan sultanae.

IMG_1216

T55-White Genoa-01

Tanaman dari keratan. Khabarnya buahnya juga adalah warna hijau seperti yang dalam gambar ini yang diambil dari laman Amanda Putri.

white Genoa

Gambar-gambar lain mengenai white genoa dari laman web

white genoa 3white genoa

08/03/2017 – Pokok ni dah keluar mata ketam – 2 biji #sukasukasuka

wg1wg2

28/02/2017 – makin besar pokok ni Smile

white genoa

30/01/2017 – dah besar pokok ni. Bertahan dari musim tengkujuh

wg

30/12/2016 – dah besar dah pokok ni. Gambar selepas sebulan setengah dialik ke pasu. #Feeling happy..

T55

18-11-2016 – seminggu selepas dipindahkan ke pasu. Alhamdulillah sudah mula membesar di Laman D’Melati

IMG_1784

Hari ini 11-11-2016, ianya dipindahkan ke pasu besar. Pokok pertama dari jenis White Genoa dari beberapa pokok. Semoga ianya hidup dengan subur di laman kami.

IMG_1215

T54-Goulburn-01

Ditanam dari keratan yang dibeli dari en Abdul Hamid. Ditanam dengan menggunakan 100% perlite. Lambat sikit bertunas. Khabarnya buah hijau seperti berikut yang diambil dari laman Amanda Putri

goulburn

14/03/2017 – Dah berbuah pokok ni Alhamdulillah. Semoga kami dapat merasa buahnya..

goulbon01agoulbon01b

30/01/2017 – Dah besar dan bertahan dari musim tengkujuh.

goulbon01

30/12/2016 – Dah besar pokok ini, tetapi daunnya amat sensitif dengan hujan. Teruk kena karat daun. Hopefully nanti lepas musim hujan ia akan membesar dengan sihat Smile.

T54

18-11-2016 – Pokok selepas seminggu dipindah ke pasu  Syukur Alhamdulillah semoga terus membesar di Laman D’Melati

IMG_1781

11-11-2016 – dipindahkan terus ke pasu. Semoga ianya hidup dengan subur dirumah kami.

IMG_1214

T53-Iraqi-01

At last dapat juga pokok tin yang menjadi sembutan ramai ni Smile. Tanaman dari keratan yang dibeli dari En Puzishak selepas Figgers Day awal Oct. Alhamdulillah bertunas dan hidup subur. Buah yang sederhana berwarna kehitaman ini telah menarik perhatian ramai figgers sejak pertengahan tahun ini yang dipopularkan oleh En Azhar Abd Rahman. Gambar dari laman FB beliau.

iraqi

30/04/2017 – Dah berbuah pokok ini. Lambat sikit dari Iraqi-02 kerana pokok ini di’sunat’kan so ada beberapa dahan di pokok. In fact pokok ini telah menghasilkan 2 tut. Tut pertama dijual kepada En Salem. Tut kedua ditanam dalam pasu sebagai Iraqi-03. Di dua dahan pokok ini ada lebih kurang 15 biji buah.

iraqi01

30/01/2017 – Dah besar pokok ini. hopefully bulan ni berbuah seperti kembarnya yang dah mula keluar mata ketam. Tahan lasak pokok ni. The only tree yang daunnya bertahan dalam musim tengkujoh.

iraqi01

30/12/2016 – Pokok telah disunatkan dan dah tumbuh 5 dahan baru. #Feeling exited. Macam dah boleh beri baja buah ni..

T53

18/11/2016 – selepas seminggu ditanam. Cepat naik pokok ni Alhamdulillah …

IMG_1780

11-11-2015, ianya terus dipindah ke pasu besar. Semoga ianya terus membesar dengan sihat.

IMG_1213

T52-Vituccio-01

Keratan dari Aku Toys @ En Shahrul. Ini adalah keratan ke3 yang saya beli dari beliau. Alhamdulillah so far semua menjadi. Pokok ini ditanam secara hidroponik.

27/03/2017 – Dah besar pokok ni. Masih tunggu ianya berbuah.

aku toys2

29/01/2017 – Pokok ini bertahan dari serangan hujan musim tengkujuh. Dah besar. Suka tengok daunnya yang sedikit bercorak. ke kurang vitamin Smile. Semoga ianya hidup sihat dan berbuah disini.

photo_2017-01-29_20-57-54

Gambar pada 30/12/2016 – lebih stabil dan telah berhujan dan berpanas

T52

Hari ini  (11-11-2016) dialih ke pasu. Hopefully ianya hidup subur sebab banyak juga coco peat yang tidak boleh dileraikan dari akarnya…takut putus akar tu tapi kena alih sebab nampak akarnya dah bertukar warna. Ehm problem with hidroponik menggunakan cocopeat.

IMG_1212

T51-Sultanae-01

Pokok yang ditukar dengan Siti Rokyah. Katanya keratan dibawa balik oleh anaknya yang berada di Mesir. Pokok dah stabil. Cuma dibiarkan bawah garage untuk beberapa hari sebelum dibawa kebawah RPH. Terima kasih Siti. Pokok ditukar dengan BTM dan tut Brunswick.

Gambar buah tin Sultanae yang diambil dari Internet

sultane

30/10/2017 – Dah makin tinggi pokok ini. Tahan musim tengkujoh. Hopefully mula berbuah bulan ni Smile.

sultana

Pokok pada 11-11-2016

IMG_1211