Orang memberi kami merasa. 5 ekor udang kara sweet and sour untuk dinner malam ni. Terima kasih En Zamri yang memberi udang-udang ini. Semoga dimurahkan rezeki dilindungi tuhan dalam keadaan sihat sejahtera….Ameen…Udang-udang ini habis dalam masa 15 minit!!!!!
Wednesday, August 29, 2012
Saturday, August 25, 2012
Kenangan Hari Raya 2012
Berikut adalah diantara gambar-gambar yang sempat saya snap sewaktu hari raya 2012. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir kerumah kami terutamanya kepada Prof Razak dan keluarga, Mak Da dan keluarga, Kak Maznah dan keluarga, Dah jiran serta keluargaTa and Ni serta keluarga mereka, Mak Ngah dan Pak Ngah serta keluarga, Azman dan keluarga serta Yati yang cuti panjang tahun ini. Panjang umur, murah rezeki insyaAllah tahun depan kita jumpa lagi.
.
Selamat Hari Raya 2012
Selepas sebulan berpuasa, hari raya muncul kembali. Tahun ini tema baju merah hati .
Menyaksikan anak bujang kami yang semakin dewasa.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
10 jari kami susun rapi
Mohon maaf segala kesilapan kami
Ada kesempatan jemput ke rumah kami
Wednesday, August 8, 2012
AlQuran dari Mekah
Terima kasih kak Maznah dan abang Din yang sudi membelikan quran ini di Mekah sewaktu mereka mengerjakan umrah baru-baru ini.
Gulai buah sentul Mak Da
Ini adalah buah sentul yang boleh didapati dipasar-pasar. Ada dua jenis, satu yang berbulu kulitnya sedap untuk dimakan (dikenali juga dengan nama buah Tampoi di Johor) satu lagi sedikit mengerutu kulitnya dan sesuai untuk dibuat lauk. Terima kasih Mak Da yang sudi berkongsi lauk ini dengan saya.
Buah ini dibelah dua, dibuang isinya dan direbus dalam 5 minit. Buang kulit dan dilicik.
Inilah rupa buah sentul yang telah siap diproses. Bahan-bahan lain :-
Sedikit kacang panjang dan terung yang direbus sebentar (Bila air mendidih, tutup api)
3 ulas bawang merah, sedikit petai dan sebiji cili merah dihiris.
3 ekor ikan selayang/kembong segar, dikukus dan diabil isinya, dihancurkan.
Santan kepasa dalam RM2.00.
Kaedah membuatnya— Mudah sangat. Campurkan semua bahan dalam periuk dan masak sehingga mendidih. Kacau bagi mengelakkan kuah mendidih. Inilah rupa gulai yang telah dimasak.
Bagi yang berminat.. selamat mencuba.
ps – kalau tiada buah sentul, lauk ini juga sedap dimasak dengan menggunakan terung bulat yang dibakar atas kuali sekejap.
Staf Abah berbuka puasa dirumah
Kebiasaannya, pada setiap tahun, abah pasti bawa kami berbuka puasa dengan keluarga stafnya dimana-mana warung. Tahun ini mereka mahukan sedikit kelainan. Mungkin juga anak-anak yang telah mula membesar ditambah pula dengan kos makanan dikedai yang agak tinggi. So semalam mereka meluangkan masa berbuka dirumah dengan konsep potluck. Kami menyediakan nasi dan buah. Makanan lain dibawa oleh staf. By the time waktu berbuka, meja didapur penuh dengan makanan.
Terima kasih semua yang sudi bertandang dan menceriakan sepetang ramadhan dirumah kami.Antara yang hadir
Terima kasih semua, doakan rezeki kami bertambah, panjang umur, ramadhan tahun depan kita berkumpul lagi.
Set katil Angry Bird Haqim
Haqim pilih kain ini sebagai hadiah tolong bawa kain ela yang mama beli untuk Baju Kurung Putri. Hampir 2 bulan berlalu, sudah lebih 100 kali dia bertanya bila nak buat cadar dan sarung bantal Angry Bird. Specifically mention, don’t cut the head of the birds. At last, tertunailah permintaannya . Abah kata macam kanak-kanak but I think peminat Angry Bird dari golongan dewasa juga ramai.
A happy customer…Sweet Dream sayang..