Wednesday, September 14, 2016

T36-Olympia-01

04/06/2017 – Pokok dah mula stabil dan comel.

photo_2017-06-01_21-51-36

07/05/2017 – Pokok ini tidak bertahan musim hujan yang lepas. Nombor ini diberikan kepada Olympia yang diterima dari Abe Che (Tn Hj Musa) dibawah program wakaf pokok tin beliau, dimana saya memegang amanah untuk membesarkan pokok ini dan apabila telah besar ditut dan 2 anak pokok diberikan kepada ahli group WhatsApp Abe Che.

Pokok berada dalam bekas selama 4 hari. Habis semua daunnya luruh. Telah ditanam dalam bekas semoga ianya hidup subur di Dungun dan boleh saya menyampaikan amanah yang diberikan.

photo_2017-05-07_17-31-23

photo_2017-06-01_22-55-47

Satu lagi pokok dari keratan yang dibeli dari Formeniaga. Mula dipindahkan ke pasu dan berhujan berpanas pada 4 hb Sept 2016.

Gambar pada 30/10 – Dah besar, tunggu berbuah, berpindah lokasi oleh mereka yang buat bumbung …

IMG_0215

Gambar pada 2/10 – Daun dah mula banyak Smile.

IMG_6462

Gambar pokok pada 4 hb Sept. Punyalah suspense tengok daunnya. Dipindahkan bagi mengelakkan ianya mati sebab dah ada 2 pokok yang mati sewaktu harderning ni.

photo_2017-06-01_21-51-36IMG_6207

T35-Sultane-02

Satu lagi pokok dari keratan yang dibeli dari Formeniaga. Mula dipindahkan ke pasu dan berhujan berpanas pada 4 hb Sept 2016.

7/05/2017- Pokok ini tidak bertahan sewaktu musim tengkujuh yang baru lepas. Tempatnya diganti dengan pokok Sultane dari tut pokok Sultane 01. Semoga pokok ini hidup dan membesar bagai juara disini.

photo_2017-05-07_17-21-09

Gambar pada 30 hb Oktober 2016 – Dah besar pokok ni. tunggu bercabang dan berbuah Smile

IMG_0213

 

Gambar pada 4 hb Sept 2016.

IMG_6206

T34-BTM6-08–Brown Turkey Matsui 6

Satu lagi pokok dari keratan yang dibeli dari Formeniaga. Mula dipindahkan ke pasu dan berhujan berpanas pada 4 hb Sept 2016.

Gambar pada 30/10 – dah besar nak tunggu berbuah dah ni..

IMG_0212

Gambar pada 2 hb Oktober 2016 – Dah besar sikit..

IMG_6460

Gambar pada 4 hb Sept 2016.

IMG_6205

T33-Iraqi-03

Satu lagi pokok dari keratan yang dibeli dari Formeniaga. Mula dipindahkan ke pasu dan berhujan berpanas .

7/5/2017 - Pokok ini tidak bertahan musim hujan yang lepas. Nombor ini kini diambil alih oleh iraqi dari tut Iraqi-03. Ini adalah tut yang kedua. dari pokok ini.

photo_2017-05-07_17-14-45

Gambar pada 30/10 – Dah besar, pucuk-pucuk muda telah dibuang bagi membolehkan pokok membesar dan bermata ketam..

IMG_0211

Gambar pada 2 hb Oktober 2016 – Dah besar …

IMG_6459

Gambar pada  4 hb Sept 2016.

IMG_6204

T32-Grafting 02– Black Jack and Australian Blue

15/04/2017 – Pokok ini tidak bertahan sewaktu hujan lebat yang musim tengkujuh yang lepas. Tempatnya diambialih oleh pokok Black Jack yang telah di graft dengan pucuk Australian Blue yang dibawa oleh Cikgu Khairi sewaktu datang kerumah. Masih belum ada tanda kehidupan yang baru tapi saya masih menunggu dengan penuh harapan. Semoga permindahan pokok ini ke pasu yang besar akan menggalakkan pertumbuhan yang baru. Dokumen grafting pokok ini disini.

graf1

Diantara keratan dari Petani Kota yang hidup. Beli satu keratan di kerat dua, satu hidup satu lagi jadi kayu api Smile. Mula berhujan dan berpanas pada 4 Sept 2016. Semoga hidup dengan sihat Laman Fig D’Melati.

Gambar pada 30/10 – Dah besar pokok ni

IMG_0210

Gambar pada 2/10 – dah besar sikit …

IMG_6458

Gambar pada 27/8

IMG_6203

Saturday, August 27, 2016

T31–BTM6-06–Brown Turkey Matsui 6

Satu lagi pokok dari keratan yang dibeli dari Formeniaga.

Gambar pada 30/10 – dah besar – hopefully bermata ketam bulan ini.

IMG_0209

Gambar pada 2/10 – Pokok dah besar yeee.

IMG_6457

Gambar pada 27/8

IMG_6161

T30-BTM6-05 Brown Turkey Matsui 6

Satu lagi pokok dari keratan yang dibeli dari Formeniaga. Semoga hidup subur walau pun menggunakan pasu bekas catSmile.

30/4/2017 – Meriah dah buah kat pokok ni Smile. Ada lebih dari 10 biji buah …

t30

14/03/2017 – Yeee pokok ni dah mula berputik

t30buah

Gambar pada 30/12 – Bila nak berbuah ni?

T30

Gambar pada 30/10 – banyak sulur pucuk telah dibuang bagi membolehkan pokok hidup subur dan berbuah. Daunnya juga dibuang banyak kerana terkena karat daun..

IMG_0208

Gambar pada 2/10.

IMG_6456

Gambar pada 27/8.

IMG_6165