Friday, August 19, 2016

T06-IBG-02 Ipoh Blue Giant

Pkk yg dibeli dari lawatan ke rumah Pak Tam dan Mak Tam.

30/10 – Dah tinggi pokok ni. Buah pertama diambil dan diberi kepada seorang kenalan. Menariknya dia bawa balik untuk dikongsi dengan isterinya. Terharu saya..

IMG_0182

17/10 – Buah pertama dah mula nak masak, suka suka, ehm beberapa hari lagi dah boleh ambil ni…

IMG_6587

Pokok pada 2/10/16 – Maal Hijrah .. Tambah tinggi pokok ni..

IMG_6432

Pokok pada 20/8 – Dah tinggi, buah lagi besar, dah bebuah dah…

IMG_5638

Pokok pada 28/7 2016

T06-IBG02 August 2016

Pokok selepas sebulan ditanam pada 1 hb Julai 2016

T06-IBG02 July 2016

Pokok sewaktu dibeli yang sebelah kiri tu. Kecil je.. Smile

T06-IBG02 Jun 2016

T05-BTM-01 Brown Turkey Matsui

Satu lagi pokok yang dibeli dari En Famies dari Famies Nusery di Floria 2016.

Gambar pada 30/10/2016 – Dah makan 3 buah dari pokok ni. Alhamdulillah

IMG_0181

15/10  Buah pertama dan kedua dari pokok ini. At last dapat merasa buah dari pokok yang ditanam sendiri selepas 3 bulan menunggu dari buah mula berputik…

IMG_6575

Buah pertama diambil pada 15 hb Oktober untuk dikongsi bersama Haqim sebab dia nak balik ke asrama.

IMG_6576

Buah kedua diambil pada 17 hb Oktober. Kecil sedikit dari buah yang pertama.

IMG_6598

Pokok pada 2/10/16 – Maal Hijrah, dah bangun dari tidur. Dua buah pertama gugur, mungkin baru belajar berbuah. Pokok bangun dah berbuah lagi. suka suka..

IMG_6431

Pokok pada 20/8 – Pokok yang mula-mula berbuah dan buahnya  ada disetiap tangkai daun selepas buah yang pertama. Cuma tumbersaran selepas berbuah macam terencat lak. Cabang yang banyak juga telah dibuang tinggal 4 cabang je..

IMG_5637

Pokok pada 28 Julai 2016 Banyak pucuk baru.

T05-BTN01 August 2015

Pokok selepas sebulan ditanam 1 Julai 2016

T05-BTN01 July 2015

Pokok sewaktu dibeli Jun 2016

T02-IBG01 Jun

T04-BJ-02 Black Jack

Pokok ke dua yg dibeli dari Fahmies Nusery di Floria 2016

Gambar pada 30/10/16 -

IMG_0180

Gambar pada 2/10/16 – Maaf Hijrah – Yeah pokok dah berbuah this month. The first blackjack yang berbuah.

IMG_6430

Gambar pada 20/8. Dah tinggi, Daun banyak yang dah dibuang. Sebahagian cabang juga dibuang bagi menguatkan pokok induk dan menggalakkan pokok berbuah.

IMG_5636

 

Gambar pada 28/7 dah lebat dengan daun dan pucuk baru.

T04-BJ02 August 2015

Gambar pada 1/7/2016 sebulan lepas ditanam

T04-BJ02 July 2015

Gambar pokok sewaktu baru dibeli

T04-BJ02 Jun 2016

T03-BW-01–Brunswick

Pokok yg dibeli dari Fahmies nusery di Floria 2016. Katanya bebuah kuning.

01/04/2017 – Saya tut dan prune pokok ini. Biarkan satu dahan je yang membesar dan dah keluar buah. Alhamdulillah hopefully bulan puasa ni boleh makan buah brunswick ini.  Ada satu lagi anak tut dalam bekas putih. Nak tunggu akar banyak sikit sebelum dialihkan dalam polybag.

brunswick01

Gambar pada 30/10/16 -  Dah dapat rasa buah bulan ni.. sedap..

IMG_0179

Gambar pada 2/10/16 – Dah tinggi dan cabang ke 2 pun dah berbuah.

IMG_6429

Gambar pada 20 hb Ogos 2016 – Masih 3 cabang, tapi dah berbuah.suka suka suka

IMG_5635

Gambar pada 28/7 – besar dua kali ganda dalam masa sebulan

T03-BW01 August 2015

Gambar pada 1/7/2016 selepas sebulan ditanam

T03-BW01 July 2015

Gambar pokok sewaktu dibeli

T03-BW01 Jun 2015

Adakah ini buahnya?

Brunswick3

T02-BJ-02 Black Jack

T02-BJ-021 Pkk tin kedua diberi oleh Mak Da. Pokok ini adalah pemberian kenalan Awen. Ianya berada diporch Mak Da for 3 months. Lebat berdaun tapi tidak berbuah. Melihatkan kesungguhan saya nak tanam pokok tin, Mak Da beri pokok ini sebagai hadiah Terima kasih Mak da. Mak Da tak tahu jenis apa tapi berdasarkan daunnya saya rasa ini Blackjack.

Gambar pada 30/10/2016 – Masih tiada buah.. Banyak cabang yang telah dibuang. Daunnya juga teruk kena karat daun. Dah nak musim hujan.

IMG_0176

Gambar pada 2/10 – Maal Hijrah – dan masih belum berbuah tapi tinnginya dah lebih dari kayu tu rasanya dah macam 6 kaki je. Ehm..bilalah nak berbuah ni…

IMG_6428

 

Gambar pada 20 August 2016. Banyaknya cabang dah tinggi  tapi saya masih menunggu buah..

IMG_5634

Gambar pada 28 July 2016. Pokok dah mula merimbun dengan pucuk-pucuk yang baru.

T02-IBG01 August 2015

Gambar pada 1 July 2016 selepas beberapa minggu ditanam ketanah. Hampir semua daunnya gugur. Pokok ditanam oleh Haqim. Terperanjat sekejap tengok kasarnya dia tanam poko. Putus hampir kesemua akar. Alhamdulillah hidup.

T02-IBG01 July 2015

T01-BJ-01 –Black Jack

 

T01-BJ01 - Semuanya bermula dengan pkk tin ini yg dibeli dari nusery Pak Mat. Masa tu 0 knowledge so tanam mcm tanam pkk bunga kertas. Ia hidup tapi tak membesar tambahan pula ltk kat tempat yg terlindung dari mthr. Sehinggalah ada kenalan yg dtg rumah dan highlighted sayangnya pkk tin ni. Saya mula baca about pokok tin. Rombak tanah. Ganti tanah ni dgn tanah yg lebih sesuai dan tanam ia disini. Jenis tak tahu tapi rasanya Black Jack berdasarkan perbualan selepas itu dengan penjualnya yang kebiasaanya mengambil buah tin dari jeni Black Jack. Daunnya pun lebih kurang sama dengan Black Jack yang saya beli. So saya namakan dia BJ01.

30/04/2017 – Cantuman tunas yang dibuat pada pokok ini menjadi. Saya tinggalkan 2 cabang sahaja. Cabang pertama ada tunas Black Jack. Cabang kedua digraft dan Alhamdulillah dah besar juga pucuk baru yang tumbuh.

t01

1/04/2017 – Pokok ini saya buat grafting sisi bersama pucuk lain. Hopefully kalau hidup, kita boleh merasa buahnya.

Graf T01

Gambar pada 30/10 – Masih tiada buah..Pucuk-pucuk yang banyak telah dipotong. Tut juga telah dipotong. Daunnya teruk juga diserang karat daun..

IMG_0175

Gambar pada 2/10 – Maal Hijrah – Berputik tapi tak lekat dah tiga putik begitu. Tak tahu nak buat apa dengan pokok ni nak kasi berbuah.Tut salah satu dahan. Menjadi Smile baru nak belakar tut pokok.

IMG_6427

Gambar pada 20/8 – dah cabang banyak,dah tinggi dan dah bermata ketam Smile

IMG_5633

Gambar pada 28/7

T01-BJ01 August 2015

Ini gambar pada 1l7/2015 selepas sebulan ditanam di tanah

T01-BJ01 july 2015

Tuesday, May 31, 2016

Info berkaitan Fig/Tin di Internet untuk mereka yang baru berjinak dengan penanaman pokok ini.

 

Khasiat Pokok Fig/Tin

Jenis-jenis Fig/Tin

Nota: – Maklumat Jenis-Jenis Fig/Tin ini tertakluk kepada jenis pokok tin yang saya ada Smile

Media Tanaman

Tut Pokok Fig/Tin

 

Menyemai / Menanam Pokok Fig/Tin

p/s – Saya perasan kaedah menyemai dan tut pokok Fig/Tin berbeza bergantung kepada mereka yang menanamnya. Ada yang rumit (complex) ada yang mudah. Ia juga bergantung kepada jenis pokok Fig/Tin tersebut.

 

Teh daun Pokok Fig/Tin

Lain-Lain