Sunday, December 11, 2011

Ke GM Kelang

Have fun di GM Bukit Tinggi hari ini. Besar kawasan ini yang saya kira dikhususkan untuk peniaga-peniaga kerana harga barangan adalah jauh lebih murah apabila pembelian borong dilakukan (melebihi enam unit). Ada enam blok kedai yang menjual berbagai barangan dari aksesori, baju, bag tangan dll.

20111211_131127

Diantara yang menarik perhatian saya ialah:

Jualan borong kerongsang-keronsang ini yang dijual dalam kiraan kotak yang mengandungi 10-100 keronsang dalam satu kotak.

Manik-manik baju yang berbagai ini

20111211_131855

20111211_144242

Hiasan tudung dan baju kurung ini




Magnet-magnet yang berbagai-bagai bentuk

20111211_125432

Keychain yang harganya jauh lebih murah sekiranya dibeli dalam kuantiti yang banyak

Cederahati-cenderahati yang perlbagai terutamanya ‘angry bird’ dan ‘smurf’
20111211_130130

Kalaulah Haqim dan abah ikut sekali, pastinya mereka akan teruja dengan jualan model ini:

20111211_13082120111211_130826

Saya rambang mata, at last tak beli apa-apa pun Confused smile. May be next time kot. This time saya observe sahaja.. So Ti..boleh plan untuk pergi ke tempat ini…



Published with Blogger-droid v2.0.1

Saturday, December 10, 2011

Bertolak ke Muar–Majlis Pertunangan Samsul

Sebelum bertolak

20111210_120808

Berkumpul di Masjid Sri Meranti untuk persiapan terakhir.20111210_121847

Di hadapan rumah Nina..

20111210_121945

Pengarah-pengarah Smile filem

20111210_122332

20111210_123710

Wakil dari pihak lelaki sewaktu bual bicara..

20111210_123716

Wakil dari pihak perempuan..

20111210_124339

Mak Da menyarung cincin bakal menantu

20111210_13431620111210_134424

Hantaran balas

20111210_134544

For the file only..

20111210_134704

Watak utama yang kini telah mengikat perjanjian untuk hidup bersama, semoga hajat mereka dimakbulkan.. Amen.

Sempat juga kami berhenti di Dataran Tanjung Emas Muar.

20111210_150537

20111210_151941

Otak-otak johor

20111210_152424

Dengan objektif utamanya untuk makan mee bandong muar..Sedap..

20111210_153959

Saksikan gaya 3 teruna ni…

Kenangan majlis pertunangan Syamsul..

1. Brek kereta yang dinaiki oleh Syamsul rosak sewaktu dalam perjalanan!!!

2. Beberapa kali kami sesat sewaktu pergi dan balik, Alhamdulillah semuanya okay..


Published with Blogger-droid v2.0.1

Friday, December 9, 2011

Doughnut ubi kentang Kak Faezah

Resepi ini saya dapat dari Kak Faezah sewaktu berkunjung ke rumah Rewa malam tadi. Cuma resepi ini untuk sekilo tepung, banyaknya kalau nak buat untuk dimakan sekeluarga. Anyway, insyaAllah nanti saya cuba. Terima kasih Kak Faezah.20111209_212123

Bahan bahan

  • 4 biji ubi Kentang
  • 1 kilo tepung
  • 1/2 cawan margerine
  • 1 packet yeast dan 1/2 cawan air suan
  • 3 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • secubit garam

Kaedah membuat

  • Rebus ubi kentang dan blend dengan telur
  • Rendam yeast dengan air suam
  • Bancuh tepung dgn air yeast, margerin dan secubit garam. Uli sedikit tepung, jika perlu tambah sedikit air
  • Biar doh naik selama 2 - 3 jam
  • Gunakan acuan doughnut untuk bentuk kuih
  • Biarkan seketika (5-10 minit) sebelum digoreng
  • Tabur sedikit gula halus selepas diangkat

Selamat mencuba


Published with Blogger-droid v2.0.1

Wednesday, December 7, 2011

Download e-book for free

Found this website today. Book lovers might want to check this site  which is compiled at hongkiat.com.

http://www.hongkiat.com/blog/20-best-websites-to-download-free-e-books/

Enjoy reading…

Sunday, December 4, 2011

Rakan lama

IMG_0001

Ini adalah gambar classmate saya 5M3 suatu masa dahulu sebelum kami membawa haluan masing-masing. Aida adalah rakan yang amat rapat degan saya. Selepas sekolah, kami membawa haluan masing-masing, maklumlah masa tu tiada Internet, Skype, or Facebook. Hanya snail mail sahaja yang ada. Setahun selepas itu Aida hantar gambar  ini sewaktu beliau di New Mexico, USA

IMG_0003

A year after that, I send her this picture.

IMG_0002

That was our last communication. Kami membawa haluan masing-masing. Ditakdirkan Allah, kami bertemu kembali pada hari Jumaat lepas di Shah Alam selepas hampir 30 tahun berpisah.

 

20111125_12484720111125_125638

Sesungguhnya laluan kita begitu berbeza. Semoga Aida tabah dengan dugaan hidup.

Friday, December 2, 2011

Pulut Kuning Emak

Salah satu masakan emak yang terkenal disini adalah pulut kuning yang lembut dan lemak (beberapa jiran telah meminta emak buat pulut kuning untuk mereka!!!). So semalam saya mengambil kesempatan untuk mempelajari teknik buat pulut kuning dari emak. Saya dokumenkan disini untuk perkongsian bersama, especially untuk Yati Smile

Bahan-bahan

  • 1.5 kg pulut direndam semalaman bersama 1 keping asam keping dan segenggam kunyit serbuk (saya rendam dari pukul 10 malam untuk dikukus pada pukul 2:00 petang esok). Nota: pulut akan kembang sedikit sekepas direndam.
  • 2 mug santan pekat dicampur dengan sedikit garam
  • beberapa helai daun pandan
  • beberapa helai daun pisang untuk mengalas pulut yang telah dimasak

Kaedah membuat

20111201_14024320111201_140401

  • Didihkan air dalam pengukus.
  • Pulut yang telah direndam, dibasuh dan dimasukkan dalam pengukus. Masukkan beberapa helai daun pandan
  • Kukus dalam 20 minit. Beberapa kali, balik-balikkan pulut yang sedang dikukus.

20111201_141717

  • Sediakan santan

20111201_143207

  • Selepas 20 minit, keluarkan pulut kedalam besen / dulang
  • Gaulkan santan sedikit sedikit kedalam pulut. Gaulkan sehingga rata

20111201_144112

  • Masukkan semula pulut kedalam kukusan dan kukus kembali dalam 20 minit atau sehingga masak.

20111201_150918

  • Alas bekas dengan daun pisang dan letak pulut yang telah dimasak.
  • Pulut kuning yang telah siap, sedap dimakan dengan rendang tiga beradik emak (rendang daging, paru dan limpa).

20111201_155921

Okay Yati..boleh cuba buat dah…

Majlis Tahlil

31/11/95 adalah tarikh kami mula hidup bersama. Begitu cepat masa berlalu, kini sudah 16 tahun kami lalui kegembiraan dan cabaran hidup bersama. Kami bersyukur kehadrat illahi atas masa tersebut, so tahun ini, kesyukuran kami digambarkan melalui majlis tahlil untuk kami  mengucapkan syukur dan mengingati  keluarga yang telah terlebih dahulu meninggalkan kami. Abah menjemput rakan-rakan ‘residence staff’ dan keluarga mereka kerumah untuk majlis bacaan Yaseen dan tahlil ringkas.

20111201_19431520111201_194323

Diantara mereka yang hadir di majlis tersebut

20111201_195936

Tazkirah ringkas selepas sembahyang, sementara menunggu sembahyang isya’

20111201_19253320111201_20430720111201_205410

Hidangan yang kami sediakan.

20111201_111315

Dari pagi kami memulakan persiapan. Inilah pembantu saya. Kasihan anak mama, peluh-peluh angkat barang and membantu dalam urusan potong memotong dari kupas bawang sehinggalah potong daging!!!. Apa nak buat, dialah satu-satunya anak mama. Dah besar anak mama dan dah boleh tolong mama Alhamdulillah. Terima kasih emak yang membantu saya dari pukul 8:30 pagi sehingga jam 10:00 malam. Masa bersama emak yang amat saya hargai, mempelajari tips-tips memasak terutamanya memasak pulut kuning. Terima kasih kepada Lan and the geng yang membantu mengangkat perabut-perabut diruang tamu bagi memberi ruang majlis, dan mengangkatnya kembali selepas malis selesai. Terima kasih kepada pelajar-pelajar latihan praktik yang membantu membasuh pinggan dan cawan. Terima kasih juga kepada semua yang sudi hadir dan meraikan majlis tersebut.

Syukur Alhamdulillah, majlis berjalan dengan baik . Syukur Alhamdulillah diatas rezeki yang diberikan, semoga tahun depan kami dapat melakukan majlis yang sama. Syukur Alhamdulillah diatas rezeki dan kebahagian yang diberikan Allah kepada kami sepanjang 16 tahun yang lepas. Moga-moga kebahagian kami berkekalan sepanjang hayat kami. Ameen.

p/s Saya terharu melihat emak yang saya kira terasa kehilangan ayah dan adik. Mengetahui majlis tahlil juga untuk mereka, emak beriya-iya membantu saya dari mula sehingga habis. Emak kelihatan sebak sewaktu majlis yassin tersebut. Saya kira emak hidup bersama ayah hampir 40 tahun. Kelihatan juga, kudrat emak sudah berkurangan berbanding dengan beberapa tahun dahulu…